Felda Sungai Koyan. Bukanlah tempat di mana saya dilahirkan. Tapi di tanah rancangan Felda inilah saya mengharungi zaman kanak-kanak bermula sejak saya masih bayi berumur dua tahun. Apabila saya di tingkatan dua, kami berpindah menetap di Gombak, kerana pendapatan di Felda sudah tidak lagi dapat menampung kami 9 beradik. Babah perlu mencari kerja lain di Kuala Lumpur. Maka tanah ini kami tinggalkan sementara meneruskan kehidupan yang banyak cabaran di Kuala Lumpur pula. Gombak itulah tempat asal kelahiran saya. Kami tinggal di rumah nenek yang kini sudah diturunkan kepada ibu. Berpuluh tahun berlalu. Setelah rumah di Sungai Koyan terbiar sepi, akhirnya ibu dan babah mengambil keputusan untuk settle down di sana sahaja. Anak-anak semua sudah mendirikan rumahtangga. Ibu dan babah temui bahagia mereka di tempat penuh kenangan ini. Kami anak-anak walau awalnya berat hati, sebab lokasinya yang agak jauh, akhirnya merelakan jua kemahuan ibu dan babah.
Sungai Koyan berada di dalam daerah Raub. Kalau memandu secara santai-santai dari Gombak, jaraknya lebih kurang dua setengah jam perjalanan. Itupun kalau bukan pada musim cuti perayaan. Maklum sahajalah lebuhraya karak itu kalau waktu cuti, bukan main sesaknya. Setelah melalui Bentong, ikutlah tanda jalan menghala ke Raub. Dari Bentong ke Raub, jalannya lurus sahaja (satu ketika dahulu semasa saya kecil, jalannya bengkang bengkok. Menjadi kegerunan kepada kami kerana tiap kali melaluinya pasti ada yang muntah kayak). Sekali sekala terlihat orang menjual nangka madu di tepi-tepi jalan. Kalau musim buah lagi meriah. Memang wajib singgah untuk membeli itu ini untuk dibawa balik. Hari itu kami singgah membeli buah cempedak untuk dibuat cempedak goreng. Kemudian, sampai pula ke pekan Raub. Seterusnya lalu pekan Cheroh, Batu Talam, Tersang dan penghujungya sampailah ke Sungai Koyan. Memang agak pedalaman terletaknya. Kiri kanan dalam perjalanan hanya dihiasi hutan dan pokok kelapa sawit. Kami tidak berani untuk memandu malam-malam kerana tiada lampu jalan di sini. Takut-takut lembu melintas membuat surprise. Hai!! katanya nanti.
 |
Pekan Raub |
 |
Jalan dari Raub menghala Sungai Koyan |
 |
Sudah sampai. Bertemu dengan Sungai Koyan 2 dahulu. |
Memang satu keseronokan bila dapat bercuti meluangkan masa di kampung. Sekarang saya sudah boleh berbangga kerana ada perkataan "balik kampung" untuk disebut. Maklumlah, kalau duduk di Gombak dahulu, segan-segan silu rasanya nak cakap "aku nak balik kampung niiii" hahhaha! Sekarang kembang-kembang hati walaupun dapat nyanyi lagu sudirman Balik Kampung! hohoho Balik Kampung!
Inilah kampung saya. Sungai Koyan!
Anak saya dan sepupu-sepupunya, kalau sudah ke koyan, tiada lain pastilah aktiviti mereka meneroka setiap inci tanah. Tidak perlu bersusah payah mencari hiburan buat mereka di sini. Cukup ada air untuk bermain simbah-simbah, kawasan yang lapang, pokok untuk dipanjat, ulat gonggok, siput babi untuk dibuat eksperimen, dah cukup memberi keseronokan tiada tara. Ditambah pula bila atok mempunyai motorsikal, maka cepat sahajalah mereka mengenen-ngenen atok untuk membawa mereka merondo-ronda sekeliling kampung. Hari itu pula cuti Hari Merdeka. Bersemangat patriotik, ke hulu ke hilir mereka membawa bendera kecil dan saya lebih berbesar hati merakam aksi gembira dua anak Malaysia ini.



Atok pula sekarang ni sedang membuat projek menambak tanah di kawasan belakang rumah. Belakang rumah ini dulu adalah merupakan kawasan lembah. Waktu saya kecil, ia merupakan port yang paling digemari untuk membuat eksperimen-eksperimen yang lebih mencabar kerana bentuk muka buminya yang curam dipenuhi dengan pokok durian, manggis, rambutan dan koko. Tersilap langkah, akan tergelincir dan jasad anda bakal ditemui nun di bawah sana. Jadi atok bercadang untuk membesarkan sedikit tanah lapang lalu ditambaknyalah tanah. Nanti senang cucu nak bermain katanya. Begitulah atok dan nenek kan. Apa-apapun pasti dikenangkan cucu dahulu. InsyaAllah manalah tahu, kalau ada rezeki lebih, dapat renovate pulak rumah kan. Rezeki. Kita tak tahu. Itu semua kerja Tuhan.


Mama pulak, kalau dah di kampung pastilah perut 24 jam mintak nak diisi. Jadi kerja saya adalah memasak dan makan. Kemudian memasak lagi dan makan lagi. Lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang tidak begitu baik waktu itu, mama lah yang ambil alih segala tugas di dapur. Semua orang kenyang. Semua orang rasa senang. Maka semua orang pun gembira berlari-lari di tanah lapang.
Begitulah kisah percutian Merdeka kami selama tiga hari dua malam di resort atok dan nenek yang istimewanya tidak terdapat dekat mana-mana resort sekalipun.
Special sebab di sini tersimpan pelbagai sejarah. Bercerita berpuluh kali tentang perkara yang sama pun boleh ketawa macam pertama kali mendengar. Anak-anak pun gemar mendengar kisah ibu ayah sewaktu zaman seusia mereka. Apalagi di resort ini
host nya istimewa hati penuh dengan kasih sayang. Mana nak dapat kat resort lain kan? Cuba bagitahu. hehehehe.
Sungai Koyan. Dengan izin Allah, pasti kami kan pulang lagi.
Read more...