Tuesday, May 26, 2009

Catatan perjalanan.

Oh Sabah yang menggamit hati ~ hehhe cepatkan aku update kali ni.. huhuhu bukan apa.. kalau lama2 nanti.. ntah tak tau kan bila nak diceritakan.. jadi.. semasa masih segar baik aku catatkan di sini tentang perjalanan kami kali ini.

Sebelum itu. Awas! Ini adalah versi cerita :-)Ini panjang sikit.. jadi sesiapa yang rajin bolehlah baca.. yang kurang rajin nanti boleh lihat gambar saja :D Gambar2 di entry sebelum ni. Harap maklum.

Sabtu 23rd May 09

Perjalanan udara dari KL ke KK memakan masa selama 2 jam setengah. Kami bertolak pukul 6.50 pagi. Landasan airport KK berhampiran dengan laut. Jadi semasa plane hendak mendarat.. kecut2 lah perut aku melihat saujana laut yang terbentang luas di bawah tu.. :p. Kemudian kami ambil teksi untuk ke bandar KK kira2 10 minit dari airport. Client check in kan kami hotel Tang Dynasty di tengah2 bandar KK. Setelah jumpa dengan client kami terus ke bilik untuk berehat2.

Pukul 1.30pm Kak Nor, pemilik kereta sewa sudah tiba di lobi hotel. Dia membawa kami ke rumahnya untuk mengambil kereta sewa kelisa yang akan kami gunakan. Sepanjang perjalanan, mata dihiasi dengan laut yang meluas di tepi jalan. Cantik. Kemudian kami melalui Masjid terapung Likas. lebih kurang 15 minit sampai di rumah Kak Nor. Lepas ambik keta.. terus pergi ke Nexus Resort karambunai, tempat photoshoot client nanti. Resort itu letaknya kira2 45 minit perjalanan. Sampai di sana client belum sampai lagi. Jadi kami round2 dekat kawasan golfnya dan singgah sekejap di Nexus Lagoon.

Aduhai... cantik sungguh Nexus Resort. Kawasan resortnya sungguh besar.. landscapenya cantik. Lautnya bersih.. pasir pantainya putih. di tepi pantai di bawah pokok terdapat kerusi2 untuk merehatkan badan.. dan beberapa pondok massage yang dihiasi dengan kain putih.. Badan yang letih pasti segar melihat dan berada di tempat seperti itu. Memang tempat yang cantik untuk ber photoshoot.

Jumpa client.. seronoknya jumpa dengan kawan lama yang 20 tahu nlebih kot tak berjumpa :-) photoshoot petang itu alhamdulillah berjalan lancar. Lega juga kerana cuaca amat baik petang itu.. jadi setiap pelusuk hotel cuba kami terokai untuk merakamkan gambar2 yang cantik. Itupun tidak dapat nak cover semua sebab kawasannya yang terlalu besar.

Tidak banyak gambar Irfan aku ambil di Nexus.. sebab masa dihabiskan untuk ambil gambar client sahaja petang itu hinggalah ke senja.. Bila senja sudah gelap. Adalah beebrapa keping gambar Irfan yang di ambil masa awal2 petang semasa tunggu client sampai.

Sesudah photoshoot kami bergerak semula menghala ke KK. Kami singgah di Restoran Kampung Nelayan untuk menikmati hidangan seafood. Yelah.. tidak sah pula kalau datang ke Sabah andai tak dapat menikmati makanan lautnya yang sedap dan agak murah dari Semenanjung kan. Kami order.. yer.. dengar ni.. kami order apa ye.. sayur.. err.. alamak sayur apa yer.. lupa lah pulak.. esok saya tanya hubby saya sayur apa.. sebab dia dah tidur now.. hari tu dia yang order semua food.. saya tau makan je.. hehhe.. ok lagi.. udang masak sos hitam, Ketam bunga goreng ikan masin, Kepah masak cili. hidangannya setiap satu umpama untuk 4 orang makan. Itupun aku ada hati nak suh hubby orderkan oyster kegemaranku itu..huhuh.. Jadi mari kita bayangkan bagaimana kami anak beranak menghabiskan makanan pada hari itu.. memang simpan perut dari siang.. sebab mengikut itenary yang aku dah siapkan dari KL.. ada acara makan besar besaran di KK nanti.. huahuahua.. Sambil makan.. kami menikmati persembahan rakyat dari penduduk tempatan.. Sungguhlah happening.. dari tarian sumazau.. bamboo dance hinggalah menyumpit semuanya adoo :D

Setelah perut kenyang mestilah senang hati kan.. kecuali si kecik yang sudah mula meragam.. di bantainya berbaring di tempat makan.. takpe.. kami rela.. asalkan kami tak membazir makanan yang dibeli tu.. hehe.. jadi semasa kami bersusah payah menghabiskan makanan, Irfan berbaring di atas kerusi.. cian dier.. ekekke.. dia dah kenyang makan.. ada ke suh mama ngan abah makan cepat2.. mana boleh nak oii.. bagilah kami nak makan dengan tenang itik berenang.. :p

Kemudian kami teruskan perjalanan ke KK. Actually ada appoinment ngan abang ipar aku lagi tu.. iaitu abang kepada hubby aku.. tapi demi memujuk Irfan yang tengah rawan.. yang asyik kata nak balik hotel nak balik hotel dari tadi jadi kami pun baliklah kejap ke hotel.. siap2 kan dia.. budak tu baru baring.. Pak Longnya dah sampai kat bawah.. jadi dengan dia berbaju tidur kami meneruskan perjalanan sang pengembara keliling bandar KK pula.. singgah di night market.. dapatlah habuan seutas dua mutiara :p ekekke.. takde mood sikit aku nak bershopping dengan keadaan Irfan yang merengek2 masa tu kan.. kesian dia.. jadik hubby sahajalah yang memilihkan untuk ku.. dan ibuku mutiara yang hendak di beli.. wah untung juga begitu.. ekkeke.. sebenarnya aku pun dah hampir2 lembik sebab dari siang tadi belum berehat. Lepas tu kami pun balik hotel dan tidur sampai ke pagi.

Ahad 24th May 09

Selepas breakfast kami checkout terus. Perancangan awal sebenarnnya adalah patutnya hari tu kami check in di Nexus Karambunai pula.. tapi memandangkan irfan masih ada lagi saki baki chicken pox nya tu.. terpikir pulak mungkin tak banyak aktiviti yang boleh dia buat nanti.. abahnya dari KL lagi sudah cakap Irfan tak boleh mandi pool, tak boleh masuk laut.. jadi.. takut lah pulak air liurnya meleleh nak mandi laut ngan pool kat situ nanti.. maka marilah sama2 kita ubah plan tu ke tempat yang lebih nyaman.. sesuai untuknya.. ewah!

Rugi pula rasa andai sudah sampai ke Sabah tapi tidak dapat melihat gunung Kinabalu.. sebab bukannya selalu dapat ke sana kan.. Jadi langkah di atur ke Kundasang Sabah, daerah terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara itu (betulkan? kalau salah sila betulkan sebab geografi saya PMR dapat B). Kami melalui daerah Inanam, Menggatal, Tamparuli sebelum sampai ke Kundasang. Sampai di Tamparuli singgah sekejap di Jambatan masyur di situ iaitu jambatan tamparuli.. ala.. yang ada marsha nyanyi kat konsert AF dulu tuuu :p cuak gak aku naik jambatan tu.. kecuali Irfan yang boleh syiok2 berlari atas tu.. aduih bergoyang2 jambatan tu dibuatnya..

ok.. lepas amik2 gambar.. perjalan pun diteruskan ke Kundasang.. dari Tamparuli ke Kundasang.. perjalan agak berliku2.. dan melalui lereng2 bukit.. ye lah.. kan kiter hendak ke kwasan tanah tinggi.. tetapi dari bawah ke atas rasa segalanya berbaloi.. sepanjang perjalanan dihiasi dengan permandangan cipataan Tuhan yang sungguh indah! Hijau saujana mata memandang.. bukit bukau sekeliling perjalanan kami.. dan sayup2 kelihatan rumah2 kecil penduduk tempatan berada di celah2 bukit. Awan pun penuh menyelimuti langit nan membiru. Masa dalam perjalan.. sudah nampak gunung Kinabalu yang menyambut kedatangan kami. Pagi itu agak baik, awan tidak meyelimuti seluruhnya gunung itu.. jadi kami masih dapat melihatnya..

Kira2 2 jam perjalanan dari KK ke Kundasang.. akhirnya kami sampai di daerah tenang, dingin lagi mendamaikan itu.. angin bertiup sejuk sudah terasa di kulit kami. cantik suasana permandangan kampung ini. Di tepi jalan di pekan kecil Kundasang terdapt kedai2 yang menjual sayur2 segar.. kami terus ke Kinabalu Pine Resort untuk check in di situ. Dari entrance di bawah hotel.. aku lihat permandangannya.. aku tahu pilihan aku ni satu yang tepat. Cantik! penuh dengan pokok pine dan bunga berwarna warni. Kabinnya di jaga cantik. Rapi. Kami dapat bilik betul2 berhadapan dengan gunung Kinabalu. Jelas di pandangan mata kami. Alhamdulillah :-) Udara di situ sungguh segar dan sejuk.

Lepas letak2 bag.. dan buat apa yang patut.. kami teruskan perjalanan untuk melihat kawasan persekitaran dengan menaiki kereta yang kami sewa itu. Mula2 kami ke Kundasang War Memorial park yang letaknya tak sampai 5 minit pun dari hotel :p. Memorial Park ini di buat sebagai mengenang askar2 british dan Australia yang terkorban semasa menjadi tawanan dan buruh paksa oleh pihak tentera Jepun satu ketika dulu. Dalam tu adalah dia tunjuk video tentang sejarah tempat ini.. park ni berkonsepkan taman2 Inggeris.. dan di atas sekali terdapat satu kawasan macam anjung tinjau.. cuak jugak tengok.. sebab tempatnya terbuka..

Lepas puas tengok2 taman tu.. kami turun bawah dan teruskan perjalanan dengan kereta untuk ke Dairy Farm pula. Masa sampai di situ macam tak percaya pulak Malaysia ada tempat macam tu.. seolah2 kawasan ladang lembu dekat New Zealand pula.. yang ni.. memang sangat2 susah aku nak cakap dalam perkataan.. sebab tempatnya sangat2 lah cantik. Di kelilingi bukit bukau di persekitarannya.. terdiam dan ternganga aku dibuatnya.. dengan keadaan masa tu yang dah mula mendung.. memang inilah yang menggamit hati aku ketika berada di situ.. Kami juga sempat melihat bagaimana lembu2 yang banyak itu beratur untuk diperah susunya.. banyak lembunya!! terkejut kami.. dan kami dapat pula melihat susu diproses sehingga dimasukkan ke dalam kotak untuk dijual.. Kami pun ada membeli satu kotak susu itu yang diberi nama "Susu Desa". Ketika melihat susu diproses, hujan rintik2 pun turun menambahkan lagi kesejukan.. dan mencantikkan lagi suasana ladang itu.. kesian pulak tengok lembu2 yang banyak itu basah bermandi hujan.. kekeke.. tapi mereka comel..hihihi..

Oleh kerana sudah hujan maka kami teruslah ke kabin tempat penginapan kami.. duduk di beranda kabin sambil menikmatai nescafe panas menunggu hujan rintik reda.. mata terpaku di kawasan bukit bukau dan gunung. Awan penuh.. kawasan hijaunya basah. semakin mendung semakin cantik. Kami duduk di beranda tiga beranak.. tenang.. selesa.. dan bahagia :-) sesekali kami berlari kedalam bilik berguling di atas katil kerana tidak tahan dengan kesejukan di luar.. puas berguling.. keluar beranda semula.. sambung menikmati keindahan alam.. dapat juga kami melihat sunset di kaki gunung Kinabalu pada hari itu. Sunset paling indah dalam hidup kami bertiga :-) (wah! sudah masuk bab jiwa2 :p.. jangan mare... sapa yang ada kat situ mesti mempunyai perasaan yang sama..hehhe)

Malamnya sudah tidak hujan.. tapi sejuknya tetap aduhaii... kami dinner di hotel saja.. sebab pakej yang kami ambil tu ada siap breakfast dan dinner. Makanannya so so saja. Lepas makan.. berjalan2 di sekitar hotel. Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu malam di situ. Jadi lebih baik naik bilik berehat di dalam bilik pula.


Isnin 25th May 09

Subuh di Kundasang sangat indah. Aku bangun se awal 5 pagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan matahari terbit di awal pagi di situ.. dan ingin menyaksikan gunung Kinablu dengan lebih jelas.. kerana pada waktu pagilah kita dapat melihat gunung itu dengan jelas sebelum ia terlindung dek awan. Dapat pula aku ambil gambar suasana pagi di situ.. dengan diiringi sahutan ayam berkokok dan bunyi burung bersiul dan unggas sebagai background.. hehhe.. sayup2 saja bunyinya.. lama betul rasa tidak mendengar kokokan ayam menyuruh kita bangun pagi.. ekekeke.. Lepas tu awal2 pagi lagi sudah kedengaran muzik tradisional dimainkan.. aku tak berapa sure dari mana datangnya.. mungkin penduduk di situ yang mainkan. Syukur.. panjang umur aku dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Aku teringat ibu dengan ayah aku ketika di situ.. Alangkah best kalau mereka ada bersama2..

Masa untuk pulang ke KL telah tiba. Cepat betullah masa berlalu.. sebenarnnya tak puas lagi kamu di situ.. Ada banyak lagi tempat yang belum pergi di Kundasang contohnya seperti Kolam Air Panas Poring, Kinabalu Park, Sabah Tea Garden, dan Rose Garden.. tapi apakan daya.. terpaksalah balik jugak kan :-) Dalam perjalanan balik dari Kundasang ke KK.. kami singgah sekejap di Pekan Nabalu.. untuk membeli sedikit kraftangan dan cenderahati untuk keluarga di KL. Dan perjalanan pun diteruskan ke KK. Singgah di rumah Kak Nor untuk pulangkan kereta.. dan Kak Nor hantar kami ke KK. Di KK Along sudah menunggu dan kami terus ke Pasar Filipin untuk membeli ikan masin, udang kering, ikan tamban dan beberapa makanan kering yang lain. Tidak sempat untuk membeli barang2 basah. Frust :-( Tapi apapun.. Alhamdulillah sejauh ini perjalanan kami.. banyak yang kami telah perolehi. kemudian kami singgah sekejap di satu kawasan yang banyak jual air kelapa muda.. lepak sekejap hilangkan penat sambil minum air keapa muda. Selesai urusan terus ke Airport KK untuk berangkat pulang ke KL.

Ikutkan hati memang ada banyak lagi tempat2 menarik di KK yang tidak sempat kami lawati.. contoh yang paling aku nak pegi sangat adalah seperti Gaya Island dan beberapa island berdekatan yang lain yang lokasinya hanya 10 minit sahaja dari Jeti Jesselton di KK.. dekat sangat kan?? kalau kat semenanjung ni.. nak pegi island2 yang cantik kenalah ke pantai timur.. lepas tu jauh pula tu pulaunya.. huhuhu.. tak mengapalah.. mungkin kalau ada rezeki di lain kali dapat pergi pulau2 di Sabah pula.. dapatlah pula snorkeling sampai hitam legam pulak hendaknya :D

Kalau ada kawan2 yang hendak ke Sabah.. peruntukkanlah sedikit masa ke Kundasang.. Sangat tenang tempatnya.. jauh dari hiruk pikuk kota.. saya tidak tahu orang lain. Tetapi bagi kami anak beranak memang sukakan tempat yang sebegitu. Tenang fikiran jadinya. Pergilah. Mungkin penat sikit perjalannya yang memakan masa sehingga 2 jam.. Tak mengapa.. hayati setiap detik yang berlalu itu bersama keluarga tercinta.. Apabila sudah sampai di sana nanti, InsyaAllah kalian tak akan kecewa :-)

Oklah.. sekian dulu catatan perjalanan aku sekeluarga ke Sabah. Insya Allah ada rezeki.. ingin aku pergi lagi :-) Kalau ada kawan2 yang nak pergi tu.. moga2 dapatlah serba sedikit maklumat dari jurucakap tak bertauliah ni ye :p

Gambar jangan cerita.. ilang akal banyaknya.. nanti kalau saya tak pening.. bolehlah kot selit2 letak gambar lagi.. buat masa ni.. tengok yang di bawah tu dulu ye.. dan kalau penulisan saya ni banyak typo error maafkan je lah ye.. maklumlah.. sambil pejam sambil menaip nihhh.. tak pernah dibuat.. balik bercuti belum tido belum apa.. terus mengupdate.. ye lah.. bukan tak tau.. kang simpan2 takut jadik pekasam pula :p

ok.. kesimpulannya, sapa yang malas nak baca panjang2 kat atas tadi tu ni aku ringkaskan..
kalau ada rezeki ke Kundasang.. singgah lah di tempat2 ni ye :
1- Jambatan Tamparuli masa otw ke Kundasang
2- Pekan Nabalu tempat beli barang kraftangan atau cenderahati
3- Stay di Kinabalu Pine Resort
4- Kinabalu Park - tempat mula2 nak mendaki gunung
5- Kundasang War Memorial
6- Rose Garden (ada di dalam jalan yang sama dengan memorial tu)
7- Desa Dairy Farm
8- Poring Hot Spring. Boleh mandi di situ dan ada canopy walk
9- Sabah Teh Garden. Atas sket dari hot spring tu
10- Pekan kecil Kundasang. Ada jual sayur2 segar di tepi2 jalan.

Kalau di KK, selain tempat2 shopping mutiara dan kristal tu mungkin boleh juga singgah di sini
1- Nexus Resort Karambunai untuk menikmati beach yang cantik
2- Nexus lagoon. Tempat ni best. Boleh buat macam2 aktiviti air di sini
3- Makan di restoran2 seafood contohnya Restoran Kg Nelayan, Gayang Seafood, ocean Seafood
4- Singgah di Menara Tun Mustafa untuk ambil gambar
5- UMS
6- Pergi ke pulau2 berhampiran dengan jeti Jesselton di KK. 10 minti perjalanan. eg, Gaya Island, Manukan, Sapi Island, etc
7- KK Waterfront

itu yang saya tau lah.. mungkin ada banyak lagi tempat yang saya tak tulis di sini..



Sekian.. enjoylah dulu tengok gambar2 di bawah tu dulu yer..

A breathtaking scenary of Sabah.. Saya sukaaaa!!

13 comments:

kuizikel May 26, 2009 at 8:21 AM  

fuhhh terasa nyaman jek bila baca sambil membayangkan diri tgh menikmati udara segara kat negeri di bawah bayu tu (lagipon ujan kat sini, ekon lak tu dlm ofis)...hehe

Farah May 26, 2009 at 8:25 AM  

best nye..nanti leh bagi info kat farah lak...

Sabrina May 26, 2009 at 11:25 AM  
This comment has been removed by the author.
Sabrina May 26, 2009 at 11:27 AM  

Alah salah taip pulak tadik.. hehehe.. Sabah tempat yang cantik kan? Rasa tak puas kalau pergi 2-3 hari je.. banyak sgt tempat nak gi especially pulau-pulau yg banyak tu.. Zubye tak sempat gi pulau ke?

zubye May 26, 2009 at 12:24 PM  

Kui..
Sememangnya sangat nyaman!

Farah..
boleh farah.. awak nak gi bila?

Sab..
kan?? paling2 kena seminggu dok sana baru lah puas..
banyak tempat yg kami tak sempat gi sab.. island tu yg paling frust.. sebab dah dekat sangat ngan KK. takpe kalau ada rezeki leh gi lagi insyaAllah..

AQisH May 26, 2009 at 12:56 PM  

fuyooo pjg betol n3 makde ni :-p

jomlah kita gi sabah plak nak..rasa cam sejukk betol kat sana tu hehe..:-D

ejea aziz May 26, 2009 at 1:48 PM  

huhuhuh..bestnye...pics pun cun-cun...betul2 nyamannnnn...
mesti relax sgt2 kn..

intanmaria May 26, 2009 at 2:04 PM  

fuh..
mmg detail la

kita dah booking p kuching this nov.
sabah..i'allah planning for next year..

ur entry as my book manual..ewah..

yantz-yeem May 26, 2009 at 2:46 PM  

wah detailnya...mmg best la view kat sabah..cam nyaman jek tgk...mmm ntah ble la merasa nak ke sn nie yea...

Unknown May 26, 2009 at 3:37 PM  

wah mmg best gi sabah nih..insyallah ada rezeki mmg kitaorg nak gi...

ramai recommend gi kundasang...tunggu AA buat promo lagik

izzulyfa May 26, 2009 at 5:03 PM  

akak..

cantik nyer tempat tue..
bilalah nak sampai nie?? :(

Ain Jade,  May 27, 2009 at 8:47 AM  

Malaysia Airlines pn dah murah...2 hr lepas nk beli tiket AA skali RM181.50+beg (RM15) +insurance RM25 + seat RM5..total brapa ek? kira aa.. Tu x kira mamam lg kot2 lapar kt atas kn, org sblah plak layan maggie kari bau semerbak..kembang hidung..mau x mau kena beli..haha

Sy check MAS dan tros beli, RM181.00 siap semua ada, luggage 20KG lg,mkn confirm ada, seat x pyh byr2...pastu dpt Airbus A330...fuyoo...
Lebih murah dan 5 stars lg!
Bah,jom kita ke sabah!!!

Anonymous,  May 27, 2009 at 12:03 PM  

salam perkenalan kak...
sabah memang sgt cantik dan menarik..
teringin nak pergi lagi ke sabah..
tggu dapat tiket free lg utk tahun ni :p
sudah jatuh cinta sama sabah

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP