Showing posts with label Mother-Son Bonding. Show all posts
Showing posts with label Mother-Son Bonding. Show all posts

Monday, February 14, 2011

I'll love you eternally

My dearest Irfan,

This is how I want you to remember me..




For the rest of my life ~ Maher Zain
(this is really a beautiful song. listen to it. It's how i feel about you)



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my son and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally

Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Read more...

Friday, April 9, 2010

Banyak kata... yang tak mampu kuucapkan.. kepada dirimu.

Irfan, semalam mama tunjuk dekat Irfan video clip gambar kiter berdua ni kat irfan.. dan Irfan senyum simpul2 malu.. mama tanya.,.. irfan ingat tak? Irfan kata ingat.. tapi lepas tu irfan senyum2 lagi tengok.. mama tak nak kacau irfan so mama pun ckp mama nak turun pegi dapur, irfan tengok lah. lepas tu mama kuar bilik tapi mama dok intai2 lagi apa yang irfan buat.. mama tengok irfan tenung je klip ni.. sengih sorang2.. mama tak tau apa perasaan irfan masa tu.. sudah faham ataupun tidak dengan apa yang cuba mama sampaikan.. tak mengapa, besar nanti Irfan akan faham.

Irfan akan faham macamana perasaan mama sekarang :-)

Son, I hope I make you proud, that I am your mother everyday. Because, you have filled my dreams, in more ways than words can say.





Stuck2 la video ni Irfan.. ni mama bagi lagi satu yang mama dah upload kat Facebook.



Semalam babah tengok this video klip babah tanya.. eh!! gambar babah mana? hehhhe.. mama memang plan tu next project video clip kiter.. buat dad-son bonding pulak k..

Abah, can you wait..? hehhehe

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Si Dia.. peneman mama yang setia..

Cuaca pagi tu sangat cantik.. walaupun dah nak dekat pukul 10 tapi tak berapa panas.. sedang2 ajer.. tak terlalu panas dan tak mendung.. tapi cool.. breezing.. babah pegi main golf kena entertain client dari korea datang kilang.. so pagi tu mama bawak irfan teman mama pegi ambil gambar.. gambar2 ni diambil masa kami sedang tunggu client sampai. Kami berborak2 sambil membaling batu ke dalam tasik.. ketawa bila irfan cuba melakukan pelbagai aksi pose.. dan mama menjawab segala soalan yang diajukan olehnya kerana sekarang dia dalam stage nak tahu tentang semua benda. Kenapa batu2 kat situ sejuk pun dia tanya. :-) Kalau boleh sehingga ke akar umbi ingin dikoreknya.

Selalu mama takut nak bawak dia kalau sorang2.. takut dia kacau atau takut tak terhandle mama nanti mana nak amik gambar client lagi..nak tengok2 dia lagi.. lain kalau ada babah dia ikut sama.. tapi rupa2nya dia dah besar.. sikit pun tak kacau.. tapi pandai bawak diri.. masa mama tgh bz ambil gambar, dia sorang2 cari batu dan baling2 dalam tasik.. duduk2 sambil perhatikan mama buat keja.. kadang2 datang dekat mama peluk2 lepas tu buat keja dia balik.. Sayu juga hati dan terlepas juga rasa rasa penat bila lihat dia macam tu.. sejuk hati mama, Irfan :-)

Rezeki dia, akhir sessi client pun belanja kami berdua naik boat keliling tasik sebab client nak ambil gambar dalam boat.. punya lah dia suka sebab masa tunggu awal2 tu mulut dia bising minta naik boat.. maka apa lagi pucuk di cita ulam mendatang.. seronok bukan kepalang. tapi awal2 mama pesan agar dia dok diam2 dalam boat tu.. sebab mama has to work.. kena ambil gambar.. Alhamdulillah dia duduk diam sambil merenung tasik yang indah.. what a lovely morning for both of us..

Habis sessi kami terus menghala pulang .. tapi memandangkan dah kul 12 maka mama bawak dia pegi lunch terus dekat Ani Sup Utara dekat Bangi. Banyak dia makan sambil buat2 lawak dalam kedai sampai ada pengunjung lain yang terhibur dengar telatah dia.. disuruh baca doa makan, sengaja dia membaca doa penerang hati.. siap ending "rabbana.. aatina.. fiddunnya hasanah.." nasib baik lah tak tersembur makanan org sebelah meja tu .. sebab mama pun curi2 jeling tengok mereka yang tersengih2 melihat gelagat Irfan.

Lepas habis makan kami terus pulang dan tertidur kepenatan sampai babah pulang pun kami tak sedar :-)

Alhamdulillah Allah bagi petunjuk dekat mama dan buka pintu hati mama untuk membuat keputusan yang tepat dalam hidup mama. Hampir 2 tahun mama berhenti kerja dan membuat keputusan untuk buat fulltime fotografi.. Alhamdulillah, buat masa ini takde sedikit rasa kesal pun di hati. Bisnes mestilah ada pasang dan surutnya.. tetapi melihatkan apa yang telah mama perolehi so far, mama sememangnya sungguh bertuah.. bukan material yang mama kejarkan, tetapi Mama perolehi masa yang banyak dengan anak mama.. hati senang bila lihat anak membesar di depan mata dan hanya terpisah sekejap sahaja waktu Irfan ke pre-school. Selebihnya, masa dapat mama habiskan dengan Irfan. Anak membesar dengan begitu cepat. Mama tidak mahu mensia-siakan setiap detik itu. Nanti bila dia besar, mama tak mau ada rasa penyesalan di hati. Kecik2 ni mama mau berasa puas mendakap.. menggomol dia setiap hari agar nanti mama tidak terkilan bila satu masa dia sudah besar dan mungkin sudah malu bila mama ingin menggomolnya seperti sekarang. Lebih2 lagi buat masa sekarang masih belum ada tanda2 untuk Irfan dapat adik.. tak mengapalah.. itu semua kuasa Allah.. Apa yang penting kita kena menghargai apa yang kita ada. Mama berdoa untuk diri sendiri semoga sentiasa beringat2 dan tidak mensia-siakan peluang yang ada..

Irfan, terima kasih kerana sentiasa menjadi peneman mama yang setia :-) Buat semua... katakanlah setiap hari kepada anak2 yang kita sayangkan dia.. dan galakkan dia menyatakan kembali yang dia pun sayangkan kita :-)










Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP