Syahdunya Syawal yang meriah
Kiter semua ternanti2 tibanya raya... malam raya sengaja duduk di depan tv menunggu pengumuman hari raya.. (sudah tua penyimpan mohor2 besar tu kan.. tetap setia menjalankan tugas..) Bila diumumkan raya jatuh pada hari ahad.. semua orag bersorak hooray!! walaupun pada asalnya memang tau raya hari ahad..
Maka hari sabtu semua orang bekerja keras lah menyiapkan apa yang perlu... mnganyam ketupat, mengupas bawang, halia lengkuas, memotong ayam, membasuh daging.. memasang langsir... petang sabtu itu rumah maktok dah cantik berlangsir baru berwarna hijau yang maktok jahit sendiri..
Malam.. maktok ligat memasak di dapur.. bukan yang perempuan2nya tidak mahu memasak.. tetapi anak2 maktok terutama yang lelaki2 tu insist utk rasa masakan maktok jugak di pagi raya.. hehhehe.. lihatlah betapa kuatnya pengaruh air tangan maktok dalam jiwa mereka.. hehhehe.. kalau orang lain yang masak.. pagi raya tu derang rasa lain macam.. siaplah nanti org tu kena kutuk masakan tak sesedap masakan maktok.. huhuhu.. maka maktok tetap memasak sementara kami yang lain membantu apa yang patut.. mama sign kontrak cuci pinggan lah sama2 ngan Umi.. hehhehehe
Seperti biasa.. selepas solat raya.. kiter pun makan juadah di pagi raya.. ada ketupat, kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah, kari ayam dan lemang.
Pagi raya sungguh syahdu... dari gelak hilai ketawa hari2 sebelumnya.. bertukar menjadi suatu pagi yang syahdu berlinangan air mata.. anak menantu cucu berkumpul di hadapan mak tok dan abah tok di atas lantai kami mendengar nasihat abah tok.. elok masuk ke dalam hati.. di simpan kemas2 sehingga kini.. panjang nasihat abah tok dengan harapan anak menantu dan cucu memahatkan segalanya di dalam hati.. "Ingat sentiasa dari mana kita datang.. ingat ugama kita.. sentiasa berhubungan adik beradik.. tolong menolong.. hantar khabar berita.. jadilah yang lebih baik dari hari ini.. sekurang2nya di dalam hati tertanam niat azam untuk menjadi manusia yang lebih baik.. yang sudah berkahwen.. jaga isteri.. jaga suami.. jaga anak baik2.. besok bila abah dengan mak dah takde.. abah tak dapat nak tinggalkan harta.. hanya anak2 harta abah yang ada.. doa anak2 lah yang akan meringankan beban kami di sana" pesanan itu menusuk dalam hati menimbulkan rasa insaf dan berterima kasih kepada kedua orang tua.. terkenang mama kepada atok dan nenek Irfan di Gombak..
Kiter bersalam salaman.. berpelukan.. melerai rasa gundah di hati.. memohon ampun dah maaf dengan begitu ikhlas.. berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.. tangan abah tok dan mak tok kiter cium.. begitu juga dengan adik beradik abah yang lain.. walau diselang selikan dengan lawak jenaka.. tetapi syahdunya pagi syawal itu tetap akan dikenang sampai bila2..
Kiter tidak tau bila lagi kan bersua.. 2 tahun sekali untuk berkumpul seperti itu memang adalah satu jangka masa yang lama.. dalam jangka masa itu kiter tidak tau apa yang akan terjadi.. maka kiter gunakan peluang yang ada pada hari itu dengan bersungguh2.. supaya tidak akan ada rasa kesal di hati nanti..
Lama sikit kali ni mama rasa bersalaman dengan atok ngan maktok irfan.. puas rasanya meleraikan kekusutan di hati yang kadang2 datang bertandang.. meminta ampun dan maaf andai ada kekhilafan selama menjadi menantu rumah itu.. berterima kasih kerana begitu banyak kekurangan mama dapat diterima mereka dengan hati yang terbuka.. menganggap mama seperti anak mereka sendiri.. menyayangi mama seadanya diri mama.. walau byk yang mama tak dapat nak curahkan untuk mereka.. mama simpan satu perkara.. bila mama berkahwin dengan abah kamu irfan.. maknanya mama telah juga menyatukan hati mama dengan keluarga abah kamu.. dengan maktok dan abah tok kamu.. dengan pakcik dan makcik kamu sebelah abah.. sebab itu mama sentiasa selesa berada bersama mereka.. menganggap mereka juga darah daging mama seperti mana mama datang dari keluarga gombak.. itu janji mama.. dan alhamdulillah so far masih mampu mama pertahankan... dan mereka juga menyayangi mama dan Irfan..
Bersalam.. mencium tangan dan memeluk tubuh suami di pagi raya tidaklah sama rasanya mencium tangannya ketika dia hendak pegi kerja hari2.. berbeza perasaannya.. bukannya sebab setahun sekali baru nak mintak maaf.. betul, bila2 masa saja kiter mintak maaf kalau ada buat silap.. tapi mungkin di pagi raya perasaannya lain.. jiwanya syahdu.. keinsafannya jelas.. melihat segaknya si dia dalam baju melayu bersongkok dan bersampin.. itulah si jantung hati yang kiter puja bertahun2.. bertambah rasa sayang di pagi raya.. bohonglah kalau ada para isteri yang tak merasa perasaan ini di pagi raya.. Alhamdulillah.. inilah yang buat mama selalu bersyukur.. mudah mudahan ada lagi kesempatan kita untuk bersalam salaman di syawal2 akan datang insyaAllah..
Buat abah kamu yang memberi kebahagiaan kepada kiter.. yang berusaha sedaya upaya melihat kiter gembira.. memenuhi segala keperluan kiter.. yang sedaya boleh membuat kiter tersenyum walau kadang2 hatinya terluka.. TERIMA KASIH mama dan irfan ucapkan di atas segala pengorbanan itu.. Walau banyak lagi yang belum kita capai dalam hidup bekeluarga.. walau banyak lagi impian kiter yang belum diperoleh, tetapi mama syukur punya abah yang dapat mama kongsi rasa susah dan senang.. dan menerima kekurangan mama yang bukan sedikit. Tetapi wajahnya tetap menguntum senyum..
Terima kasih atas kebahagiaan itu.. mama berdoa agar kebahagiaan tu kekal sampai akhir hayat kita... walaupun kadang2 mama selalu alpa dan terlupa.. mama mohon Allah cepat2 ingatkan dan sedarkan sapa diri mama.. dari mana mama datang.. Yelah.. laut mana yang tak bergelora, bumi mana yang tak ditimpa hujan inikan pula hidup berkeluarga.. mesti kadangkala ada lidah yang tergigit.. ada kaki yang tersadung.. ada kepala yang tarantuk..
Mudah mudahan abah pun tetap sayang kan kita sampai bila2.. walaupun sekarang ni fizikal mama ni dah 10 kilo tembamnya jika dibezakan waktu abah awal2 mengorat mama dulu.. heheh.. moga hati mama yang abah lihat bukan lagi rupa dan paras.. moga berpuluh tahun akan datang bila uban mula tumbuh.. badan sudah tidak sekuat mana.. wajah sudah mula keriput.. hati kita tetap sama..
Mama tulis ini supaya nanti irfan baca.. irfan akan ingat semua yang abah buat untuk kiter.. bukan untuk irfan saja.. malah untuk mama juga.. agar satu hari nanti.. jika tiba2 datang rasa rajuk di hati, berkecil hati, marah yang bertandang, ada timbul dendam kesumat, muncul pula salah faham.. kita akan berbalik kepada perkara ini.. kenangan2 ini.. saat2 bahagia kita.. agar dendam, rajuk, marah, salah faham itu tidak lama. Agar kiter sentiasa menjadikan kebaikan manusia itu menjadi perkara nombor satu. agar kita akan sentiasa kenang kebaikan manusia.. agar kekurangan2 manusia dapat kiter lupa dengan kebaikan2 yang pernah dilakukannya..
Begitu juga buat Irfan.. kalau suatu hari nanti bila jiwa remaja irfan bergelodak.. rasa panas dalam dada.. rasa leteran mama atau abah itu membingitkan.. bila Irfan rasa hidup ini tak seperti apa yang Irfan harapkan ingatlah pada perkara ini balik.. berbalik semula kepada asal usul kiter.. lihat balik kepada zaman kanak2 irfan.. bagaimana banyak kasih sayang yang kami curahkan.. bukan mintak untuk di balas.. tetapi ini nasihat mama supaya irfan sentiasa jalan tunduk ke bumi.. tidak menongkat langit.. tidak menjadi kacang yang lupakan kulit.. semoga dalam hati irfan akan penuh dengan rasa kasih sayang dan cinta kepada mama dan abah dan keluarga kita.. macam lagu apokalips m.nasir yang irfan suka tu.. " hidup ini roller coaster.. susah dan senang silih berganti.. bila2 boleh naik dan turun" jadi berpeganglah pada kenangan2 indah kiter ni ye anak mama :-)
Nota Syawal:
Gambar2 syawal kita nanti mama upload kat next entry.. susah sket nak adjust column ni bila dah tulis panjang2 baru nak letak gambar takes time nanti.. so nanti mama letak kat next entry k.. buat masa ni.. ada sikit gambar raya yang mama letak kat entry sebelum2 ni.
1 comments:
alahai syahdu le plaks pagi2 bukak blog zubye nie....hehehehe
Post a Comment