Saturday, February 11, 2017

Sembilan Februari

Cuti umum.
Dapatlah mama ambil gambar Irfan lebih sikit.
Kalau tak, bila hari sekolah, tergopoh gapah mana nak capai kameranya, amik kunci keretanya, kadang2 kunci rumah tertinggallah, mana nak goreng ikan, masak nasik, kacau gulai. Hah! dramatik sungguh.
Ok, ini cerita kita di hari cuti satu hari di bulan februari.












Read more...

Our story in January 2017


Read more...

Wednesday, December 28, 2016

Inilah bahagia...

Tidaklah semua kebahagiaan itu bisa dibeli dengan wang apalagi diukur dengan harta berlonggok. Kiranya kaya jiwamu dengan kasih sayang dan bersyukur pula dengan segala nikmat, kebahagiaan itu boleh engkau dapati di mana-mana biar dalam keadaan dirimu yang jauh serba sederhana.

Masih banyak bahagia yang tidak terungkap oleh lidah andai hati mahu bersyukur. Lalu bahagia itu akan kau bawa ke mana ceruk pun kau berada dalam muka bumi ini. Kerana ia letaknya di dalam hati di satu sudut yang paling seni.




Sejenis nikmat menjadi abang kawasan yang menerajui persatuan berbasikal dan ahli ronda kampung tanpa ada sesiapa yang menghalang. Ini bahagia katanya.



Childhood memory..


Jarang sekali dapat bertemu.
Sesekali berjumpa, ibarat sepasukan sahabat lama.


Indah nian suasana kampung.


Ada rindu mama pada kenangan-kenangan lama.


Setiap langkah terpotret kenangan.


Apa itu Abang Irfan?




My father didn't tell me how to live. He lived and let me watch him do it.



Sejenis baja tumbuh-tumbuhan

Menolong nenek meletak baja di pokok.

Pokok itu, di sebelahnya itu sudah tinggi lebih dari tuan. Irfan menanamnya 2 tahun yang lalu.

Kemanapun sudah kakiku dibawa melangkah, di tanah ini telah kutinggalkan jejak-jejak kenangan terpaling indah.


Kampungku Sungai Koyan.
Jauh di mata, dalam hati bercambah taman.






Biru langit kampungku.


Kenangkan lah saat-saat ini sampai uban penuh di rambutmu.

Bujang kami.

Nikmat memiliki cengkerang siput b*bi.




Bukan sebuah resort mewah, tetapi begitu kaya dengan kasih sayang.

"Outdoor Breakfast" di Resort Atok dan Nenek.

Nikmati saat kecilmu, anak-anak.
Jam berdetik terlalu pantas.
Kelak tak sedar, kau akan merinduinya.





Anak-anak berjiwa polos sering saja menemukan bahagia mereka dari hal-hal kecil yang sederhana.


Lalu itu semua kan jadi kenangan. Dalam hatimu, biarkan ia hidup.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP