Wednesday, December 28, 2016

Inilah bahagia...

Tidaklah semua kebahagiaan itu bisa dibeli dengan wang apalagi diukur dengan harta berlonggok. Kiranya kaya jiwamu dengan kasih sayang dan bersyukur pula dengan segala nikmat, kebahagiaan itu boleh engkau dapati di mana-mana biar dalam keadaan dirimu yang jauh serba sederhana.

Masih banyak bahagia yang tidak terungkap oleh lidah andai hati mahu bersyukur. Lalu bahagia itu akan kau bawa ke mana ceruk pun kau berada dalam muka bumi ini. Kerana ia letaknya di dalam hati di satu sudut yang paling seni.




Sejenis nikmat menjadi abang kawasan yang menerajui persatuan berbasikal dan ahli ronda kampung tanpa ada sesiapa yang menghalang. Ini bahagia katanya.



Childhood memory..


Jarang sekali dapat bertemu.
Sesekali berjumpa, ibarat sepasukan sahabat lama.


Indah nian suasana kampung.


Ada rindu mama pada kenangan-kenangan lama.


Setiap langkah terpotret kenangan.


Apa itu Abang Irfan?




My father didn't tell me how to live. He lived and let me watch him do it.



Sejenis baja tumbuh-tumbuhan

Menolong nenek meletak baja di pokok.

Pokok itu, di sebelahnya itu sudah tinggi lebih dari tuan. Irfan menanamnya 2 tahun yang lalu.

Kemanapun sudah kakiku dibawa melangkah, di tanah ini telah kutinggalkan jejak-jejak kenangan terpaling indah.


Kampungku Sungai Koyan.
Jauh di mata, dalam hati bercambah taman.






Biru langit kampungku.


Kenangkan lah saat-saat ini sampai uban penuh di rambutmu.

Bujang kami.

Nikmat memiliki cengkerang siput b*bi.




Bukan sebuah resort mewah, tetapi begitu kaya dengan kasih sayang.

"Outdoor Breakfast" di Resort Atok dan Nenek.

Nikmati saat kecilmu, anak-anak.
Jam berdetik terlalu pantas.
Kelak tak sedar, kau akan merinduinya.





Anak-anak berjiwa polos sering saja menemukan bahagia mereka dari hal-hal kecil yang sederhana.


Lalu itu semua kan jadi kenangan. Dalam hatimu, biarkan ia hidup.

Read more...

Tuesday, August 9, 2016

30 Minutes in the life

Lepas seronok atas 'kejayaan' projek "A Day in The Life" kami hari tu, Mama pun mencadangkan satu lagi projek fotografi peribadi untuk buat sama-sama dengan Auntie Izlin. Kali ni lain sikit bunyinya. 30 Minutes in The Life. Kami telah memilih momen hari Sabtu 6 August 2016; pukul 10.30 hingga 11.00 pagi untuk diabadikan.

Mama tidak merancang apa-apa pun sebelum itu. Dan nampaknya waktu itu jatuh pada ketika kita ke kedai mamak hendak makan breakfast. Tak keluar awal sebab tahan lapar tengok pembukaan Olimpik pagi-pagi buta sesudah subuh. Bila dah dok depan tv, syok baring-baring, makan pun tak ingat. Bila perut dah buat dangdut kat dalam, baru menggelupur carik makan.

Takde yang luarbiasa pun gambar-gambar ni. Yang luarbiasanya adalah bila mama kendong DSLR buat julung kalinya ke kedai mamak. Abah mula2 tengok penuh hairan. Mama katakan sahaja.. "projek.. projek.." . Maka Abah tidak soal banyak kerana telah masak dengan projek juta2 yang Mama buat selama ini. Haha..

Oklah.. marilah kita lihat soroton cerita yang berlangsung selama 30 minit di kedai Mamak depan rumah.


Hari yang agak sibuk sebenarnya kalau ikut jadual padat macam menteri kita.

Dah lapar sangat ke apa?


Snowy dan adik beradiknya yang lain Abah dah bagi makan awal2 pagi lagi. Tu yang muka releks rasa macam nak makan buah mangga untuk pencuci mulut pulak tu. Rutin Abah hari2, lepas subuh terus keluar bagi kucing2 makan dulu. Perutnya sendiri lapar tak apa. Yang penting anak2 bulunya tidak kebuluran. Faktor pembuka rezeki.. kata Abah berfalsafah.

Muka banyak perancangan nampaknya. Sedang aim sesuatu di atas kaunter banyak lauk.

Rezeki sudah dalam genggaman.

Ke dalam mulut jua perginya ia.

Unconventional cropping and composition. (saja je lah bagi kuar sikit2 term fotografi)

Tambah lagi sepiring sayur.

Mak kau biru! Kena letaklah gambar ni. Sebagai bukti Mama ada sekali dekat situ.

Perut kenyang, Alhamdulillah. Proceed to our next mission that day! Abah pergi workshop repair kereta, Mama layan Irfan main penny sambil record video. Lepas tu keta tinggal kat workshop. Bertiga jalan kaki balik rumah. Sungguh sihat rasanya setelah makan sekeping capati. Tengahari kita pergi kenduri orang kawen, petangnya terus pergi majlis gather2 mama dan rakan2 sekolah, membawak sampai ke pukul 12 tengah malam baru teringat  nak balik.
Alhamdulillah untuk sabtu yang padat dan menyumbang manfaat.


Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP