Monday, November 9, 2009

Tentang kawan

Alamak... ni gambar2 lama 2 bulan yang lepas daaa.... baru mama nak upload kat sini.. actually mama dah upload dah kat FB hari tu.. ni masa Irfan sambut birthday kat school.. bersama2 dengan kawan2 yang lahir pada bulan September. Majlis ni sama dengan majlis Hari Raya school Irfan.. itu sebab semua orang berpakaian baju raya.. hehehe..

Ini semua kawan2 Irfan dekat school.. Bila Irfan besar, Irfan tengok balik betapa bertuah.. Irfan kecik2 macam ni sudah diberi pendedahan untuk mengenal orang luar yang bukan dari keluarga kite.. tetapi dekat jugak dengan hati Irfan iaitu kawan2 Irfan.. Mama tau Irfan sayang kawan2 Irfan.. sebab Irfan selalu sangat cerita pasal derang kat rumah.. sangat ramai nama2 yang Irfan sebut sampai mama takleh nak ingat semua. Ada Adam Haziq, Danish, Amir, Abg Afif, Sarah, Shafikah, dan macam2 lagi.

Tapi BEST FRIEND Irfan ialah Haziq Isyraf. Sayangnya masa majlis ni dia bercuti sebulan sebab mamanya dalam pantang so dia ikut mamanya pulang ke kampung.. Maka takdelah gambar Haziq Isyraf dalam ni. Teacher cakap Irfan suka kawan dengan Haziq Isyraf sebab maybe kalian punya karaktor yang sama.. Cikgu kata.. dalam kelas hari2 kalian duduk bersebelahan, apa2 pun mesti ingat satu sama lain.. kalau Irfan bawak bekal makanan dari rumah.. Irfan mesti share dgn Haziq Isyraf dan kalau dia bawak pulak dia mesti share dengan Irfan. Bila time nap pulak.. kalian tidur bersebelahan dekat dengan sliding door.. "port" orang lain tak boleh ambil.. sebab situ best angin kuat dari luar.. so kalian berdua dapat tido dengan aman.. hehehe.. bila menulis.. mewarna.. kalian sehati sejiwa mewarnakan apa yang di dalam kertas dengan warna yang sama. Kemudian.. kalau hari boleh bawak toys, kalian akan erkongsi sama2 bermain.






ini Irfan mengagih agihkan kek kepada kawan2. Mama suka masa ni. Nampak dah besar anak mama.. heheh

Ini Irfan dengan teacher class Irfan. teacher Nurul dengan teacher Aqila.

Ini teacher Ita. Pengetua sekolah.. fav teacher Irfan walaupun teacher Ita tak mengajar kelas Irfan.

Di sinilah tempat Irfan separuh hari dari pagi sampai tengahari.. Irfan bersama2 kawan2 belajar.

Mama suka Irfan pandai bergaul, bersosial dengan kawan2 Irfan. Mama mahu Irfan saling bantu membantu dengan kawan2 Irfan.. tak moh gaduh2.. biasalah umur baya2 Irfan sekarang ni orang kata.. memang tengah pandai nak pilih kawan.. kalau tak kena gaya asyik nak gaduh.. tapi mama kalau boleh taknak lah irfan gaduh2 berebut barang.. biarlah Irfan menjadi seorang yang beralah dan pandai berkongsi.. maklum saja.. buat masa ni Irfan takde adik beradik lain.. jadi mama mengharapkan di sekolah saja Irfan dapat belajar bagaimana nak bersosial dengan ramai orang esp yang sebaya dengan Irfan.


Dalam hidup Irfan nanti, lepas tadika Irfan akan menempuh alam2 lain seperti sekolah rendah, kemudian Irfan akan masuk pula sekolah menengah, kemudian insyaAllah ke University, seterusnya alam pekerjaan.. dalam masa tu Irfan akan berjumpa dengan ramai orang yang insyaAllah akan menjadi kawan2 Irfan nanti..


Nasihat mama.. jadilah kawan yang betul2 "sahabat" yang sentiasa ada untuk kawan Irfan, yang menjadi pendengar setia kepada kawan2 Irfan, yang membantu kawan2 dalam susah dan senang, yang menyayangi kawan2 Irfan seadanya.. Selain keluarga, suatu hari nanti Irfan akan tahu tentang betapa pentingnya sahabat dalam hidup Irfan. Jangan jadi kawan yang makan kawan.. kawan di depan lain di belakang lain..
Mudah mudahan Allah kurniakan anak mama hati yang baik dan ikhlas dalam berkawan InsyaAllah.. Tetapi Irfan, berhati hatilah memilih kawan nanti.. sebab dengan siapa kita berkawan nanti.. itulah yang akan menjadi cermin kepada diri kita..


Mama doakan juga.. Irfan juga akan disenangi oleh semua orang.. esp kawan2 Irfan. Amin.

ok.. ni ada satu lagi video Irfan untuk menutup entry kali ni.. hehehe.. Irfan baca Doa Iftitah.. Alhamdulillah at age 4 Irfan dah hampir lancar semua bacaan dalam solat. Terima kasih buat guru2 yang mengajar di sekolah dan syabas juga buat Irfan yang selalu prektis di rumah sambil diperbetulkan bacaan Irfan oleh mama dan juga abah :-) Tak de apa yang mama ingin katakan selain Syukur ke hadrat Allah.. Moga anak mama dilindungi Allah selalu.


video

2 comments:

Ct Farah November 9, 2009 10:36 PM  

Suka sgt tgk Ipan..handsome, cheeky, natural dll..Be a Good Boy ye sayang..Insyaallah

yantz-yeem November 9, 2009 10:24 PM  

best tgk irfan pandai berkawan...

Tentang dia

Dialah pelangi..
Dialah bulan..
Dialah bintang..

Sebuah catatan dari hati seorang ibu, didedikasikan buat si anak, dengan harapan satu hari nanti si anak akan menjadikan kisah2 itu sebagai satu tauladan dan semangat untuk dia mengharungi hari-hari yang mendatang.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP