Showing posts with label 28 in February 2014. Show all posts
Showing posts with label 28 in February 2014. Show all posts

Friday, March 7, 2014

28 in February 2014 : Day 28 | last day..


hari terakhir kamu ke sekolah agama.
kita membuka suatu lembaran baru bermula march tahun ini.
mama mengajar kamu sendiri di rumah.
kamu sangat gembira dengan keputusan itu. mama juga.
moga Allah memudahkan urusan kita, menolong kita dan moga kita istiqamah sama2 melakukannya.

Read more...

28 in February 2014 : Day 27 | that day..


i remember that day..
sesuatu berlaku.. tetapi mama memilih untuk lebih mahu mengingat tentang hikmah disebalik ya.
alhamdulillah untuk ujian yang diberikan membuat mama berfikir dan bertindak untuk suatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan, in shaa Allah.

Read more...

28 in February 2014 : Day 26 | bermain sebelum tidur


Read more...

Wednesday, February 26, 2014

28 in February 2014 : Day 25 | mimpilah yang indah-indah


Nak pegang kamera, hendak gerak banyak-banyak mama tak larat sebenarnya.
jadi yang paling senang ambil gambar kamu tengah tidur sahaja.
aci?

Read more...

28 in February 2014 : Day 24 | hafal sifir


Lepas makan malam, sessi menghafal sifir dengan Abah.
untunglah boleh menghafal sambil berbaring baringan.
mama dulu siap berdiri tegak, menghafal depan atok macam seorang askar.
terkucil-kucil semua rasa nak terkeluar semua isi perut.

Read more...

28 in February 2014 : Day 23 | mencari teman


Mundar mandir kamu mencari teman.
nak ajak berbasikal keliling taman.
tapi hari itu tiada. mungkin mereka keluar dengan keluarga mereka.

kamu. memang asyik hendak berkawan :-)

Read more...

28 in February 2014 : Day 22 | tiada gambar

Tiada gambar kamu hari ini.
keadaan mama tidak mengizinkan.

Alhamdulillah, Mama beransur pulih walau pergerakan agak terbatas.

Doakan mama untuk kesihatan yang baik ya!

Read more...

28 in February 2014 : Day 21 | robot berketul-ketul


"Ma, cantik tak Irfan lukis?"

Read more...

28 in February 2014 : Day 20 | you. spiderman


Selangmasa antara membuat homework dan menjadi spiderman.

Read more...

28 in February 2014 : Day 19 | you read. i listen.


Read more...

28 in February 2014 : Day 18 | pulang


petang-petang yang begitu.
hari-hari mama lihat kamu.
dalam letih kamu gembira,
wajah bersinar-sinar melihat mama semula.
rutin ini kita ulang.
dan lagi. dan lagi.
biar hari ini kita kenang.
kita ingat sampai mati.

Read more...

Thursday, February 20, 2014

28 in February 2014 : Day 17 | Mana satu dulu, ma?


Read more...

28 in February 2014 : Day 16 | Badminton


Read more...

Wednesday, February 19, 2014

28 in February 2014 : Day 15 | Berseluar pink


Berseluar pink berbaju merah kakak.
berkereta Aqiel.
Mengacau Auntie.
di rumah nenek.
Sabtu malam ahad.

Read more...

28 in February 2014 : Day 14 | oh bulan!


Balik makan sushi,
eh bulan tu ikut kita dari Alamanda lah!

Read more...

Tuesday, February 18, 2014

28 in February 2014 : Day 13 | Remember this man


Remember him.
Remember him forever.

Read more...

28 in February 2014 : Day 12 | Bila sahaja masa terluang


Petang balik sekolah, sempat juga walau barang se round dua.

Read more...

Friday, February 14, 2014

28 in February 2014 : Day 11 | Where is the sun?


Hari itu pagi-pagi lagi mama sudah bersiap sedia dengan kamera di tangan. ingin 'bermain' dengan cahaya matahari lagi yang sentiasa menarik-narik hati mama untuk menikmatinya. Tetapi hari itu cahayanya tidak begitu jelas kelihatan seperti hari-hari sebelumnya. Mama diam seketika melihat langit mencari-cari.. oh di manalah kamu matahari? Tiada matahari. Tapi mama dihadiahkan dengan langit yang indah.

Begitulah hidup. Apabila kita hendakkan sesuatu, ada yang kita terus dapat ada pula yang kita tak dapat walau kita sudah berusaha juga berdoa. Tapi kita tidak dapat. Itulah nilai tawakkal dan yakin setiap apa yang kita tidak peroleh, sebenarnya tersimpan rahsia Allah untuk kita, malah apa yang tidak di berikanNya itu juga mungkin lebih baik daripada apa yang kita mahu.

Usahalah selagi dayamu. Biar Allah yang membuat keputusan DIA mahu memberi atau pun tidak. Redha lah dengan keputusan itu.

Read more...

28 in February 2014 : Day 10 | Perseverance


Ada waktu sebenarnya mama perlu banyak belajar daripada kamu. Seperti malam itu ketika kamu melakukan latihan matematik, bagaimana mama melihat kamu begitu tabah bertahan untuk menyelesaikan hingga soalan yang terakhir. Ini bukan tentang berapa banyak soalan yang kamu dapat jawab dengan tepat, juga bukan berapa cepat kamu dapat menyelesaikan soalan matematik itu, tetapi mama melihat kesungguhan kamu untuk mencuba dalam kepenatan kamu juga dalam kepayahan kamu. Sikap tidak putus asa kamu, walau untuk satu soalan kamu perlu buat berulang kali. Dalam kesediaan kamu untuk belajar dari kesilapan. Dalam keterbukaan hati kamu untuk mencuba lagi dan lagi. Dalam senyuman kamu apabila akhirnya puas kamu merasa apabila usaha kamu itu dihargai mama.

Simpan dan gunakanlah kualiti yang kamu ada itu untuk setiap hari yang kamu lalui. Moga hingga besar nanti kamu tidak akan cepat mengalah.


Read more...

Monday, February 10, 2014

28 in February 2014 : Day 9 | Living our dream



"Behind every fortunate woman is someone who believes in her - 
someone sitting in the bleaches, 
quietly applauding every success, 
shouldering each disapointment, 
waiting in the twilight or the drizzle after everyone else is gone, loving her. 
If she is really lucky, that person is her husband."

~ Annie Griffiths Belt

...and in my case, i have two.
you two. my husband. and my son.
and i'm so lucky. Alhamdulillah.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP