Thursday, September 23, 2010

Slice of Life

Dear Irfan,

Mama share quote ni dengan kawan2 di Fb tadi.

"Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs, since the payment is pure love."

So true. Even in mama punya kes, walaupun bukan full-time sebab mama masih lagi bekerja walaupun bekerja sendiri tapi mama rasa lucky sebab got to be with you 24hours a day.. dapat tengok setiap perkembangan Irfan, dapat besarkan Irfan and do everything for you with my own two hands. I couldn't ask for more. Thanks Allah for giving this precious opportunity to me.






mama suka amik gambar. kalau amik gambar Irfan, mama suka pakaikan irfan dengan baju cantik2, asah idea nak buat konsep apa untuk Irfan, cari tempat yang sesuai, dan realisasikan apa yang terbayang dalam kepala mama. Rupa2nya mama terlupa yang cantik itu.. yang indah itu ada di depan mata mama.. hari2.. setiap saat.. tanpa perlu mama tunggu.. tanpa perlu mama plan.. so terjadilah.. projek untuk Irfan ni yang mana mama panggil "slice of life". Project yang mana mama akan rakam tak banyak, sedikit tentang kehidupan harian Irfan di rumah, di studio.. atau di mana2 pun. Inilah yang mama nak lihat suatu hari nanti.. kot dah tua.. mama dah terlupa.. kudrat pun dah tak kuat sangat.. gambar2 ini akan mengingatkan balik mama kepada kehidupan Irfan masa kecik, dan mampu membuat mama tersenyum.

Dan.. gambar2 seperti ni jugak lah.. mama harap suatu hari nanti irfan akan tengok.. dan ingat.. dan sentiasa tak lupa tentang kehidupan lampau Irfan.. dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Irfan ada.

Dalam kesibukan mama mengambil gambar kanak2 lain, mama harap mama tak lupa untuk memperuntukkan masa untuk Irfan dan ambil gambar Irfan, because my son deserves the best.

Ok Irfan. Till Then. MamaBabah love you :-)

** tentang gambar :
1 hari sebelum birthday Irfan yang kelima. Irfan main2 dengan heli favourite Irfan.. Heli tu actually dah lama mama beli.. masa Irfan 3 tahun.. tapi maybe baru sekarang.. Irfan tau camne cara nak main dengan betul.. hehehhe

Read more...

Tuesday, September 7, 2010

Klik-klik 5 tahun

Ok Irfan, kali ni mama letak banyaaaakkkk punya gambar irfan kat sini.
ni gambar2 kita amik tengahari semalam masa birtday Irfan. Special photoshoot sempena besday Irfan yang ke lima k. heee mama suka gambar2 ni.. nampak besar tul Irfan padahal sebenarnya kecikk je.

Nanti Irfan dah besar tengok gambar2 ni balik.. Irfan tau lah ye.. camne Irfan masa umur 5 tahun.. betapa pose.. amboiii kemainnn.. :-))















Read more...

FIVE on Sunday

5 haribulan 9 setiap tahun merupakan hari yang special buat irfan jugak mama dan abah. sebab hari tu adalah birthday Irfan. Tahun ni Irfan dah besar dah faham benar apa itu erti birthday so irfan memang ternanti2 hari tu.. Irfan kira tido ada berapa kali sampai ke birthday Irfan since last week.

dah 3 tahun birthday Irfan jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun ni pun sama.. so plan mama dan abah tahun ni adalah kita buat potong2 kek kat umah nenek selepas berbuka puasa. Sebelum tu mama dan abah plan beli hadiah yang baaaaanyak untuk Irfan tahun ni.. so that Irfan akan rasa gembira dapat hadiah banyak dan sambut dengan family kita. Memang Irfan nampaknya sungguh gembira hari tu esp bila time bukak hadiah.

Sebelum tu siangnya seperti setiap tahun sebelumnya mesti ada satu sessi photography spesel untuk Irfan sempena birthday Irfan ni.. memang pada mama sessi photography birthday ni spesel untuk irfan. mama dah pikir awal2 concept semua dan nak shoot kat mana and apa irfan perlu pakai. dan irfan pun excited jugak siap testing practise pose je manjang sebelum hari tu.. dan taraaaa!!! ini adalah salah satu dari hasilnya.. mama try upload banyak2 tadi.. tapi flickr sangat slow. so tgk yang ni dulu. jap lagi mama try lagi.



Muhammad Zaki Irfan,

Tiada yang lebih indah dan bermakna dalam hidup Mama dan Abah selain memperoleh Irfan sebagai cahayamata kami. Memiliki Irfan merupakan hadiah terbesar buat Mama dan Abah. Membesarkan dan mendidik Irfan bukan suatu perkara yang mudah.. tetapi melihat Irfan membesar dengan sempurna merupakan suatu keistimewaan dan kegembiraan yang tak dapat diluahkan dengan kata2. mama harap satu hari nanti Irfan akan dapat rasakan betapa bermakna diri Irfan dalam hidup kami.

Irfan, Mama dan Abah ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi yang kelima untuk Irfan. Kami bangga mempunyai anak seperti Irfan. Irfan kena tau tu :-) Membesarlah Irfan menjadi anak dan hamba Allah yang solleh, baik budi pekerti, luhur peribadi, tinggi akhlaknya. Mama dan Abah sentiasa doakan agar Irfan sentiasa dilindungi Allah setiap saat dan waktu sehingga Irfan besar, sehinggalah Irfan pandai menjaga diri Irfan sendiri, sehingga bila bila pun. Mama dan Abah mahu Irfan jadi seorang yang berhati mulia, sentiasa dilindungi hati Irfan, sentiasa di beri petunjuk oleh Allah, terang hati Irfan. Jagalah hatimu, Irfan. Kerana di situlah letak segala keikhlasan dan kejujuran, segala kekuatan, baik dan buruk hidupmu adalah datang dari hati. jagalah sebaiknyya hati itu.. didik hati Irfan menjadi hati yang bersih. jauhi hati Irfan dari segala perkara yang kotor. Gunakan akalmu selalu. Andai baik hati dan akal, insyaAllah akan mudahlah perjalanan hidup Irfan kelak.

Bahagiakanlah semua orang disekeliling Irfan selalu. Murahkanlah wajah Irfan dengan senyuman. Rendahkan hati Irfan, jangan takbur bongkak dan riak. Bila berjalan di bumi Allah jangan menghentak2 bumi dan jangan hanya memandang langit. Jangan sesekali lupa pada asal usulmu. Jadilah anak dan hamba yang bersyukur.

Sabar mesti ada selalu dalam hati. Syukur bila Allah beri nikmat. jangan lupa nikmat itu dikurnia oleh siapa. Sabar andai satu waktu nanti.. suatu berlaku tidak seperti yang Irfan harapkan. Sabarlah dan redha dalam setiap ujian dan setiap perkara yang berlaku dalam hidup Irfan. Allah itu sayang Irfan. Dia sentiasa ada di sisi Irfan. Jangan lupa Dia kerana Dia selalu ingatkan Irfan. Kemudian, jangan lupa Mama dan abah sebagai kedua orang tuamu. Kami sentiasa ada untuk Irfan waktu Irfan susah dan senang.

Cerahlah hatimu Irfan, mudahlah perjalanan hidupmu. Mama dan Abah sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup Irfan.

Irfan telah menambahkan kebahagiaan kami. Irfan lah sumber inspirasi kami, sumber kekuatan kami. Terima kasih Irfan :-)

Ok sayang mama harap Irfan enjoy Birthday Irfan semalam dan happy dengan hadiah2 yang Irfan dapat. Jangan kedekut pulak nak share hadiah2 tu dengan cousins2 irfan yang nak main sama2 nanti ye..

Ok Irfan.. Mama Abah love you very much. jaga diri Irfan baik2 ye.

Read more...

Friday, September 3, 2010

Lagi 2 kali tidur

to your 5th Birthday!

Tentang gambar : penat lukis2 sepah2.. terus tido.. dengan harapan bangun nanti tinggal lagi satu kali tido untuk ke hari birthday. Tapi maaf ye Irfan, tidur siang tidak dikira :p

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP