

Seseorang sedang fokus akan homework BM nya. Tapi tak sempat nak siap malam tu sebab terlalu penat dan ngantuk.
Tak apa Irfan, buatlah setakat Irfan mampu. Mama pun tak paksa sampai diluar keupayaan Irfan. Kadang2 mama pun tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara dek kerana penat dan letih. Itu normal.
Honestly, Mama tengok homework Irfan tu sama tahap macam homework mama darjah 4 dulu je.. Pada mama, agak tough sebab baru 4 bulan sekolah, Irfan dah kena buat ayat sendiri. Cikgu hanya bagi gambar, then Irfan tampal, dan berdasarkan gambar tu, Irfan kena buat ayat sendiri. Terpulang kepada Irfan untuk cipta ayat macamana. And because of that, i'm so proud of you. You did very well. You can think outside of the box. Dan setiap ayat yang Irfan tulis tu tak terlintas pun dalam fikiran mama. So, tak mau stress2 lagi macam hari tu ya.. bila Irfan tak dapat nak siapkan. Kesianlah mama tengok Irfan sampai picit-picit kepala paksa diri sendiri. You are too young for that, darling! I just want you to enjoy your school life ok! Buat homework pun kena seronok. Kalau Irfan penat, Irfan berhenti, rehat sekejap, dan lepas tu boleh sambung balik. Kalau tak larat, Irfan tidur, esoknya kan kita boleh sambung. So, don't worry too much k!
Will always be here for you,
Mama.
Read more...