Kemaman Travelogue ~ A journey to remember :: Bila malam pekat datang ::
Nov 20th, 2012.
Rumah.
Malam.
Hari tu mama dah letak suasana pagi yang dapat kita tengok dan rasa di sini.
Hari ni mama nak bagi Irfan tengok dan ingat bagaimana pula rasanya ketika malam.
Mama rakam gambar-gambar ni malam semalam, basically to record the night moment here in less than 15 minutes we've experienced.
Suasananya yang dapat dirasai sudah pasti berbeza dari kebiasaan. Oleh kerana kawasan ni sangat baru dan tak ramai lagi orang yang tinggal, jadi malam sangat sunyi. Masa mama record ni, bunyi2 burung berkicauan cukup jelas kedengaran. Ada juga kedengaran bunyi bunyian yang datangnya dari ladang kelapa sawit yang terletak di sekeliling kawasan ni. Tak pasti pula mama bunyi haiwan apa itu. Yang mama kenal adalah bunyi cengkerik.
Malam hitamnya pekat. dapat tengok bintang2 yang banyak di langit begitu jelas. Selalunya kita tak keluar malam, sebab jalan kampung waktu malam memang tak ada lampu, jadi begitu gelap dan kalau boleh kita nak mengelak melalui jalan ketika dalam gelap. kalau keluar malam pun, kena make sure paling lewat by 8.30 mesti dah ada di rumah.
Ha! ada satu malam mama ingat.. kita semua dah tidur (kat sini seawal kul 9 pun kadang2 kita dah boleh tertidur).. tiba2 mama terjaga tengah2 malam.. mama cuba cari jam nak tengok pukul berapa tapi tak jumpa.. jadi mama pun selak langsir atas kepala.. tiba2 mama nampak cahaya bulan yang cukup terang diluar tingkap.. betul2 dekat dengan kepala katil kita. Masa tu terdetik juga nak ambil kamera, nak rakam, tapi mama waktu tu rasanya lebih berminat nak tengok bulan tu lama2 dan menikmati 'connection'nya dengan mama. suatu yang mama tak reti nak explain in words.
Walaupun tak banyak aktiviti yang boleh dibuat pada waktu malam, selain menikmati alam sekitar dan merasai udara yang sejuk, pengalaman ini dah tentu akan menjadi sesuatu yang dirindui satu hari nanti. Jadi, ayuh kita nikmatinya, segala apa yang ada di depan mata. Lets us find the beauty from the ordinary things we've blessed to experience.
Ada side note sikit tentang fotografi : Dulu mama selalu sangat mengelak untuk ambil gambar waktu malam. mama malas sebenarnya nak setting, due to lighting condition bila malam sangat tricky, and to control it manually kena lah rajin sikit to try and error. oleh kerana terlalu penat dulu dan terkejar2 sebenarnya waktu siang, mama lupa yang malam juga menjanjikan moment dan peluang gambar yang cukup luas. peluang tu mama lepaskan begitu saja.
But since duduk kat sini, mama rasa i've found the new me.. Setiap satu perkara yang mama lihat di sekeliling mama, mama jadikan satu opportunity for me to be more creative and to explore the art in me deeper. Pada mama, bagi seorang fotografer, perkara itu adalah sangat perlu, memandangkan kreativiti dan inspirasi itu adakalanya begitu 'menghauskan' dan we struggle to find something new, we strive to be a unique artist, dan untuk mengecap 'keghairahan' itu kembali perlukan masa dan usaha yang tinggi. We learned from time to time to stop looking, but start seeing. To create something meaningful for usual things we saw daily. To make people see and feel something that they rarely see and feel in their busy lives. Mengekspresi vision yang ada dalam kepala kita dan membuatkan orang lain 'merasa' bukan boleh dilakukan separuh hati. Nanti bimbang, karya kita itu hanya 'kosong', kita ambil ribuan gambar, kita kongsi untuk dilihat oleh orang lain, tetapi orang lain tidak pun dapat 'rasa' dan tidak dapat tangkap apa sebenarnya yang kita hendak sampaikan. Lalu waktu itu bimbang sahaja, kalau hati merasa 'aku gagal'. (ok, irfan tak faham? takpe.. ni mama nak luahkan je.. nanti besar irfan akan faham sensiri)
I found the collection of few photos i captured last nite were among my favourite images i want to treasure for the rest of my life. This is how this place makes me feel, and how i feel about this place. And one day, when you look back, the memories will always be with you, and you will feel the same way i do. Serenity. Peaceful. Intimate. and sooooo inspiring.
Mama akan terus 'mencari' diri mama sepanjang kembara kita selama di sini, insyaAllah. And i'm very happy with the 'new' me!
Ok irfan. nanti sambung lagi. Ayuh bersiap untuk ke Pantai Kemasik lagi!
Love you to the moon and around the starts in Kemaman, and back!
~Mama. {and on behalf of Abah sekali. ngeee}
0 comments:
Post a Comment