Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, September 18, 2017

A Day in the Life - of being 12

5 September 2017.

Hari lahir Irfan yang ke 12.
Sekejap sangat masa, sekarang kamu berapa sentimeter je lagi nak sama tinggi dengan mama.
Dah boleh jadi bodyguard mama pergi ke mana-mana ;-)

Happy Birthday to you Irfan.
Segala doa yang baik Mama dan Abah titipkan untuk Irfan saban siang dan malam tidak pernah penat, tak pernah jemu-jemu.
Moga Allah sudi perkenankan..
Jadi anak yang soleh ye sayang!
Anak yang akan mendoakan kami nanti :-)

We love you always and forever..

Pagi-pagi nak pergi sekolah dah senyum lebar. Dapat hadiah birthday.


That smile of yours.. How can I forget?
You've been asking to have more nerf(s) lately.

So another Nerf to add into your collection. Satisfied!

Sebelum pergi sekolah, Mama tanya Irfan nak makan apa special lunch nanti mama masakkan?
Irfan cakap hanya nak makan sup tomato, makan je dengan roti.
Jadi, sup tomato lah lunch untuk tengahari itu. Mama tambah meetball dan pasta. Manalah nak kenyang makan sup ajer kan.
Berselera kamu makan. Dan kembanglah hati mama dipuji2 sedap walau hanya sup tomato berkrim yang mama masakkan.
You always know how to tackle a mom's heart.

Berselera makan
Tanpa berlengah lagi, balik je dari sekolah, terus main!




Sambung makan balik.

Nak ke sekolah agama petangnya. Bersiap-siap.

Solat Zohor
Mama hantar ke sekolah agama.

Mama ada tanya..
Irfan nak makan kek apa? Mama boleh belikan.
Jawapan Irfan mudah sangat..
"Irfan taknak makan kek. Irfan nak makan sushi je."
Maka, malam tu kita bertiga pun ke IOI untuk makan sushi memenuhi hasrat hati si Birthday Boy.  :-)

Baca 'amanat' Mama dengan Abah. hehhehe


Dari kecik, suka betul Irfan makan sushi.



Mmuahh!!

At the end of the day, Irfan datang dekat Mama dan Abah to kiss goodnight as usual, Irfan cakap..
"Terima kasih Mama. Terima kasih Abah. Irfan happy hari ni."
Tidak susah untuk menggembirakan kamu Irfan. Dari dulu sampai sekarang. Sederhana sahaja keperluan hidup kamu. Untuk itu Mama bersyukur.
Terima kasih kerana menjadi anak yang baik. A very thoughtful and sweet young man. Teruslah bersikap begini sampai bila-bila ok!
:-)

Read more...

Wednesday, October 8, 2014

9 Tahun



5 Sept 2014

Sudah 9 tahun usia kamu.
Alhamdulillah, sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Malam itu kita sambut di restoran jepun kegemaran kamu, makan sushi kesukaan kamu. 
Gembiralah hati kamu, wajah berseri-seri.

Tidak pernah lekang dari bibir Mama dan Abah mendoakan kesejahteraan kamu sentiasa.
Agar Allah mentakdirkan yang baik-baik untuk masa hadapan kamu.
Agar peribadimu dihiasi dengan akhlak yang mulia.
Kehidupanmu dipelihara dan dirahmati.

Kami bahagia memiliki kamu.





Syukur tahun ini dapat kita raikannya dengan ahli keluarga yang lain serta kawan-kawan kamu.
Sungguh meriah majlis harijadi kamu, semua gembira meraikan bersama.
Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan dapat kita berkongsi kegembiraan dengan orang lain.
Melihat kamu, kawan-kawan dan tetamu lain gembira, cukup buat hati Mama dan Abah bahagia.
Moga sepanjang hidup kamu tidak akan lupa pada mereka.
Ucaplah terima kasih atas kebaikan yang kamu terima dari sesiapa sahaja.




Selamat Hari Lahir yang ke 9 Irfan.
Kami sayang kamu.
Selalu. Selamanya.

Hugsss & Kissess;
Mama & Abah.

Read more...

Tuesday, October 1, 2013

JB September 2013


Dear son,

Our life is not perfect. 
But our love has shown us how perfect our imperfect life is.

Read more...

Thursday, September 5, 2013

Happy 8th Birthday to you, our Son!

Untuk 8 tahun yang indah, terima kasih! :-) 

Hari ini harijadimu yang ke 8. Selamat Hari Lahir Irfan! 

Moga setiap langkah Irfan diiringi dengan rahmat, keredhaan dan kasih sayang Allah. 

Moga hatimu dipenuhi rasa cinta terhadap Allah dan Rasulmu lebih dari segalanya di dunia ini.

Semoga diberikanNya untukmu kesihatan yang baik, kelapangan rezeki, keberkatan umur hingga besar nanti.

Semoga peribadimu dihiasi dengan akhlak yang mulia, penuh kasih sayang, luhur hatimu, mempunyai belas terhadap makhluk lain, dan segala yang baik dan diredhai.

Moga dirimu dipelihara dari segala kesempitan dan kesulitan hidup.

Moga hatimu penuh dengan rasa kesyukuran di atas setiap nikmat, dan rasa kesabaran diatas segala ujian.

Semoga akhir nanti syurga itulah tempat mu yang abadi.

Ameen.



*tentang gambar : ini antara your first photos i took today. kebiasaan yang Irfan buat pagi2 sebelum ke sekolah. Breakfast, duduk2 dan main basikal :-) For all the memories you created everyday have a very special place in my heart :-)

Sayang Irfan,
Mama & Abah.

Read more...

Thursday, September 6, 2012

Buat anakku..

Muhammad Zaki Irfan.

Moga dirimu dipelihara Allah.

Dimudahkan segala urusanmu di dunia dan akhirat.

Dibekalkan ketabahan dan kesabaran dalam kehidupanmu.

Dicelik kan hatimu. Diberikan mu petunjuk.

Dihias dengan terpuji akhlakmu.

Ditunjukkan mu cahaya.

Mudahlah perjalanan hidupmu anak.

Mama dan Abah akan membantu.

Walau apa jua situasi mu.

Doakan kamu tidak kan pernah berhenti.

Tetapi segalanya terletak pada hatimu.

Bersihlah hati itu.

Mama dan Abah sayang Irfan sangat-sangat.




Selamat Hari Lahir yang ke 7 sayang!


Read more...

Tuesday, September 7, 2010

FIVE on Sunday

5 haribulan 9 setiap tahun merupakan hari yang special buat irfan jugak mama dan abah. sebab hari tu adalah birthday Irfan. Tahun ni Irfan dah besar dah faham benar apa itu erti birthday so irfan memang ternanti2 hari tu.. Irfan kira tido ada berapa kali sampai ke birthday Irfan since last week.

dah 3 tahun birthday Irfan jatuh pada bulan Ramadhan. Tahun ni pun sama.. so plan mama dan abah tahun ni adalah kita buat potong2 kek kat umah nenek selepas berbuka puasa. Sebelum tu mama dan abah plan beli hadiah yang baaaaanyak untuk Irfan tahun ni.. so that Irfan akan rasa gembira dapat hadiah banyak dan sambut dengan family kita. Memang Irfan nampaknya sungguh gembira hari tu esp bila time bukak hadiah.

Sebelum tu siangnya seperti setiap tahun sebelumnya mesti ada satu sessi photography spesel untuk Irfan sempena birthday Irfan ni.. memang pada mama sessi photography birthday ni spesel untuk irfan. mama dah pikir awal2 concept semua dan nak shoot kat mana and apa irfan perlu pakai. dan irfan pun excited jugak siap testing practise pose je manjang sebelum hari tu.. dan taraaaa!!! ini adalah salah satu dari hasilnya.. mama try upload banyak2 tadi.. tapi flickr sangat slow. so tgk yang ni dulu. jap lagi mama try lagi.



Muhammad Zaki Irfan,

Tiada yang lebih indah dan bermakna dalam hidup Mama dan Abah selain memperoleh Irfan sebagai cahayamata kami. Memiliki Irfan merupakan hadiah terbesar buat Mama dan Abah. Membesarkan dan mendidik Irfan bukan suatu perkara yang mudah.. tetapi melihat Irfan membesar dengan sempurna merupakan suatu keistimewaan dan kegembiraan yang tak dapat diluahkan dengan kata2. mama harap satu hari nanti Irfan akan dapat rasakan betapa bermakna diri Irfan dalam hidup kami.

Irfan, Mama dan Abah ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi yang kelima untuk Irfan. Kami bangga mempunyai anak seperti Irfan. Irfan kena tau tu :-) Membesarlah Irfan menjadi anak dan hamba Allah yang solleh, baik budi pekerti, luhur peribadi, tinggi akhlaknya. Mama dan Abah sentiasa doakan agar Irfan sentiasa dilindungi Allah setiap saat dan waktu sehingga Irfan besar, sehinggalah Irfan pandai menjaga diri Irfan sendiri, sehingga bila bila pun. Mama dan Abah mahu Irfan jadi seorang yang berhati mulia, sentiasa dilindungi hati Irfan, sentiasa di beri petunjuk oleh Allah, terang hati Irfan. Jagalah hatimu, Irfan. Kerana di situlah letak segala keikhlasan dan kejujuran, segala kekuatan, baik dan buruk hidupmu adalah datang dari hati. jagalah sebaiknyya hati itu.. didik hati Irfan menjadi hati yang bersih. jauhi hati Irfan dari segala perkara yang kotor. Gunakan akalmu selalu. Andai baik hati dan akal, insyaAllah akan mudahlah perjalanan hidup Irfan kelak.

Bahagiakanlah semua orang disekeliling Irfan selalu. Murahkanlah wajah Irfan dengan senyuman. Rendahkan hati Irfan, jangan takbur bongkak dan riak. Bila berjalan di bumi Allah jangan menghentak2 bumi dan jangan hanya memandang langit. Jangan sesekali lupa pada asal usulmu. Jadilah anak dan hamba yang bersyukur.

Sabar mesti ada selalu dalam hati. Syukur bila Allah beri nikmat. jangan lupa nikmat itu dikurnia oleh siapa. Sabar andai satu waktu nanti.. suatu berlaku tidak seperti yang Irfan harapkan. Sabarlah dan redha dalam setiap ujian dan setiap perkara yang berlaku dalam hidup Irfan. Allah itu sayang Irfan. Dia sentiasa ada di sisi Irfan. Jangan lupa Dia kerana Dia selalu ingatkan Irfan. Kemudian, jangan lupa Mama dan abah sebagai kedua orang tuamu. Kami sentiasa ada untuk Irfan waktu Irfan susah dan senang.

Cerahlah hatimu Irfan, mudahlah perjalanan hidupmu. Mama dan Abah sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup Irfan.

Irfan telah menambahkan kebahagiaan kami. Irfan lah sumber inspirasi kami, sumber kekuatan kami. Terima kasih Irfan :-)

Ok sayang mama harap Irfan enjoy Birthday Irfan semalam dan happy dengan hadiah2 yang Irfan dapat. Jangan kedekut pulak nak share hadiah2 tu dengan cousins2 irfan yang nak main sama2 nanti ye..

Ok Irfan.. Mama Abah love you very much. jaga diri Irfan baik2 ye.

Read more...

Monday, November 16, 2009

H A P P I N E S S

To mama, HAPPINESS means always being together.. in reality or in our heart.. always be there for each other.. always be thankful with what we have.. always cheerish the moments we spend together in happy or hard times.. look at each other with LOVE in our eyes and heart.. laugh together.. cry together..stay together.. hugs and kisses each other.. everyday.

No matter how our life is.. what our future will lead us.. what we had going tru all this while, whatever we do, wherever we live, whatever we have, wherever we are, most importantly we have our LOVE as a guidance tru thick or thin, we have our LOVE ones in each other's arms tru rough or soft.. we have our LOVELY memories to remember tru sweet and sour.. that is more than enough to make us HAPPY.

ok... thats only the mukaddimah.. hehhe.. sabtu lepas 14th Nov was Abah's birthday.. we had another sweet memories to remember.. hari ni mama nak buat karangan bergambar sket on what we did on babah's sweet 34 bday.. ekkeke..

Tengahari tu kiter ke Sunway Pyramid.. saja jalan2 di hari besday abah dan jalan2 carik hadiah (utk besday girl.. malamnya kiter pegi bday party.. untuk abah.. belum beli pwesent lagi.. babah kata.. nak beg golf baru.. kekekek.. alamak.. mana mama nak korek uwang besar uwang besar nihhh.. heee).

So.. kiter pun lunch dekat sini...




ada sorang budak sudah pandai order.. dia mintak nak minum fresh orange ngan nak makan pizza... hmm..



masa tunggu food sampai.. budak tu bantai makan roti ni dulu.. sedap betul katanya..


sambil tunggu food sampai.. sambil mata menjeling2..


masam oren juice ni katanya..


hoyeh! makanan sudah sampai.. a verryyyy big portion for everyone.. takpe makan banyak2 hari ni mama banjer.. ekekke..

ni spaghetti meatballs babah.. takut tgk meatballs dia.. very big but very the yummy!



Ini Irfan punya free pizza.. 2 main course for adult.. a kid get 1 free food. So yummy gak pizza dia thin and crispy..


And this is mama's sinful lasagne.. very rich and creamy.. the cheese melts in your mouth.. hmm.. the penimbang so takut kalau mama naik atas dia... ekekke.. and the mama so takut nak tengok angka kat alat penimbang..


A lovey dovey son and dad sedang menghayati saat2 indah bersama.. hehhehe.. abah, walaupun in his ala2 gaya macho.. i knew he has a very soft heart inside.. he was very touched when u kiss him and say Happy Birthday, Abah... I love U to him. You make him feels like want to cry.. but he has to hide it.. (i knew hubby.. i knew.. heee..)


another beautiful moment you spend with your no. 1 man in your heart.. yes.. in mama's heart too.. :-)


you're a very anak Abah's type.. but when you want to sleep.. u become anak mama type pulak.. hehhe.. nak cium2 tiak mama sebelum tido for u is a must! tapi..your abah has been your idola.. u want to do everything like your abah. makan macam abah.. duduk macam abah.. dress up macam abah..


see.. i've told u.. if u are with mama and abah.. u will choose abah to feed u.. but u never forget mama.. esp when u've finished eating u'll come to mama and ask mama to wipe your mouth, to wash your hands, and when your tummy is full with drink and foods.. u'll always ask mama to bring u to the toilet.. but normally abah will volunteerly do that for u bcoz u always want to go to the man toilet.. mama mana leh masukk... hehehhe.

tattaraaaa! here comes the surprise.. mama arranged with the waiter bout this..while abah went downstair for his 'theraphy'. I asked him to bring the cake with candle when we finish eating. So lepas makan..mama pun 'eyes signal' to the boy.. and after bout minutes waiting camtu... dia pun sampai.. ehhehe... abah muka surprise but control2..


oleh kerana all waiter quite bz at that time.. so no 'performance' from them.. biasanya they will nyanyi happy birthday to the bday person.. but the boy only came sorang2.. so we decided mama and irfan sendiri yang akan nyanyi untuk babah..

maka bergemalah satu restoran dengan suara kiter hari tu.. menyanyikan lagu hepi besday untuk abah.. Irfan was a very sporting boy. Irfan nyanyi kuat2 sampai semua orang pandang kiter hari tu.. Ini muka babah excited dengar Irfan nyanyi penuh perasaan hari tu.



Abah dah besar.. kena tiup lilin juga.. disamping tu 'orang kanan' yang berada di sisi kirinya tu macam tak sabar2 nak tolong abah hembuskan lilin.. maklumlah kan.. selalu sangat gi besday party.. heheh


this is a lovely view of u both.. sungguh menyentuh hati mama.. hehhe..


they dont have cake.. so they gave us 1 bread pudding for free.. tak kisah lah.. yang penting maksud tu sampai :-)

Irfan pulak tolong suap the birthday boy... eh.. man.


ini baru nampak muka mama.. tadi mama dok buzy snap sana sini.. nak buat cane.. kalau dah namanya photographer.. maka photographer lah jugak kan.. heheh

mama cayang Irfan.. Thanks for being a good son to both of us ya! semoga baik sampai besar k!


so cheeky u Irfan.. buat that 'v' sign sampai tertutup muka mama.. mama dah adjust senyum paling sweet dah untuk besday boy kiter tu.. hehhehe

adoiyaii.. hampirlah mama nak tertumbang masa ni.. u naik meloncat terus big hug mama.. but i so looove this pic. tenkiu abah!


Sebelum balik.. Irfan sempat kaler2 transformers ni lagi.. colouring book tu kiter beli kat jusco sekali ngan transformer colors set.. kalau dah fanatic tu.. sampai kat umah pun asyik nak tgk dvd transformer je kejanya.. kejap nak jadik bumblebee.. but when your bestfren haziq isyraf cop bumblebee.. u cop nak jadik optimus prime pulak.. pastu ckp.. jadik ganas macam megatron pun boleh.. hai.. macam2.. tapi mama u bagi jadik the cute hwe and dwe... oooo pandai!! yang tak power bagi mama!


Last but not least, the 3 of us!

Untuk Abah, Happy Birthday lagi sekali.. Semoga Abah dikurniakan tubuh badan yang sihat.. di berkati rezeki Abah.. dan semoga kasih sayang Abah untuk kami ni makin bertambah hari ke hari k.. :-) Semoga kita sekeluarga dilindungi Allah selalu :-)
We love u always.. u know that ;-)

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP