Friday, August 22, 2014

Monkeying around

Part 1.



to be continue...

Read more...

Friday, August 15, 2014

Lili

Si buah hati.


Read more...

July '14

Highlight of our July : Bulan puasa dan Hari Raya!



Read more...

Thursday, July 17, 2014

June '14

Kisah bulan 6 kita..
Seronok dan cukup banyak untuk dikenang.

Alhamdulillah..


Read more...

May '14

Highlight of our May..


Read more...

Thursday, June 26, 2014

Panggilan pulau.

Pulau Kapas.
June 11th - 13th, 2014.

Serba serbinya sederhana.
Bermakna belajarlah hidup dengan apa yang ada. Tidak merungut-rungut. Tidak meminta-minta.
Cuma syukur rasa kaki sudah dijejak di sini.
Menatap langit nan biru, lautan nan luas, membenam kaki ke dasar pasir, membasah diri mengamati makhluk Tuhan yang bagaimana yang hidup di bawah sana.
Maka, bersyukurlah untuk kesempatan ini.
Dapat dibawa lagi diri ini menghirup udara pulau. Merasa nikmatnya angin yang menghembus, merasa kasih sayang Tuhan melalui teriknya matahari. Agar tidak hujan, agar anak-anak ini gembira dapat merasai indahnya bumi ciptaan Tuhan mereka, melihat ikan-ikan, melihat makhluk di lautan..
agar bila besar nanti, tahu mereka.. bumi ini luas. Maka terokailah.
Bacalah rahsia yang terselindung di sebaliknya.


Read more...

Friday, May 23, 2014

Ilham dan seni

Ilham dan ahli seni itu bersahabat karib. Ada waktu ilham meluncur laju macam air sungai tidak dapat disekat-sekat. Ada waktunya sepi, oh apakan daya. Oleh kerana itu, tempat seperti ini mama kira sangat elok dikunjung bagi orang-orang yang ingin merangsang minda kreatif, berkhyal berimaginasi  dan menjana idea untuk berkarya. Tidak kiralah meng karya apa pun. Mahu melukis, menulis, merakam foto, mencipta apa jua, terpulang. Balik nanti bakal kunjung ilham yang baru :-)

Moga hari ini kamu telah belajar yang seni itu adalah dari keindahan. Yang indahnya itu dilihat melalui mata, didengar dengan telinga, dirasa melalui hati dan jiwa. Yang memberi mata, telinga dan jiwa itu, tidak lain Allah nya lah jua. Yang memberi ilham terhadap indahnya seni itu dilakar, bukan yang lain malah dari Tuhan nya jua.

Seni itu lahir dari sifat cinta datangnya dari hati. Cinta yang diberi dalam setiap hati manusia oleh Ar Rahman dan Ar Rahim. Yang meletakan cintaNYA di tempat paling atas dalam 99 nama-namaNYA.

Maka moga hati kamu akan sentiasa memandang setiap yang ada di sekelilingmu dengan rasa kasih dan penuh cinta. Dilihat segala isi bumi, laut, langit dan bintang-bintangnya dengan hati yang penuh cinta. Biarlah rasa kasih itu menjalar dalam tubuhmu sehingga ke akar umbinya.

Kerana dunia ini mahu kan yang lebih pandai mengasihi bukan banyak yang membenci-benci.


Tengoklah gambar-gambar di bawah ini tentang bagaimana kamu berkhayal dan berimaginasi. Tempat ini namanya The Atmosphere, letaknya di Seri Kembangan Selangor.


Read more...

Wednesday, May 21, 2014

Rindunya Kemaman!

Hujung tahun lepas, bumi Kemaman sentiasa disimbah hujan. Cuaca redup, basah dan sejuk setiap hari. Ada sesetengah kawasan yang dinaiki air. Kemaman dilanda banjir. Walaupun kawasan yang kita duduki tidak terlibat, tetapi kenangannya di hati ini sentiasa terpahat. 

Tiba-tiba ada satu petang, Kemaman begitu cerah. Matahari mula menunjuk sinar. Orang-orang Kemaman gembira, mungkin banjir akan surut. Begitu juga kita. Kamu yang sekian lama menanti, akhirnya petang itu dapat ke pantai berlari-lari. Ombak pantai cukup kuat. Merasa kita menikmati angin pantai yang dirindu. Di situ kamu bermain-main pasir, gembira dan riang mencipta kenangan zaman kanak-kanak. Usah lah kamu lupa akan indahnya.

Cuti sekolah sudah hampir. Oh! Kemaman, mungkinkan bakal bertemu kembali?



Read more...

Monday, May 19, 2014

Melaluinya Mama belajar | Part 3

Sambungan dari bahagian 2 

I believe that life is given to us to challenge, to grow within, to step out of comfort zone and achieve the bravest dreams. To make your dream come true – make it as goal and act. Make a plan, clear steps for each day. And you will see how your life takes a new level, each day will count, you will take the best out of it and experience lasting changes.


Menanti penuh debar

Alhamdulillah, dengan ilham yang dikurniakan Allah, mama berjaya menyiapkan draft isi kandungan buku serta pelan strategi pemasaran dalam jangka waktu yang ditetapkan iaitu selama 3 hari. Subhanallah! Sungguh banyak yang Allah bantu mama. Ilham itu meluncur laju macam air yang mengalir deras. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. maka, siaplah draft mama yang pertama.

Setelah siap, mama minta abah semak kan dahulu untuk mama, kemudian mama email kan draft itu kepada editor mama. Rasanya mama sudah buat sekadar yang termampu, sekarang masanya untuk kita berdoa dan bertawakkal. 

Apa yang mama belajar :

Ya, mama belajar untuk tidak bertangguh! Sungguh magis! kerana mama kenal diri mama yang dahulu - nantilah.. nantilah... nati aku buat. kejap lagi lah. lambat lagi nak hantar.
Tapi kali ini Allah menggerakkan hati mama untuk melakukannya terus. alhamdulillah. 
Mama bukan lah sentiasa mempunyai pendapat yang sama dengan Abah setiap masa. Macam orang lain kami mepunyai buah fikiran yang berbeza-beza. Tiada buah fikiran atau idea yang salah. Semua idea itu betul dan berharga. Itu lah yang membuat manusia itu berbeza antara satu sama lain, mungkin dari segi pandangannya, ilmunya dan percakapannya. Seperti mana dahulu masa awal-awal mama dalam bidang fotografi, abah merupakan pengkritik terhebat mama, sehinggakan mama pernah menangis mendengar kritikannya yang terang lagi jujur, begitulah juga yang kali ini. Abah melahirkan pendapatnya. Ada yang sama dengan mama, ada yang tidak. Ada antara idea daripada abah yang mama gunakan. Mama tahu abah bertindak begitu supaya hati mama ini jadi kuat, sebab kita tak tahu lagi apa yang akan mama lalui di masa hadapan. Walaupun hati selalu minta dan berdoa yang baik-baik sekali sekala kita perlu bersedia untuk apa sahaja kemungkinan. Nampaknya, awal-awal lagi abah sudah mengajar mama tentang itu :-)


Menerima reaksi positif

Tidak lama, malam selepas siangnya mama hantar draft tersebut, mama menerima balasan email daripada editor mama. Mama cukup bersyukur dengan respon yang diberikannya, walaupun mama rasa mama ini tidaklah layak untuk diberi pujian sedemikian rupa lebih-lebih lagi mama sangat baru dan sangat banyak tidak tahu. Ini adalah percubaan pertama. Tetapi waktu editor mama cakap..
"I have a very great expectation about this book."
dan beberapa lagi ayat-ayat yang lahir dari mulutnya yang membuat mama rasa..
syukur lah barangkali ini tanda mama sudah memulakan satu perkara dengan betul. Terima kasih Tuhan.

Editor mama mengatakan yang dia 100% bersetuju dengan semua draft yang telah mama tulis, dan tiada apa lagi yang dia perlu baiki tentang draft tersebut. Katanya draft itu boleh dikatakan cukup terperinci - yang mana sebenarnya dia tidak sangka mama akan memberi perincian sedemikian rupa sebab dia ingat mama akan memberi draft ringkas sahaja. Katanya, dalam minggu itu pihak MPH akan menghantar draft kontrak melalui email untuk mama baca terlebih lalu sebelum mama menanda tangan.

Alhamdulillah. Macam yang mama cakap tadi, tiada lain melainkan Allah jualah yang menolong. (dan sudah tentu sahaja dibantu oleh pengkritik hebat mama yakni abah!)

Apa yang mama belajar :

Untuk sentiasa berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah dengan bersungguh hati tiada was-was. Untuk dengan lapang hati menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan minda yang positif dan terbuka. Mama tahu, mungkin bukan kepada mama sahaja editor mama melahirkan kata puji pujiannya, malah mungkin kepada lebih ramai orang lagi terutama kepada mereka yang baru bermula seperti mama. Tetapi ketahuilah irfan tentang pengajaran yang mama peroleh melaluinya iaitu sentiasalah mengucapkan kata-kata yang baik kepada setiap manusia yang kita jumpa. Tidak kira kita kenal atau tidak dengannya. Sebab ucapan yang lahir dari mulut dan hati kita barangkali sahaja mampu untuk mengubah kehidupan seseorang tanpa kita sedari.

Oleh itu sayang, bercakap lah yang baik-baik. Dan jika Irfan takde apa-apa yang baik atau yang bermanfaat untuk dikatakan, diam sahaja. Itu lebih bagus.

Only speak good words!

Akan bersambung di bahagian 4...

Read more...

Thursday, May 15, 2014

Melaluinya Mama belajar | Part 2

Sambungan dari bahagian 1


"If you really want to achieve something, there is no room for doubts, worries or other negative thoughts. You know what you want and go for it, with no looking right or left or back. Just straight ahead. Spending all your energy looking for solutions."

 
Berkongsi rasa dengan mereka

Berita itu mama khabarkan kepada orang-orang yang rapat dalam hidup mama. Mama kongsikan dengan ahli keluarga kita, juga kawan-kawan yang mama percayai. Reaksi mereka seperti yang mama jangka, positif belaka. Pelbagai kata-kata semangat yang mama terima. Paling mama ingat, ucapan nenek

"Tahniah lah. Ibu doakan kau berjaya. Elok sangat tu. Kau kan suka mengarang-ngarang ni dari kecik-kecik dulu. Kau kan suka bersajak-sajak, bersyair-syair."

Restu ibu itu penting :-)

Mama jua tidak lupa wajah kamu yang berseri-seri menerima perkhabaran itu. Apa lagi apabila mama mengatakan wajah kamu nanti akan mama letakkan di muka hadapan buku itu.

Apa yang mama pelajari :

Mendekatkan diri dengan orang-orang yang positif dan optimistik itu penting. Siapa diri kita sekarang memang banyak dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling yang rapat dengan kita begitu juga dengan pelajaran hidup yang kita lalui setiap hari. Mama sangat berterima kasih buat insan-insan yang selalu ada dengan mama ini saat mama susah dan senang. Kegembiraan mama bukan untuk mama seorang, malah mama mahu mereka merasainya sekali.


Perjumpaan pertama itu

Tiba hari untuk mama berjumpa dengan senior editor dari MPH. Kami berjumpa di Bangsar. Mama seperti biasa sudah pasti ditemani abah setelah menghantar kamu ke sekolah. Oleh kerana mama telah membuat persediaan melalui 'google' tentang penerbitan buku, membuat sedikit kajian tentang MPH, maka mama hadir hari itu dengan berbagai-bagai persoalan yang ingin diutarakan. Senior editor itu begitu baik orangnya. Setiap soalan kami dijawab penuh jujur, secara tidak langsung menaikkan semangat mama. Banyak yang dikongsikannya sementelah beliau sudah mempunyai pengalaman 2 dekad dalam bidang penulisan juga penerbitan. Perwatakannya yang sederhana jelas menarik hati mama. Dia nampak seperti 'biasa-biasa' sahaja tapi ilmu nya penuh di dada, tidak menyombong dan tidak lokek pula.Suatu yang harus mama contohi.

Kami berbincang tentang apa yang perlu mama lakukan selepas itu. Mama dikehendaki menyediakan draft tentang isi kandungan buku, juga mama dikehendaki menyediakan pelan strategi pemasaran sekali. Mama diberi masa 3 hari untuk menyiapkannya.

Apa yang mama pelajari :

Walaupun peluang dan rezeki itu seperti sudah nampak di hadapan mata, ini tidak bermakna mama boleh duduk goyang kaki dan tidak perlu berusaha apa pun. Bulan tidak akan terus jatuh ke riba. Mama masih perlu berusaha. Mama tidak boleh berjanji mulut sahaja. Mama mesti menunjukkan keinginan mama untuk mencuba dan berusaha melaksanakannya dengan perbuatan mama. Sewaktu pertemuan itu, memang banyak idea yang mama keluarkan, tetapi untuk menzahirkan idea-idea itu mama harus mempersembahkannya dalam bentuk penulisan. Mama tidak boleh bercakap kosong dan membiarkan idea itu berlalu begitu sahaja, Maka cabaran itu mama sambut. Mama tahu jalannya sudah dekat, cuma mama perlu membuktikan apakah mama layak. Lalu, mama mulakan dengan menulis dari hati.

Sekiranya Allah ingin memberi, tidak akan pernah ter awal atau terlewatkan. Semuanya telah tertulis. Kita manusia hanya perlu berusaha. Selepas itu serah pada yang Maha Kuasa. Andai dapat seperti yang dimahu, besrsyukur. Andai tidak, redha sahaja.


akan bersambung di bahagian 3...



Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP