Monday, May 11, 2015

A week in the life : May 1st - 8th '15

Today is one of it's kind; it won't come again. Bring joy to someone, speak good words and use them to heal and encourage others, learn to care. Life in this world is short. So be kind, have a heart; for the best and most beautiful thing can't be seen or touched but felt with the heart.













[Family is everything ~ Malacca 1st -3rd May]




[Healing ~ Life must goes on]




[Mama meneruskan kerja yang sudah banyak tertangguh. Ada satu hari tu, Abah meneman, berborak panjang, menghibur hati.]


[Balik sekolah selepas acara saringan sukan]


[Satu tengahari, kamu mengadu pening kepala. Tidak ceria seperti biasa. Naik atas, terus ke katil, kamu tidur hingga ke petang.]



 [Berbasikal bersama Nafiz; jiran kita, merupakan satu rutin kamu hari-hari.]

Read more...

Thursday, May 7, 2015

Pak Ngah

Tentang Pak Ngah kamu. Catatan hati dari jiwa seorang adik. semoga kamu belajar daripadanya, Irfan.



Barangkali saya bukan merupakan adik yang sempurna. Dan terkadang jua, sangat sulit memahami tentang kepayahannya. Namun tidak mahu saya ber kalau kalau di sini.. “kalau dia masih ada..” “andai lah saya sempat...” Sekalipun tidak mahu saya berfikir sedemikian. Saya redha sebenar redha dengan apa yang telah ditentukan. Setiap perencanaan telah diolah cantik oleh Allah untuk saya dan keluarga. Siapa saya untuk ber kalau kalau lagi?

Saya tahu apa yang telah saya lalui ini adalah satu ilmu. Angah lebih banyak mengajar saya setelah dia tiada. Saya ditarbiyah secara langsung melalui sebuah kematian. Ilmu itu tidak terdapat dalam mana-mana buku, melainkan melalui perjalanan hidup yang hendak kita pandang sebagai pengajaran. Ia tidak diajar di mana-mana universiti, melainkan universiti yang namanya kehidupan.

Bagaimanapun jua ilmu yang saya dapat, ianya adalah untuk dimanfaatkan. Malah saya kira ia juga untuk memanfaatkan. Rugilah saya kalau tidak belajar apa2 dari sebuah kematian, malah rugi jugalah saya jika tidak dapat memanfaatkan orang lain melalui apa yang saya alami. Hidup ini tidak lama. Amalan tidak sebanyak mana. Ilmu yang bermanfaat barangkali dapat menjadi bekal dekat sana. Lalu kisah ini saya tulis. Agar ia tidak hilang, tidak juga berlalu begitu sahaja.

Saya mahu ingat hari terakhir saya dengan Angah. Bacalah dengan mendalami apa yang tersirat yang ingin saya maksudkan.

Berita Angah tenat telah tersebar pada hari sabtunya. Kuasa Allah, DIA menstabilkan Angah saya sementara, dan pada waktu itu hati kecil sudah berkata, Allah ingin memberikan kami peluang. Dalam pada rasa ingin menafikan, terlintas juga.. barangkali peluang ini untuk yang terakhir. Lalu, Angah saya ziarahi. Dia masih boleh bergurau senda dengan kami adik beradik – sebagaimana yang biasa dilakukan saat sihatnya. Dia periang dan gemar berlawak jenaka. Itu sisi Angah yang mahu saya kenang. Malah gambar terakhir saya dengannya pun memperlihatkan wajahnya yang riang yang cuba disorokkan kesakitannya.

Tiba waktu habis melawat. Saya, suami dan Irfan perlu pulang. Tapi demi Tuhan, hati saya berat. Angah memberi isyarat menyuruh saya balik. Saya faham apa tujuannya berkata demikian. Tapi kaki saya seakan telah terpaku di situ. Dalam bilik ketika itu hanya ada saya dan seorang makcik. Tetapi diluar bilik ada abang dan adik saya yang masih menanti untuk masuk ke dalam. Mana mungkin saya mahu mementingkan diri, andai terlalu lama saya di situ orang lain tidak dapat melawatnya. Ya, menziarahnya mungkin buat kali terakhir.

