December A to Z { A for Al-Quran }
{ A for Al-Quran }
Kembali kita ke bulan December. Macam pejam celik sahaja dah nak setahun. Seperti
biasa, mestilah Mama rasa December ni special sikit ;-) . Tak lama, 4 minggu lagi
nanti ber tahun baru lah lagi kita insyaAllah.
Tahun lepas mama buat projek 31 gambar di bulan December. Tahun ni mama buat lain sikit. Kita buat projek ikut alphabet pulak lah ya irfan.
Jadi kita mulakan dengan huruf A. :-).
Kisahnya, selepas Irfan balik dari kem tahfiz hari tu, kita sama-sama janji nak lebih dekat dengan Al-Quran. Kita hendak cuba selagi boleh. Maka kita set, setiap kali selepas solat fardhu, kita mesti baca satu mukasurat Al-Quran setiap hari. Kita cuba ya, sayang! Kalau tak boleh banyak, kita cuba sikit-sikit berterusan. Dan ini gambar kamu membaca Al Quran setelah selesai solat Asar. Teruskan usaha ya Irfan. Ingatkan mama kalau mama terlupa.
Ok, till alphabet B ;-)
Ok, till alphabet B ;-)
4 comments:
Nak cuba jugak!!! Tak dpt setiap satu mukasurat lepas solat fardhu pun bersama mereka.. tapi tetap nak usaha.. ��
Thought of trying to hafal satu surah ringkas each mth with them dgn maksudnya sekali next year.. Mama pun kena hafal sama.. ��
hi kak !
D for dog kata anak saya,mommy terus blank nak amek gambar camano ni haha :P
Atie.. sangat betul.. akak belajar apapun nak buat.. kena mama start dulu to show a good example for him. InsyaAllah nanti anak mudah mengikut. Buat sama2. tiap2 hari janji heart to heart akan buat.. insyAllah Allah mudahkan.
mazni. hahhah.camner tu?? amik gambar ngan puppy bear je lah hehheh.. dah start ke dear? showme!showme!
Post a Comment