I'm just trying to remember it all...
Irfan sayang,
Sorry lah lamanya mama tak update kat sini..
Busy kita dengan bulan Ramadhan yang lepas.. Lepas tu syawal pula kita raikan.
Sehingga masa yang berlalu cepatnya. Tak sedar sudah penghujung ogos. Bulan depan harijadi kamu :-)
Dengan keadaan mama sekarang, tidaklah dapat mama nak selalu2 update blog ni.. tapi mama ada buat SESUATU. sekurang-kurangnya, mama buat sesuatu. iye :-)
Sekarang oleh kerana mama tak nak terasa rugi tak ambil gambar irfan, mama usaha juga ambil walaupun hanya pakai handphone. Mama pula baru je berjinak2 dengan Instagram. Jadi mudah lah macam abc nak update semua situ dengan satu klik sahaja.
Sekarang, selain di sini, Irfan ada satu lagi rumah. Itu lah yang paling pantas dan mudah mama dapat buat untuk kumpulkan semua gambar2 irfan dan untuk memori Irfan akan datang.
Ini dia rumah baru Irfan :
zubyerusli.tumblr.com
Nanti selain di blog ni, Irfan boleh tengok gambar2 Irfan dekat situ pula ok.
Blog ni mama masih kekalkan.. kalau mama ambil gambar pakai kamera, mama akan letak sini. Kalau pakai phone je mama letak kat yur other house tu k!
Love you.
Always!
** untuk aunties.. kalau ada yang mengikuti cerita Irfan, dan kalau ada yang Instagram jugak, boleh cari mama di sini :
zubyerusli
Read more...