Saya tahu Allah itu baik. Rancangan DIA untuk saya diatur dengan baik dan cantik sekali. Sebelum saya keluar melangkah, saya pegang kuat-kuat tangan Angah. Sejuk. Saya rasa kakinya. Sejuk. Lalu saya ambil selimut dan menyelimutkannya. Saya gosok-gosok tangannya agar biar ia berhaba sedikit. Agar ada rasa hangat pada tangannya yang sejuk dan pucat. Lama saya buat begitu sebelum saya salam dan kucup tangannya. Dia pegang tangan saya kuat. Saya pegang lebih erat. Kuat, kejap dan erat. Masing-masing tidak mahu melepaskan. Hanya bahasa bisu yang menjadi pengantara di antara kami. Kemudian dengan rasa sedih yang tertahan-tahan saya tanyakan padanya kalau dia mahu saya suapkan jeli yang ada di situ untuk menaikkan paras gulanya. Dia angguk. Saya hanya dapat memberi dia dua suapan kerana selapas itu tiada makanan yang larat hendak ditelannya. Kerana makanan yang masuk semua dikeluarkan. Badannya menolak.

Masanya telah tiba. Sekali lagi kami bersalaman. Sekali lagi tangannya kuat menggenggam tangan saya seperti tak mahu dilepaskan sedang mulutnya berkata-berkata “Baliklah cepat, kesian Zul dan irfan tunggu di bawah. Rumah korang dah lah jauh.” Saya menggenggam tangannya dan jari jemarinya yang sudah tinggal tulang itu erat-erat. Air mata saya tahan agar tidak tumpah di hadapannya. Angah saya memerlukan kekuatan dari insan-insan yang dia sayang, Saya kucup dahinya berkali-kali. Saya bisikkan padanya yang Allah selalu dekat. Saya ucap padanya yang saya sayangkan dia. Jawabnya “Angah tahu.”. Dia senyum. Saya cakap juga yang saya selalu mendoakan dia. Jawabnya lagi “Angah tahu.” Saya lihat matanya sudah berkaca merah. Saya kucup dia sekali lagi sebelum saya melangkah pergi.

Esoknya saya pergi melawat lagi. Tapi sampai-sampai sahaja saya lihat keadaan Angah sudah terlalu tenat. Badannya sudah tidak mampu digerakkan. Matanya masih terbuka, dia sedar tetapi nafasnya berombak-ombak dibantu mesin pernafasan.

Dalam perit, namun syukur segala syukur saya panjatkan pada Ilahi. DIA baik, memberi saya peluang terakhir itu. Dia memberi saya kesempatan untuk berada bersama Angah waktu saat akhirnya walaupun sekejap. Saya sempat mengatakan saya sayang padanya pada hari sebelumnya – buat pertama kali juga yang terakhir. Waktu dia masih boleh mendengar. Sekurang-kurangnya Angah tahu isi hati adiknya.

Begitulah apa yang saya belajar. Tuhan simpan sesuatu pada awalnya untuk memberi yang terbaik pada akhirnya. Tuhan mahu saya bersyukur pada saat yang sama sedang diuji. Saya kira itu kenangan indah saya dengan Angah. Walaupun tidak banyak yang mampu saya lakukan ketika waktu hayatnya, saya mahu menghayati segalanya dari sudut yang positif. Saya mahu pandang walau dalam keadaan macamanapun, Allah itu tetap yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

** Akan saya sambung lagi kisah ini lain hari bila sampai waktu Allah izinkan..

Wallahu'alam.

Read more...

Monday, March 30, 2015

Teruskan berjalan dan senyumlah

Sebab yang indah, yang manis dan yang cerah itu akan sentiasa diselang selikan dengan yang buruk, yang pahit, yang mendung. Itulah namanya hidup. Agar kau belajar apa itu cekal, bila yang kecil-kecil mahupun yang besar tidak mampu merobohkan kuat hatimu sebab segala yang kau lalui, kau hadapi dengan sabar. Teruskan berjalan dan senyumlah.

 

Love you till jannah,

Mama.

 

Read more...

Be brave


Your own story is as remarkable, if not for the novelty of it then the courage required to take the first step. That courage alone makes it remarkable. Be brave. Do it slow, do it fast, do it however you choose, but do it your way.

- David Duchemin (he is mom's favorite writer)

Read more...

Thursday, March 19, 2015

Anak Abah

Mama dan Abah paling suka tengok waktu kamu sedang tidur. Kadang-kadang bila kamu sudah nyenyak di atas katil, kami berdua akan mengintai dari pintu bilik. Mulalah selepas itu macam-macam yang kami bualkan tentang kamu. Abah tidak habis-habis akan cakap kamu sudah 'panjang'. Dulu kamu hanya se'panjang' hujung jari ke siku Abah sahaja. Sekarang kamu sudah besar. hampir sama tinggi dengan Mama.

Lihat gambar-gambar ini. Memang kamu sudah besar rupanya. Dulu selamba Abah mengangkat kamu kalau kamu tertidur dalam kereta pulang dari jalan-jalan. Abah angkat naik atas letak kamu di dalam bilik. Sekarang masih juga Abah angkat kadang-kadang. Tapi ada 'pit stop'. Abah letak kamu atas sofa dulu. Minum air dahulu. Rehat. Kemudian baru angkat kamu perlahan-lahan naik tangga terus ke bilik. Kemudian Abah termengah-mengah ketawa bagitau Mama, Abah sudah tak larat nak angkat kamu. Mama? Mama pernah cuba juga untuk angkat kamu. Tapi maaf Mama tak larat langsung dah. Sebab kamu berat! Waktu mama tulis ini, berat kamu sudah pun mencapai 28 kg. Alhamdulillah. Kamu membesar dengan sihat.

Walaupun kamu semakin besar panjang, tapi mama gembira melihat saat-saat seperti ini, melihat hubungan akrab kamu dengan Abah. Masih macam dulu. Masih macam budak-budak kecil. Kamu masih boleh manja-manja dengan Abah. Tidak kisah dipeluk-peluk, dicium-cium. Malah hobi kamu adalah memeluk Mama dan Abah kata kamu. Kamu tidak malu mengucapkan I love you. Sering sahaja mama dengar ucapan itu dari mulut kamu. Moga sampai besar kamu mahu mengucapkannya untuk Mama dan Abah kamu. Abah juga memang sejak kecil sangat rajin melayan kamu. Mama selalu rasa 'lega' bila Abah ada bersama. Banyak kali mama dapat 'curi-curi' ruang.  Siang tadi waktu kita makan nasik lemak berdua,  kamu cakap " Kan best kalau Abah ada." Mama tanya kenapa? Kamu jawab "kerang ni pedas sangat, kalau ada abah, mesti Abah bersihkan bagi kerang ni tak pedas, baru bagi Irfan makan." Iye, sampai ke tahap itu Abah sungguh-sungguh melayan kamu. Sebab itu bila kita keluar sama-sama, Mama asyik tersenyum sahaja.

Terima kasih Abah! Atas jasa-jasa, atas semua yang Abah buat untuk Irfan dan Mama.


Read more...

Sunday, February 8, 2015

Saturday cruising

Sabtu kita penuh. Pagi-pagi lagi kamu dan Abah meneman Mama fotoshoot di studio. Selesai mengambil gambar client, kita baring-baring menyemai mimpi lagi buat yang sekelian kali (tak mengapa angan-angan biar tinggi). Sambil itu mama ambil gambar kamu dengan Abah di dalam studio. Tengahari, kita pulang ke gombak melawat Atok dan Nenek. Langkah kanan, anak Nek Angah bertunang, maka dengan membawa perut yang lapar, kita makan banyak-banyak di kenduri. Serius memang banyak! Dua pinggan nasik Mama habiskan! Sudahlah minggu lepas dua pinggan nasik arab Mama makan masa kenduri Auntie Ada. Dalam syukur mama pengsan!

Petang, kita ke Tasik Titiwangsa.. jalan-jalan hirup angin petang, konon-konon hendak membuang lemak dek makan terlebih tadi. Dengan menyewa roller blade rm10 sejam di situ kamu pun menyusur taman.

Mama tak jumpa satu ayat yang boleh mengekspressi perasaan mama waktu mama melihat kamu dengan Abah begini, melihat setiap tawa riang dan gelak kamu, menyaksikan Abah melayan kamu sepenuh hati. Satu rasa yang Allah aje yang tau. Syukur mama dapat merakamnya sebab kamera ada dibawa. Alhamdulillah untuk satu rahmat yang amat besar Allah beri pada kita sekeluarga. Suatu yang lebih bernilai dari wang ringgit. Orang kaya pun tidak mampu membelinya. Moga kasih sayang selalu tersemat dalam jiwa kita sampai bila-bila.



Read more...

Saturday, January 31, 2015

January 2015

Week 1

Untuk bangun setiap pagi dengan hati yang segar. Hati yang baru. Hati yang penuh dengan cinta. Sebuah matlamat peribadi yang ingin dicapai pada tahun ini. Ingin mengasihi semua orang tanpa syarat. Mahu berusaha melihat lebih banyak kebaikan manusia tanpa alasan. Kerana saya belajar, apabila segenap ruang hati sudah penuh diisi dengan kasih dan sayang, tiada lagi lubang-lubang untuk kebencian menerobos masuk. Izinkan saya menyayangi kamu, menyayangi mereka semua. Tanpa syarat.

Week 2

Losing is painful. Imagine the pain that this boy had to endure when we lost not one but three of our beloved kittens that we treat as our own family, in less than four days. He was the one who witnessed their birth, getting all excited looking after them everyday, and sadly in front of his eyes he watched them sick, dying and struggle for life. He tried his best to offer his helping hands to safe them, but suddenly they were all gone. Drastically. Forever. And with his both hands, he buried them saying goodbye for the last time.
You know that time was not easy for three of us. So what actually has made me smile? I smile watching him getting back on his feet again days after the incident ready to explore the adventures around him. With a strong willed he tried his best to embrace life with a pure joy in his heart. I smile because from his eyes, I could see how strong he was trying to hide his sadness - just because he didn't want me to be worried about him much. I smile because there was one day when I cried so hard, he reminded me "It's ok Mama. At least they are no longer in pain. I know they are in a good place now." Every soothing words he uttered after the tragic lost has made me smile, because I know my son is going to be ok. We both have faith that Allah will replace this sadness with something better in the future. We believe that. And that is what makes me smile once again.
Week 3
There was a glorious sun light entering my mom’s house the moment I opened the door, ready to start a new day. I remember being astonished by the gorgeous light illuminate a little corner of the house formulating every detail I saw to look so clear, vibrant, lively and bold. Without wasting my time, I quickly grabbed my camera before the light chose to fade away. My son was there, just had his morning bath. I glimpsed at his bare feet, and I knew instantly I wanted to document him with those feet in focus and composed other elements to complement the scene. So, here it is; my image for week 3 – details of my son’s feet together with those embracing shadows, a touch of texture, line, and stunning sun light; all in one photograph.
Week 4
Dari perspektif kaca mata seorang Mama. Dia. Sekecil ini, dia sudah punya banyak angan-angan yang ingin digapai. Tiap kali meluahkannya, pasti disudahi dengan keyakinan tinggi yang  setiap hasratnya akan berada dalam genggaman satu hari nanti. Sebanyak mana mama ini terlalu takut untuk berada jauh darinya, sedalam itu jugalah harapan mama untuk melihat dia berani mengembangkan sayapnya, untuk terbang setinggi langit; pergilah anak... esok besar engkau merantaulah, pergilah lihat dunia, belajarlah, bawa pulang ilmumu, manfaatkan kepada setiap makhluk yang engkau jumpa. Gapailah setiap impian zaman kecilmu itu.

Week 5
Ever since he watched that Dapur Bujang; a show on channel 111, his interest in cooking has become an obsession. He believed cooking is an easy and a very cool job to do like the host always do in the show. Many times too he voiced out about his ambition to be a chef one day (mind you this boy has too many ambitions depending on what is he doing at that time). I just nodded and smiled, showing my full encouragement in anything he desired to be. When he looks at me being too occupied in the kitchen, often he asked “Is there anything I can help, Mama?” Every time he request, I let him doing some simple tasks like cutting the vegetables, slicing onions, washing dishes; that kind of thing. Once in a while, when we are not in rushing mode especially on the weekends (this mama needs to learn to slow down sometimes), I allowed him to ‘play’ around in the kitchen and cook by his own – something he has enthusiastically waiting for every day! He made us banana roll for breakfast, once he baked us scones for tea and I can see his face beams with pride every time he served us the rice he cooked for dinner with his favorite omelette using his own recipe that he made for us with full of love.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP