Ini Mama paste balik apa yang mama kongsikan dengan kawan2 di IG. Untuk dibaca kamu satu hari nanti :-)
Oh.. Penatnya. Pertama Kali dia tertidur pulang dari sekolah. Dengan uniform hatta stokin pun masih lekat di badan.
Seperti
anak2 lain, jadual ramadhannya memang pack sejak awal. Bangun sahur jam
5. Lepas sahur tidak akan tidur semula. Terus mandi dan bersiap2 ikut
Abah ke surau/masjid untuk menunaikan fardhu subuh. Balik rumah bersiap2
pula hendak ke sekolah. Abah menghantar seawal jam 6.45 sebelum
bertolak ke pejabat.
Tidak. Dia bukanlah
jenis melompat dari katil bila dikejut bangun pagi. Malah ada harinya
dia bersungut dan merungut. Apa lagi dia bukan jenis morning person
sejak azali. Maka kepayahan mengejutkannya pagi2 tetap ada.
Dan
bukanlah jua dia melakukan kesemua rutin itu dengan rela. Bukan sekali
hati dia memberontak untuk tidur kembali sesudah sahur. Tapi dipaksa
untuk terus bangun.
Kadang2 saya amat
tegas dengannya, menyuruh dia melaksanakan apa yang diperintah.
Terkadang saya berlembut mengusap2 kepalanya seraya berkata. "Hidup ini
memang untuk berpenat2. Nanti di akhirat kita berehat". Meski sekarang
mungkin dia masih belum faham. Kelak saya percaya kata2 itu akan nanti
sentiasa terpahat dalam kepala dan hatinya.
Mana kan
datang ikhlas kalau dipaksa2? Benar, mendatangkan ikhlas itu cukup
berat. Yang dewasa masih belum tentu, apa lagi anak kecil. Tapi ikhlas
itu juga kan datang setingkat demi setingkat. Mulanya rasa terpaksa,
kemudian menjadi rutin, akhirnya keihlasan akan melekat. Tuhan tidak
lihat apa yang kita sudah berjaya lakukan untukNya. Tapi Dia menilai
walau sebesar sawi usaha kita mengharap rahmat.
Begitulah anak. Itu yang kelak pasti kau kan mengerti.
Balik sekolah jam 1.10, menunaikan zohor dan bersiap2 pula ke sekolah
agama. Petangnya adalah waktu sedikit untuk berehat2 sementara menanti
waktu berbuka.
Malam ke masjid untuk solat
terawih. Berbanding dgn awal pagi, saat bertarawih adalah waktu yang
dinantinya. Mungkin juga kerana jumpa ramai kawan maka semangatnya
datang sendiri. Untuk 2 minggu terakhir ini , bertadarus dia sesudah
witir.
Tidurnya jam 11 mlm plg awal. Begitulah rutin setiap hari. Moga keikhlasan akan menyelinap masuk lantas kekal dalam hatimu.
0 comments:
Post a Comment