Showing posts with label March 2017. Show all posts
Showing posts with label March 2017. Show all posts

Saturday, March 25, 2017

Mengumpul memori di pantai Cherating

Percutian di Cherating ini bukanlah suatu percutian yang dirancang-rancang benar, meskipun beberapa minggu kebelakangan ini mulut asyik menyebut mahu ke pantai, mahu mandi laut, mahu bermain-main pasir, mahu badan dihempas-hempas ombak. Cukuplah dengan hanya berangan-angan untuk berehat-rehat di tepi laut, sudah dapat datangkan bahagia, apalagi bila ia betul-betul terjadi. Tidak lah jauh sangat. Hanya Cherating Kuantan destinasinya.

Itupun kerana kira-kira satu minggu sebelum bermulanya cuti sekolah, pelanggan sudah 'confirm'kan booking photoshootnya untuk kami rakamkan di kampung halamannya di Kuala Terengganu. Maka dengan kehendak Tuhan juga bercutilah kami di sini, sebagai 'transit' untuk perjalanan menuju ke Terengganu pada esok harinya.

Legend Cherating adalah tempat penginapan kami kali ini. Jangan ditanya saya tentang 'review' tempat ini.. kerana yang elok-elok itu bukanlah perlu dilihat dengan mata sahaja, tetapi dalam jiwa juga yang paling utama merasanya. Bilamana adanya manusia-manusia yang kita sayang bersama, ke manapun kaki dibawa melangkah, sesuatu tempat atau lokasi itu akan tetap sahaja rasa indah di hati. Asal ada katil buat baring tidur menghilang lelah, bilik air yang bersih untuk bersuci, dan yang utama.. pantai yang bersih dan cantik untuk mengumpul memori. Itu lebih dari cukup. Alhamdulillah.

Cuaca yang cantik dan berangin sepanjang kami menginap di sini menambahkan lagi nilai keterujaan baik kepada anak, mahupun mak dan bapaknya. Tidak perlu ditunggu-tunggu lagi melompatlah kami ke dalam laut, swimming pool sudah tidak begitu diherankan lagi. Petang membawa ke senja. Pagi-pagi pula, keluar sahaja dari bilik terus berjalan ke pantai, menikmati suasana langit oren disimbah cahaya matahari terbit. Tahu-tahu  anak sudah berlari-lari mengejar ombak dengan mengenakan baju mandi yang tak tahu entah bila dia sarungkan seawal pagi. Tidak dapat tahan mamanya berlama-lama memegang kamera, akhirnya perlu akur bahawa air laut itu lebih harus dinikmati bukan setakat merakamkan indah suasananya sahaja. Maka meniaraplah kami secara trio berguling-guling atas pasir, bekejar-kejar di pesisir pantai, membiarkan badan melambung-lambung dipukul ombak, menahan hidung terpedih-pedih dimasuki air masin. Sehinggalah merasa kulit perit ibarat rentung, baru tahu sedarkan diri. Tidaklah dapat dirakamkan kesemua kisah itu melalui lensa kamera, tetapi memorinya mohon-mohon akan tetap lekat dalam otak fikiran dan jiwa sampai bila-bila.












Suasana awal pagi di kala matahari terbit




Remember my child, love win. Love always win.












Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP