Showing posts with label Birthday Abah. Show all posts
Showing posts with label Birthday Abah. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

14.11.11 - Celebrate it our way..



Dear Irfan.

Mama harap Irfan ingatlah tarikh tu selalu ye.. setiap tahun.. sampai irfan besar. Tarikh special untuk abah.. walaupun Abah takde mintak apa-apa yang special hari tu tapi mama harap kita dah buat Abah happy dan rasa specialnya diri abah tu dalam hidup kita. Hari itu hari jadi Abah.

As usual.. setiap tarikh2 yang bermakna dalam hidup kita kita mesti ingat dan celebrate.. walaupun simple tapi yang penting bermakna untuk kita bertiga. Tahun ni abah dah 36 tahun, mama bawa belanja makan di Nandos, kita jalan-jalan di Alamanda, tengok wayang cerita Adventurous of Tin Tin, lepas tu Irfan nak pergi playground mama ajak pegi playground outdoor di Putrajaya... sedang bermain hujan pula.. lepas tu Abah usaha nak buat Irfan happy, Abah bawak pergi playground di Bangi pula.. dapatlah Irfan bermain2 sama ngan abah hari tu dan last sekali ber refleksologi dengan Abah (mama ada sedikit konfius tentang hari jadi siapakah sebenarnya di hari itu :p)

Terima kasih Abah sebab jaga kami selama ni. Jaga Irfan. Jaga mama jugak. Walaupun Irfan dan tidak ketinggalan juga mama kadang2 'notty' taknak ikut cakap Abah.. tapi Abah tetap sabar menatang kami bagai minyak yang penuh. Kami doakan kesejahteraan Abah selalu dalam menjalani kehidupan ini. Dilindungi dan dipelihara Allah selalu.. dan terus membimbing kami ke arah kebaikan.

Kami sayang sangat Abah sampai tak muat hati. :-))

Dan Irfan ingat ok, inilah orangnya yang selalu bantu mama jaga Irfan. sangat expert mengendalikan Irfan dari lahir hingga sekarang. Sampai mama rasa mama pun tak se expert itu. Dialah yang memandikan Irfan semasa Irfan baru lahir, dengan tangannya, dengan kudratnya, dengan keberaniannya, yang menolong menukar lampin Irfan ketika Irfan kecil, yang membuat susu Irfan sewaktu Irfan haus, orang pertama yang bangun bila terdengar Irfan menangis di tengah2 malam, yang menuam kepala irfan dengan air ketika Irfan demam, yang menyuapkan Irfan makan, yang memberi Irfan ubat ketika sakit, yang memotong rambut Irfan sehingga orang lain tidak boleh 'menyentuh' rambut Irfan, yang mendukung Irfan bila selalu Irfan tertidur dalam kereta bila dah sampai rumah.. walaupun penatnya Abah sudah tidak terkata waktu itu, yang sangat berlembut tetapi tegas dengan Irfan, yang sangat protective terhadap Irfan, yang memberi semangat dan galakan kepada Irfan, yang selalu memberi motivasi diri pada Irfan supaya Irfan berkeyakinan tinggi, yang memberi contoh yang baik untuk Irfan supaya Irfan jadi anak yang baik, yang memberi tunjuk ajar kepada Irfan dengan cara yang lembut dan nasihat, yang tidak pernah menengking, menjentik, memukul, mencubit Irfan walau sekali pun, tetapi dia tetap orang yang paling Irfan hormati. Hormati dan sayangilah Abah Irfan sampai bila-bila. Selalulah sedekahkan Al-Fatihah buat Abah ketika hayatnya masih ada. Al-Fatihah yang kita sedekahkan buat ibu bapa akan memberi rahmat dalam kehidupan mereka dan juga hidup kita akan lebih diberkati. Doakanlah yang baik-baik untuk Abah. Tidak kira sesudah solat, atau bila-bila masa setiap kali Irfan teringat akan Abah. Bahagiakanlah Abah selalu sebagaimana Abah telah bahagiakan Irfan tidak kira penat dan letihnya dirinya. Pada Abah, Irfan adalah segala-segalanya.


Love... love.. love..
Mama.


Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP