Kisah si penjual susu
Aduhai.. penat sungguh mengedit gambar.. mari kita update blog ni pulak :p

Tentang foto:
Gambar di atas di ambil pagi tadi semasa si anak teruna khusyuk menonton salah satu VCD kegemarannya yang bertajuk Kisah Tauladan di Zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Salah satu kisahnya adalah tentang Kisah Si Penjual Susu.
Ia menceritakan tentang seorang anak perempuan dan ibunya yang merupakan penjual susu yang sangat bersabar dan jujur dalam melaksanakan tugasnya sebagai peniaga.. Walaupun diuji dengan ujian yang getir, kata nista dan hasad dengki dari penjual susu yang lain.. si penjual susu tetap bersabar dan memilih untuk tidak membalas kejahatan pesaingnya tetapi hanya berserah segalanya kepada yang Maha Berkuasa. Mereka juga menerima ujian diapi-apikan oleh penjual susu yang lain supaya mencampurkan susu yang dijual dengan air supaya dapat menjualnya dengan harga murah. Tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka untuk berlaku jujur dan tidak menipu orang lain. Berkat kejujuran, kesabaran dan keihklasan yang di amalkan oleh mereka.. mereka mendapat hikmah yang begitu besar. Akhirnya selepas ujian demi ujian, Khalifah Umar Al-Khatab tertarik hati dengan kejujuran si anak penjual susu setelah mendengar perbualan anak perempuan itu dengan ibunya betapa mereka perlu sentiasa ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab mereka itu.. lantas Khalifah Umar Al-Khatab membuat rombongan meminang anak perempuan itu untuk dijadikan suri hidup anak baginda.
Moral of the story for Irfan dan mama :
Sentiasalah berlaku jujur dengan setiap apa yang kita lakukan walaupun orang lain tidak nampak apa yang kita buat. Kalau orang buat tidak baik dengan kita, bersabar sahaja. Yang Maha Melihat tu sentiasa mengetahui.
Sekian buat kali ini. Nanti kiter sambung lagi sebab saya nak sambung editing lagi.
Read more...