Yeah!! Salam semua.. Salam Tahun baru 2010! Semoga semua orang dibekalkan dengan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berkekalan di tahun baru ini hendaknya. Amin.
Tahun baru.. hari baru di bulan January.. ibu2 bapa2 yang mempunyai anak2 yang sudah dihantar ke sekolah.. sudah pasti merasa keghairahan .. debaran dan keseronokannya. Saya tidak terkecuali... walaupun hanya menghantar Irfan belajar di tadika buat umurnya yang 5 tahun pada tahun ni.. semangat pun dah membara2 terutama sekali Irfan yang ketara seronoknya terutama ingin berjumpa lagi dengan kawan2 yang sudah lama tak ketemu.
Saya ingin bercerita sikit disini.. memberi pendapat dan meluahkan buah fikiran yang mungkin dapat menjadi prbincangan bersama2 ibu bapa yang lain diluar sana..
Ini tentang pengalaman saya.. Pengalaman hari pertama menghantar Irfan ke sekolah pada tahun 2010 ini.. rata2 saya lihat semua wajah gembira.. muka semua glowing melihat anak membesar dan sudah melangkah ke satu lagi milestone yang baru.. semua ingin yang terbaik untuk anak2.. walaupun tidak dikatakan.. wajah masing2 jelas memberitahu segalanya..
Dan.. pada hari pertama juga saya dikejutkan dengan persoalan bertalu2 yang diajukan oleh salah seorang ibu di situ yang buat pertama kali menghantar anak keduanya di tadika yang sama dengan Irfan. Apa yang diajukan kepada saya?
" Macamana sekolah ni? Ok tak?"
ok itu biasa. maka saya menjawab semua yang saya rasakan.
"Anak you masuk tahun lepas ye? 4 tahun?"
Biasa. lalu saya menjawab apa yang patut.
"Apa yang anak u dah boleh buat?"
pun biasa. lalu saya pun jawablah serba sedikit.
"oh.. itu tak penting.. macamana pulak dengan akedemik dia? can he read? boleh kenal huruf dah? sebab abang "H" (anak slungnya) baru berapa bulan hantar ke sekolah "x" dah boleh fasih membaca"
Luar biasa. bukan luar biasa sebab anaknya dah boleh membaca tetapi cara pemikirannya yang lain dari pemikiran saya. 4 tahun. Keinginan ibu itu tidak salah.. tapi mesti tahu apa yang dimahukan.
Apa yang dirasakan penting pada saya tetapi tidak penting buatnya. Saya tahu .. ye akedemik penting. itu sama. tetapi membina sahsiah diri anak seawal 4 tahun. .. bicaranya tak penting? itu yang saya fikir luar biasa.
Andai ingin anak pandai membaca by age 4.. mungkin dia sudah tahu tadika ini berorientasikan yang bagaimana. Mungkin dia boleh pergi enroll ke tadika yang betul2 academic-oriented.. yang memastikan setiap budak boleh fasih membaca dalam usia 4 tahun. Mungkin juga dia terlepas pandang dengan sillibus2 tadika ini yang menekankan aspek kendiri diri lebih dari akademik pada usia 4 tahun. Tidak salah apa yang ibu itu mahukan. Tetapi kita mesti tahu apa yang kiter mahu.
Ok, ini pandangan saya..
Dengan keadaan sekeliling.. pengaruh ibu bapa lain.. desakan dunia luar.. selalunya.. di Malaysia sekarang kecemerlangan kanak-kanak biasanya diukur melalui kecemerlangannya dalam bidang akedemik..
Apabila menghantar anak ke sekolah terutama sekali seawal tadika misalnya.. kiter selalu diajukan dengan soalan berupa...
"Adakah dia sudah tahu membaca? Sudah pandai mengeja tak? Macamana pulak English dan Matematik nya? sudah boleh mengira?"
Seandainya kita jawab YA untuk soalan2 tersebut maka sekolah itu akan dilabel sebagai sekolah yang bagus. Mampu mengajar anaknya master ABC. Anak kita murid yang pintar. Anak yang cemerlang. Ya betul saya pun tak nafikan. Tapi cukupkah itu sahaja untuk menilai sekolah bagus atau tidak dan cukupkah itu sahaja yang dapat menilai tentang kecemerlangan seseorang?
Ada pula yang berkata.. "you know.. at 3 years old.. my girl can already read a whole sentence. She could also read a tough words now like 'spaghetti' and 'breakfast'"
Cuba kita perhatikan, berapa ramai yang akan bertanya.
"Anak awak dulu nampak pemalu sangat dan pendiam.. tetapi sejak dia masuk tadika ni nampak dia sudah pandai bergaul. Bila cakap dengan orang besar pun nampak yakin je.. masa sekolah mesti ada participate in crowd kan. mesti buat macam2 aktiviti kat tadika."
atau pun..
"Saya tengok dia pandai hormat orang tua. Setiap kali jumpa saya dia salam saya tak payah tunggu awak suruh pun.. tak pernah pulak dia interrupt awak bila berbual dengan saya. Agaknya ni salah satu nilai yang diajar kat school kan?"
atau..
"Macamana ye awak train dia.. waktu makan dia makan betul2.. duduk makan sampai habis dia punya meal baru dia pergi bermain dengan kawan2. Sebelum makan.. selepas makan dia baca doa. Lepas makan dia angkat pinggannya letak dalam sink"
atau..
"Saya tengok anak awak berani meluahkan apa yang dia rasa. Kalau dia tak suka dia akan bgtau awak baik2.. tak tantrum yang bukan2.. pandai dia jaga hati awak.. Selalu bgtau dia sayangkan awak.. awak ajar ke?"
ataupun.. kesimpulannya
"Anak awak nampak behave. Macamana awak train dia?"
Memang jarang sekali soalan itu diajukan... sedangkan nilai2 itulah sebenarnya yang selalu diterapkan dan diajar di kebanyakan tadika mahupun sekolah.. Membina keperibadian anak2 di usia yang awal.. pada saya itu lebih utama... cuma mungkin ibu bapa lebih ghairah menilai akademik anak2 sehingga lupa dengan nilai2 yang lebih penting ini..
Seperti yang saya kata tadi.. benar.. tidak salah andai ada ibu bapa mahu mencapai akademik yang bagus untuk anak-anaknya seawal umur 3 atau 4 tahun.. tetapi.. saya selalu berpegang kepada satu perkara iaitu..
Membina anak yang cemerlang hendaklah bermula dengan asasnya. Asasnya adalah keperibadiannya.. pembawakan dirinya.. semua tentang kendirinya. Peribadi yang cemerlang adalah dari hati yang jujur dan ikhlas.. datang dari hati yang suci dan bersih.. perbuatan dan tingkahlaku yang baik samada pada diri sendiri mahupun berlaku baik terhadap orang di sekeliling. Pada saya itulah yang harus kita baja seawal usia mereka ni. Jika nilai2 itu berjaya diterapkan, tidak mustahil dia juga akan turun cemerlang dan berjaya dalam akademik.
Ini bukan tentang sekolah mana yang kita hantar.. berapa banyak subjek mata pelajaran yang diajar.. tetapi ini tentang mentaliti ibu dan bapa sekarang dan saya juga yang mungkin kadang2 lupa dan alpa..
Jadi, seandainya kita terlupa.. marilah sama2 kita ingat mengingati. agar dapat sama2betul membetulkan.
Read more...