Wednesday, May 20, 2009

Kisah si penjual susu

Aduhai.. penat sungguh mengedit gambar.. mari kita update blog ni pulak :p






Tentang foto:



Gambar di atas di ambil pagi tadi semasa si anak teruna khusyuk menonton salah satu VCD kegemarannya yang bertajuk Kisah Tauladan di Zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Salah satu kisahnya adalah tentang Kisah Si Penjual Susu.



Ia menceritakan tentang seorang anak perempuan dan ibunya yang merupakan penjual susu yang sangat bersabar dan jujur dalam melaksanakan tugasnya sebagai peniaga.. Walaupun diuji dengan ujian yang getir, kata nista dan hasad dengki dari penjual susu yang lain.. si penjual susu tetap bersabar dan memilih untuk tidak membalas kejahatan pesaingnya tetapi hanya berserah segalanya kepada yang Maha Berkuasa. Mereka juga menerima ujian diapi-apikan oleh penjual susu yang lain supaya mencampurkan susu yang dijual dengan air supaya dapat menjualnya dengan harga murah. Tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka untuk berlaku jujur dan tidak menipu orang lain. Berkat kejujuran, kesabaran dan keihklasan yang di amalkan oleh mereka.. mereka mendapat hikmah yang begitu besar. Akhirnya selepas ujian demi ujian, Khalifah Umar Al-Khatab tertarik hati dengan kejujuran si anak penjual susu setelah mendengar perbualan anak perempuan itu dengan ibunya betapa mereka perlu sentiasa ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab mereka itu.. lantas Khalifah Umar Al-Khatab membuat rombongan meminang anak perempuan itu untuk dijadikan suri hidup anak baginda.



Moral of the story for Irfan dan mama :



Sentiasalah berlaku jujur dengan setiap apa yang kita lakukan walaupun orang lain tidak nampak apa yang kita buat. Kalau orang buat tidak baik dengan kita, bersabar sahaja. Yang Maha Melihat tu sentiasa mengetahui.



Sekian buat kali ini. Nanti kiter sambung lagi sebab saya nak sambung editing lagi.

6 comments:

tinikarim,  May 20, 2009 at 5:14 PM  

salam zubye, boleh la ikut perkembangan family zuby di sini plak :)

zubye May 20, 2009 at 5:16 PM  

wasalam tini..
boleh.. apa salahnya :-)

MamaTiaMia May 21, 2009 at 11:44 AM  

hi zubye..siannyer irfan chicken pox yerr..hilang tak parut dia semua tu..zubye taruk apa? tu la tanda nak jadi lagi besar yerr..best dan kagum tengok haow anak kita membesar depan mata kan zubye..saya bila tengok gambar2 dia masa kecik dulu..rasa ya Allah dah besar nya dia orang ni..macam tak rasa..sentiasa rasa macam baru last month mengandung..so sentiasa kena peluk cium dia orang supaya nanti tiba2 dia dah jadi dewasa dah tak boleh..peluk sentiasa.

ejea aziz May 22, 2009 at 10:14 AM  

kusyuk btul irfan tgk...bagusnye...
kena carik jgk la..vcd mcm ni..

Zubye,  May 22, 2009 at 10:18 AM  

Azu..
ye lah Azu.. time2 camni memang kena selalu hug2 kisses derang kan.. nanti dah besar sure derang dah malu.. then we'll miss that moment bila kiter boleh peluk cium derang sesuka hati kita..

ejea..
khusyuk siap leh gelak2 sebab CD tu dalam bahasa indon.. so ada words derang yg funny to him.. ekeke.. zubye beli kat orang yang jual2 buku kat restoran2 makan tu..

milin May 25, 2009 at 11:20 PM  

oh dear, irfan pulak kena chicken pox... iffah hari tuh... probably the season... ramai betul budak kena chicken pox recently... hope he's getting better now :)

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP