Monday, April 5, 2010

Tentang impian

Mama dan Abah ada impian. Impian yang lama dah kami idamkan. Cuma memerlukan satu langkah keberanian. InsyaAllah.. kali ini kami tidak akan menoleh ke belakang lagi.. Kami mahu impian itu termakbul.. untuk kita... untuk Irfan..

Mama tak dapat beritahu lagi apa impian itu selagi ia tak betul2 menjadi realiti. tunggu saatnya.. mama akan bercerita jugak..

Untuk Irfan.. pasanglah impian Irfan.. berangan-anganlah.. dan berusahalah.. untuk menggapai impian walau setinggi langit.. Tapi ingatlah selalu Irfan.. dalam usaha dan gigih serta keterujaan Irfan menggapai bintang2 itu.. jangan sesekali Irfan lupa kepada bumi yang banyak berjasa.. kepada tanah yang kita pijak.. kepada rumput tempat kita kadang2 menumpang duduk di atasnya. Jangan lupa pula.. pada waktu hari yang cerah.. waktu matahari memberi cahaya, waktu rainbow mengindahkan suasana, kadang2 akan datang hujan.. hujan panas.. hujan ribut, petir dan kilat akan sentiasa sabung menyabung.. berselang seli menghiasi bumi Tuhan.. lalu bersabarlah waktu menunggu matahari muncul memberi sinarnya semula, bersabarlah.. kerana ribut petir itu yang nanti akan Irfan hargai.. bila Irfan sudah berjaya menggapai impian Irfan tu.

Pasanglah niat yang baik ketika awal mencipta impian.. InsyaAllah dari situ segalanya akan Allah permudahkan. Segalanya datang dari hati.. bersihkan hatimu selalu... senyum walau dalam susah.. jangan mengeluh dengan takdir.. bersabar dan sentiasa bersyukurlah. Seandainya Irfan tidak memperolehi apa yang Irfan angan2kan.. bersangka baiklah.. kerana memang telah ditetapkan itu bukan rezeki Irfan. Yang Maha Esa tahu apa yang tebaik buat dirimu. Berusahalah, Irfan. Mama dan Abah sentiasa akan mendoakan kesejahteraan hidup Irfan, InsyaAllah.



semoga impian kita termakbul, InsyaAllah.

4 comments:

Yani April 6, 2010 at 12:47 PM  

One of the best entry from mama irfan. LOVE IT! Hope auntie yani sempat dan dapat juga remind Aliya tentang ini. Kalau auntie lupa, irfan tolong ingatkan Aliya ya? :)

zubye April 6, 2010 at 2:04 PM  

thank you auntie yani.
yes Irfan. That is what friends are for. saling ingat mengingati kalau ada yang terlupa k. kalau ada yang mama terlupa or tak sempat tulis kat sini pun.. maybe your fren, Aliya boleh tolong ingatkan :-)

Anonymous,  April 6, 2010 at 4:17 PM  

i love this entry..
fully of wonderful advice from mummy to her son
=)

MamaTiaMia April 6, 2010 at 5:25 PM  

zubye,memang bagus ada impian kan,ia mendorong kita untuk lebih berusaha,macam kerja jugak ada KPI,bila tercapai sungguh bermakna especially bila kita buat utk yg tersayang:) moga diberkati Allah,amin. Nak tanya lah Aqish tu related tu zubye ke,senyuman electric dia samalah cam zubye:)

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP