Wednesday, July 11, 2012

Bloomies :-)



Sorry ye Irfan...
Kalau asyik-asyik gambar di sini sahaja..
Mama hanya mahu menikmati.
Dan Mama mahu kamu menghayati apa yang cuba mama sampaikan di sini.

Read more...

Dan.. bila malam...


Dengan nikmat mata yang boleh melihat..
nikmat hidung yang boleh menghidu..
nikmat telinga yang boleh mendengar..
nikmat mulut yang boleh berkata-kata..
nikmat alam di sekeliling..
nikmat badan yang sihat..
nikmat orang-orang tersayang di sekeliling..
nikmat udara.. nikmat matahari..nikmat siang dan juga malam..

Lalu mesti apa Irfan?
Alhamdulillah.

Love;
~ Mama.

Read more...

We lurveee surprise!!!

The day we surprised you with theseee..





For no reason..
Just because we loveee surprise..
and...
we love youuu soooo BIGGG!!!


Enjoy your life, Son!
Appreciate everything that you have.
Be thankful. Be grateful always.

Read more...

Friday, July 6, 2012

Serenity

"Needless to look back. Needless to look forward. We are in the moment."



Dear Irfan,

Gambar-gambar ni sebenarnya most of them mama pernah share dengan kawan-kawan Mama kat FB. But I think it deserves it's own beautiful entry here.

Untuk pengetahuan Irfan, Bulan June yang lepas adalah bulan Mama bercuti dari ambil gambar.. Sebenarnya, Mama agak keletihan, dan Mama rasa kesihatan agak menyusut sejak Mama jatuh bilik air hari tu.. Tak dapat nak bergerak kuat sangat.. apa lagi nak mengejar kanak-kanak Mama rasa tak terdaya sikit sebab pinggang dan belakang yang sakit. Prior to that, Mama rasa memang perlu untuk Mama berehat, untuk slow down, untuk tidak tergesa-gesa, dan menghargai masa-masa Mama dengan famili, to enjoy the little things we have in life :-)

Dalam waktu berehat itu.. Mama tak sangka Mama memperoleh sesuatu yang menyegarkan mata, hati dan minda Mama semula. Apa yang Irfan lihat ni sebenarnya bukanlah sesuatu yang dirancang.. Ianya satu kebetulan yang telah menjadi satu keasyikan buat Mama dan Abah.. Ceritanya begini... hari tu .. lepas kita jalan-jalan di Bangi dihujung minggu, sebab tak tau apa nak buat, Mama ajak Abah singgah di satu nurseri.. Bila masuk2 tengok semua tumbuhan dalam tu.. mekarlah hati mama nampaknya.. jadi mama membeli 5 pots bunga untuk rumah kita (jangan main2 kebetulan2 pun 5 pot terus mama beli hahhaha).. lepas tu dah sampai rumah, kita gantung dan letak kat porch keta nampak 'adik manisss' lah pulak semua tu.. Jadi, lepas tu.. hari ke hari.. minggu ke minggu.. kita tambah sedikit demi sedikit.. akhirnya jadilah yang macamana Irfan tengok ni.. Hujung minggu tak pergi mana pun tak kisah.. menghadap bunga pun boleh kenyang! hahhaha. Dari pokok pasu kita cuba tanam di atas tanah (tapi mama kena consider balik lah untuk tanam dalam pasu balik .. sebab kucing selalu buat lawatan ke taman kita ni.. diam diam ubi berisi dia gi kuarkan baja organik dia pulak kat situ.. huhuh sadis), dari kosong macam tak bermaya je dulu porch tu.. mama bawak kuar meja kecik pastu kerusi rotan lama Irfan.. menyebabkan setiap hari pagi irfan mesti nak breakfast kat luar.. hehhe dari dull je dan kadang2 penuh rumput tak berjaga kat tepi tu.. sekarang setiap pagi bangun.. turun bawah.. benda pertama yang mama buat adalah menyelak langsir.. dan tengok khabar bunga2 kat luar.. sungguh lah menyegar mata.. membahagia hati.. tengok bunga berwarna warni..  Ada lagi bunga2kat luar tu mama belum sempat ambil gambar.. tengoklah petang ni ke mama ambil nanti.

Syukurlah Mama rasakan.. Mama rasa seperti 'baru' dalam hati mama.. dan 'baru' juga didalam fukiran Mama.

Sebenarnya Mama dan Abah buat ni dengan budget yang sedikit.. apa yang mampu.. tapi tak kisah.. asal cantik di mata kita.. dan gembira di hati kita.. cukuplah untuk buat kita bersyukur :-)

Angan2 tak pernah habis.. Abah cakap nanti Abah nak bertukang buat meja dan kerusi kat situ.. meja yang besar sedikit, jadi dapatlah kita makan2 kat luar tu.. Meja yang ado sekarang nii.. alahai kociknyaaa.. letak je makanan irfan dah habis irfan konker semua.. Maka niat murni abah untuk membuat meja atau pangkin itu amatlah mama alu alu kan.. Tapi kena lah beli alat2 tukangan dan kayu serta papannya dulu.. Lepas tu nanti bolehlah Irfan tolong abah mengecat putih mejo tu yo.. Itu kita kena tunggu next budget ye.. kihkihkih.. Nanti semua siap.. kita boleh panggil Atok, Nenek, Abang, Kakak, Marissa debot, Aqiel, Dhia Ulhaq, Kakak nono, Abg hakim, Kakak Qayyum, Ya hayyu.. dan pakcik makcik irfan, kita buat makan2 lepas tu pinjam Mami punya bbq pit.. kita buat bbq kat luar.. 

Mama pulak ada angan-angan nak buat satu wall kat luar tu as an art gallery.. Mama dah pilih dah gambar2 yang nak print.. nanti kita pergi carik frames.. pastu boleh lah gantung cantik2 kat situ ya.. Frames kat Nilai 3 banyak2 yang murah Irfannn!!

Wah.. angan-angan memang best.. Tak kisahlah bila pun dapatnya semua tu.. Yang penting sekarang.. We live in this moment.. Just go with the flow, and put all our worries behind, dan biar Allah tentukan semuanya.

Buat masa ni.. Mama teruslah mem browse patio idaman di dalam Pinterest itu.. hikhikhik..

Ok Irfan, mama nak kono edit gambar ni ha... Nantilah bilo2 kito sambung balik yo...

Love ya bebeh!

~Mama.

Read more...

Monday, July 2, 2012

Satu petang, satu buku, sepinggan mangga, sederet 'kawan' buat main.

We live a simple life. And we cherish and appreciate it just the way it is. :-)


Sungguhlah cantik kuku kaki tu ye... nanti besar nanti tengok lah balik


and compare it with kaki Mama dan Abah.. yang sudah meningkat garis-garis kedutnya.. itu tandanya kami kerja kuat! hahha

To be continue..
on the same day...
This is a teaser :

An evening at a place which is so dearly to Mama and Abah.. ehemehem.. :-)) we used to meet here so often in our Uni time.. this place is still special to us like years before (it has been 14 years now! wow).. and it has became extra special since you were here with us :-) Petang2 hujung minggu kita selalu ke sini .. picnic.. cycling.. boomerang.. walking.. Abah train you running.. or even doing nothing sometimes.. when i have you both.. doing nothing means everything to me :-) One day.. when we have cucus.. bring them here.. a place that is so close to our hearts.. kita kekalkan turun temurun okeh! (aww!! jauh betul matlamat mama tu.. hahhaha)

I love you now and always...
~Mama.

**Moments recorded on the 1st day of July 2012**

Read more...

Sunday, July 1, 2012

Selepas hari sukan.


Read more...

Nenek was here


Gambar ni sebenarnya out of focus.. tapi mama suka the simbolic behind it.. Irfan fokus kat nenek tu...


Ni antara pokok2 yang nenek tanamkan untuk kita. Terima kasih Nenek! Nenek dah pesan kat Irfan supaya jangan lupa siram hari2.. ingat tu!


Alhamdulillah... kesihatan nenek bagus.. dapat sama2 duduk dengan kita 5 hari  start hari Isnin sampai Sabtu lepas.. Banyak perkara yang kita ngan Nenek buat tapi Mama tak sempat nak ambil gambar satu persatu.. We do gardening together.. makan2.. shopping2.. golek2.. nenek ikut hantar dan ambil Irfan dari sekolah.. dan sebagainya.. The best 5 days ever in Mama's life personally... Bila Irfan pegi skool dapatlah Mama luang masa berdua je ngan nenek.. borak2 dan buat perkara2 yang nenek suka.. Tapi ada juga yang Mama planned tak sempat nak tunaikan.. InsyaAllah one day.. Nanti Atok mesti ada sekali ok! oh~~ kita kena buat appointment awal2 irfan.. nenek dan atok ada 9 anak.. jadi  bergilir2 lah nenek dan atok nak ke rumah masing2 hehhehe... Kita doakan Atok dan Nenek sentiasa sihat nanti boleh dok rumah kita lagi ye.

Lagi sekali Mama sangat gembira, tenang dan aman sekali berada di garden kecil kita yang tak seberapa ni.. Tidaklah sempurna.. tiada garden set up yang sempurna.. landscape pun buat sendiri ikut hati sendiri.. takde gazebo.. takde pokok besar yang mahal2.. tapi itu semua Mama tak kisah.. yang penting we appreciate what we have now.. bukan bagaimana rupanya garden kita itu tapi yang penting adalah orang2 tersayang yang sentiasa menemani kita di situ :-) dan itu yang membuatkan ianya cukup special di hati kita semua.

Satu hari Irfan ingat.. hargai semua yang ada di sekeliling Irfan yer... tidak kira kecil atau besar.
Merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur selalu dengan yang banyak :-)

Love you to the moon and around the star and back!
~Mama.

**Moments captured on June 27th, 2012 . May you will remember this day forever insyaAllah**

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP