Monday, May 18, 2009

Segalanya tentang dia.. tentang kami.. :-)

Dulu.. aku ada FP untuk mengumpulkan gambar2nya dari kecil hingga ke besar.. tapi atas sebab tertentu.. aku terpaksa privatekan FP aku tu.. (tidak di delete).. tak mengapa, dia masih boleh tengok lagi perjalanan hidupnya sejak dari dia dilahirkan hingga umurnya ke 3 tahun lebih di situ nanti...

Kemudian.. setelah aku tutup FP, hanya sedikit gambar dan kisahnya aku kongsikan dengan kawan2 dekat luar sana.. itupun aku selit-selitkan di official blog kerja aku di Eyes of Grace Photography.

Maka, fotoblog ini didedikasikan khas untuknya.. sebagai penyambung kisah-kisahnya di FP dahulu.. sebagai tempat mengumpulkan gambar2nya yang hampir hari-hari aku ambil.. mungkin kurang bercerita lagi di sini.. biar gambar sahajalah yang lebih berkata-kata.. :-) Semoga nanti suatu hari bila dia sudah faham.. akan dapat dibuka dan dilihat kembali wajah-wajahnya dari kecil yang menjadi pelangi hidup kami :-) andai nanti ada rezeki dia punya adik-adik.. kisah mereka juga akan aku kongsikan di sini InsyaAllah.

Aku harap fotoblog yang ini tidak separuh jalan. Sebab aku sayangkan gambar-gambarnya itu.. kalau ada yang terhibur melihat keletah Irfan, syukur & terima kasih :-)






foto diambil:
Selasa; 12 May 09
Home.

Selamat datang kepada semua kawan-kawan baru dan lama.. dan terima kasih kerana sudi menyinggah :-).. jangan segan silu memberi komen dan menegur kami di sini sebagai penyambung silaturrahim kita.. :-) Boleh juga bertukar tips tentang keibubapaan sesama kita insyaAllah :-)

Oh! and don't forget to put your blog address here so that I can link yours at mine! :-) (wah terasa macam di alam baru memblog pulak).

15 comments:

auntie munie,  May 19, 2009 at 10:27 AM  

dengan bangganya auntie merasmi kotak komen ini...teringat plak citer tentang bulan..u are the moon, the star that always shining your mama's & babah's heart...do always be the star of their heart, the rainbow of their life,,u are everything to be...and the cutest boy for auntie too...hehhehehe

intanmaria May 19, 2009 at 10:45 AM  

=D
update la banyak2..

i will visit ur blog, everyday..i'allah

Mrs.Nury May 19, 2009 at 10:46 AM  

yeay...yeay teringat pulak cerita "tentang bulan" biler zubye ada blog baru "Tentang Dia".Apa-apa cite...apa-apa pic tentang irfan aunty suker baca & tgk.Sharing is caring.Irfan such a cute boy...now dah nak 4years cepatkan masa berlalu.So keep up the nicest blog about irfan zubye.I likeee :)

Emma May 19, 2009 at 11:01 AM  

syok kalau mak nie photographer, leh buat blog mcm nie kat anak...

psss.. kat anak je ke?? babahnye x ke :D

-mama emma-

yantz-yeem May 19, 2009 at 11:25 AM  

mmmm...bagus irfan dah ada blog sendrik...tu lah bukak fp kena privet plaks...dah windu sgt nak tgk muka irfan n gelagat dia...zubye rajin2le updet blog ni k!!!!

ina_syuk May 19, 2009 at 11:26 AM  

bagus aa leh gak bace tentang irfan kan..nak2 gambar2 irfan seme cantik2 kan..leh gak aunty tgk2..hehehe

zubye,nnt kite add ur link kay..

riniy May 19, 2009 at 11:43 AM  

beshnya jd irfan kan, tetiap ari maknya amik gamba dia..dah tu gamba pro lak tuh...hehehe...

zairieza May 19, 2009 at 11:47 AM  

hi irfan n mummy irfan.. dulu auntie tgk fp skrang leh tgk blog irfan... yeaayyy..

lyana May 19, 2009 at 11:58 AM  

mmg suke sgt bace kisah irfan..at da same time, leh dipraktikan pd iman puler..neway,thx for sharing ye zubye!!;)

AdanyaKauUntukku May 19, 2009 at 12:06 PM  

welcome irfan to the world of blogging.......even mommy yang menaipkan.....

Unknown May 19, 2009 at 12:06 PM  

wahhh...bestnya irfan ada blog sndiri..nnti bila irfan dh pndai baca sure dia nk update sndiri he3x..apapun tahniah dgn kehadiran blog baru ni..
lepas ni..musti tatap blog ni plak lepas buka EOG

Zubye,  May 19, 2009 at 1:39 PM  

Buat semua..
Terima kasih sebab sudi menyinggah and thanks for the comments too :-)
insyaAllah dari semasa ke semasa saya try update blog ni ye.. kalau takde citer, gambar2 je pun tak pe kan ? :p

Anonymous,  May 19, 2009 at 4:31 PM  

Salam,

Alhamdullilah, semoga terusan berkarya through writing or pictures.
Worth it.
Hope you like to link with blog.
About children and parenting. Insyallah. All the best.

salam,
rina

Zubye,  May 19, 2009 at 5:50 PM  

salam Zaujah..
I've read your lovely blog.
it's so wonderful!
Thanks for sharing :-)

Unknown January 1, 2010 at 12:36 PM  

zubye..
salam kenal
akhirnye saya khatam ur blog...
hehehe... dh lame jugak jenguk2 ur official blog n blog ni... yg kebanyakan entrynya sungguh menyentuh hati... (mudah menangis betolllll.. hehehe)
teringin nk buat camni jugak utk damia.. sekarg ni my blog dok campo2 ttg diri sdiri-ttg damia-ttg papa dan dan macam2 lagi...
dh jadi blog yg mesti diterjah dah ni... :)

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP