Wednesday, December 28, 2016

Inilah bahagia...

Tidaklah semua kebahagiaan itu bisa dibeli dengan wang apalagi diukur dengan harta berlonggok. Kiranya kaya jiwamu dengan kasih sayang dan bersyukur pula dengan segala nikmat, kebahagiaan itu boleh engkau dapati di mana-mana biar dalam keadaan dirimu yang jauh serba sederhana.

Masih banyak bahagia yang tidak terungkap oleh lidah andai hati mahu bersyukur. Lalu bahagia itu akan kau bawa ke mana ceruk pun kau berada dalam muka bumi ini. Kerana ia letaknya di dalam hati di satu sudut yang paling seni.




Sejenis nikmat menjadi abang kawasan yang menerajui persatuan berbasikal dan ahli ronda kampung tanpa ada sesiapa yang menghalang. Ini bahagia katanya.



Childhood memory..


Jarang sekali dapat bertemu.
Sesekali berjumpa, ibarat sepasukan sahabat lama.


Indah nian suasana kampung.


Ada rindu mama pada kenangan-kenangan lama.


Setiap langkah terpotret kenangan.


Apa itu Abang Irfan?




My father didn't tell me how to live. He lived and let me watch him do it.



Sejenis baja tumbuh-tumbuhan

Menolong nenek meletak baja di pokok.

Pokok itu, di sebelahnya itu sudah tinggi lebih dari tuan. Irfan menanamnya 2 tahun yang lalu.

Kemanapun sudah kakiku dibawa melangkah, di tanah ini telah kutinggalkan jejak-jejak kenangan terpaling indah.


Kampungku Sungai Koyan.
Jauh di mata, dalam hati bercambah taman.






Biru langit kampungku.


Kenangkan lah saat-saat ini sampai uban penuh di rambutmu.

Bujang kami.

Nikmat memiliki cengkerang siput b*bi.




Bukan sebuah resort mewah, tetapi begitu kaya dengan kasih sayang.

"Outdoor Breakfast" di Resort Atok dan Nenek.

Nikmati saat kecilmu, anak-anak.
Jam berdetik terlalu pantas.
Kelak tak sedar, kau akan merinduinya.





Anak-anak berjiwa polos sering saja menemukan bahagia mereka dari hal-hal kecil yang sederhana.


Lalu itu semua kan jadi kenangan. Dalam hatimu, biarkan ia hidup.

Read more...

Tuesday, August 9, 2016

30 Minutes in the life

Lepas seronok atas 'kejayaan' projek "A Day in The Life" kami hari tu, Mama pun mencadangkan satu lagi projek fotografi peribadi untuk buat sama-sama dengan Auntie Izlin. Kali ni lain sikit bunyinya. 30 Minutes in The Life. Kami telah memilih momen hari Sabtu 6 August 2016; pukul 10.30 hingga 11.00 pagi untuk diabadikan.

Mama tidak merancang apa-apa pun sebelum itu. Dan nampaknya waktu itu jatuh pada ketika kita ke kedai mamak hendak makan breakfast. Tak keluar awal sebab tahan lapar tengok pembukaan Olimpik pagi-pagi buta sesudah subuh. Bila dah dok depan tv, syok baring-baring, makan pun tak ingat. Bila perut dah buat dangdut kat dalam, baru menggelupur carik makan.

Takde yang luarbiasa pun gambar-gambar ni. Yang luarbiasanya adalah bila mama kendong DSLR buat julung kalinya ke kedai mamak. Abah mula2 tengok penuh hairan. Mama katakan sahaja.. "projek.. projek.." . Maka Abah tidak soal banyak kerana telah masak dengan projek juta2 yang Mama buat selama ini. Haha..

Oklah.. marilah kita lihat soroton cerita yang berlangsung selama 30 minit di kedai Mamak depan rumah.


Hari yang agak sibuk sebenarnya kalau ikut jadual padat macam menteri kita.

Dah lapar sangat ke apa?


Snowy dan adik beradiknya yang lain Abah dah bagi makan awal2 pagi lagi. Tu yang muka releks rasa macam nak makan buah mangga untuk pencuci mulut pulak tu. Rutin Abah hari2, lepas subuh terus keluar bagi kucing2 makan dulu. Perutnya sendiri lapar tak apa. Yang penting anak2 bulunya tidak kebuluran. Faktor pembuka rezeki.. kata Abah berfalsafah.

Muka banyak perancangan nampaknya. Sedang aim sesuatu di atas kaunter banyak lauk.

Rezeki sudah dalam genggaman.

Ke dalam mulut jua perginya ia.

Unconventional cropping and composition. (saja je lah bagi kuar sikit2 term fotografi)

Tambah lagi sepiring sayur.

Mak kau biru! Kena letaklah gambar ni. Sebagai bukti Mama ada sekali dekat situ.

Perut kenyang, Alhamdulillah. Proceed to our next mission that day! Abah pergi workshop repair kereta, Mama layan Irfan main penny sambil record video. Lepas tu keta tinggal kat workshop. Bertiga jalan kaki balik rumah. Sungguh sihat rasanya setelah makan sekeping capati. Tengahari kita pergi kenduri orang kawen, petangnya terus pergi majlis gather2 mama dan rakan2 sekolah, membawak sampai ke pukul 12 tengah malam baru teringat  nak balik.
Alhamdulillah untuk sabtu yang padat dan menyumbang manfaat.


Read more...

Thursday, July 28, 2016

A day in the life {Embracing the Ordinary}

Jumaat; July 22nd 2016

Kamu mc. Tidak begitu sihat hari tu.. Lelah.
Ini gambar2 yang dapat mama ambil untuk projek "A day in the life" yang Mama buat sama2 dengan Aunty Izlin. (remember to click on her link to read and see their story of their one day in the life.)


Pagi. Masih tak sedap badan agaknya. Susah hendak bangun.
Lepas mandi. Segar sedikit.
A simple breakfast with you. Susu, roti, omelette
Masa untuk makan ubat
Puff.. Puff..
Rehat2 goyang kaki main game sekejap.
Buat Math revision beberapa mukasurat. Dah banyak hari cuti. Takut nanti kamu ketinggalan.
Tapi kamu lagi seronok lukis komik. Sampai terteleng2 terlebih khusyuk.
Cerita apalah agaknya tu yang kamu lakarkan.
Tea time. Mama masak baked macaroni. (lunch mama tak sempat ambik gambar).
Petang. Sambung lagi lukis komik.
Dah mandi. Dah wangi.
Mencari ilham agaknya.
Abah Tok dan Maktok baru sampai dari Batu pahat. Tinggal lagi sehari di rumah kita sebelum pulang semula ke Kuching. Itu kamu sedang mengurut Maktok.






Those were the ordinary little things I want to embrace.
Just you being you.
In a place we call home.
And I just captured the moments as it happened.
As I saw them unfolded in front of my eyes.
So that one day, we will remember.
The memories we both treasure.
And the love I have for you is real and forever.

Love you, son.

You know.. forever.

Read more...

Wednesday, July 13, 2016

30 Ramadhan

Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci.
Dan termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat kemenangan.

Moga bertemu Ramadhan lagi pada tahun-tahun yang mendatang.

Aamiin.


Read more...

29 Ramadhan

Manusia ramai datang dan pergi.
Kawan-kawan silih berganti.
Tapi keluarga kan kekal bersamamu selamanya.
InsyaAllah.


Read more...

26 Ramadhan

Jumaat terakhir Ramadhan.
Dan ada rindu yang sangat sarat yang tiada apapun dapat jadi penamatnya.
Al fatihah buat abang mama; pak ngah kamu dan bapa saudara yang paling mama sayang; tok uncle kamu.


Read more...

25 Ramadhan

After Zohor prayer.
Sit back and reflect.


Read more...

24 Ramadhan

Spek raya! ;-)


Read more...

22 Ramadhan

Ini Mama paste balik apa yang mama kongsikan dengan kawan2 di IG. Untuk dibaca kamu satu hari nanti :-)

Oh.. Penatnya. Pertama Kali dia tertidur pulang dari sekolah. Dengan uniform hatta stokin pun masih lekat di badan.

Seperti anak2 lain, jadual ramadhannya memang pack sejak awal. Bangun sahur jam 5. Lepas sahur tidak akan tidur semula. Terus mandi dan bersiap2 ikut Abah ke surau/masjid untuk menunaikan fardhu subuh. Balik rumah bersiap2 pula hendak ke sekolah. Abah menghantar seawal jam 6.45 sebelum bertolak ke pejabat.

Tidak. Dia bukanlah jenis melompat dari katil bila dikejut bangun pagi. Malah ada harinya dia bersungut dan merungut. Apa lagi dia bukan jenis morning person sejak azali. Maka kepayahan mengejutkannya pagi2 tetap ada.

Dan bukanlah jua dia melakukan kesemua rutin itu dengan rela. Bukan sekali hati dia memberontak untuk tidur kembali sesudah sahur. Tapi dipaksa untuk terus bangun.

Kadang2 saya amat tegas dengannya, menyuruh dia melaksanakan apa yang diperintah. Terkadang saya berlembut mengusap2 kepalanya seraya berkata. "Hidup ini memang untuk berpenat2. Nanti di akhirat kita berehat". Meski sekarang mungkin dia masih belum faham. Kelak saya percaya kata2 itu akan nanti sentiasa terpahat dalam kepala dan hatinya.

Mana kan datang ikhlas kalau dipaksa2? Benar, mendatangkan ikhlas itu cukup berat. Yang dewasa masih belum tentu, apa lagi anak kecil. Tapi ikhlas itu juga kan datang setingkat demi setingkat. Mulanya rasa terpaksa, kemudian menjadi rutin, akhirnya keihlasan akan melekat. Tuhan tidak lihat apa yang kita sudah berjaya lakukan untukNya. Tapi Dia menilai walau sebesar sawi usaha kita mengharap rahmat.

Begitulah anak. Itu yang kelak pasti kau kan mengerti.

Balik sekolah jam 1.10, menunaikan zohor dan bersiap2 pula ke sekolah agama. Petangnya adalah waktu sedikit untuk berehat2 sementara menanti waktu berbuka.

Malam ke masjid untuk solat terawih. Berbanding dgn awal pagi, saat bertarawih adalah waktu yang dinantinya. Mungkin juga kerana jumpa ramai kawan maka semangatnya datang sendiri. Untuk 2 minggu terakhir ini , bertadarus dia sesudah witir.

Tidurnya jam 11 mlm plg awal. Begitulah rutin setiap hari. Moga keikhlasan akan menyelinap masuk lantas kekal dalam hatimu.

 

Read more...

Monday, June 27, 2016

21 Ramadhan

Lepas terawih rehat-rehat ambil angin malam. Makan eskrem. Main bunga api. Main dengan Kuching.




Read more...

20 Ramadhan

Paklong, Pakteh, Makteh dan Airin datang berbuka. Tahun ini masing-masing tidak pulang ke Kuching untuk beraya. Gilirannya sebelah semenanjung.
Kita berkumpul di KL sahaja nanti untuk raya sama-sama.


Read more...

19 Ramadhan

Ihfazillah Yahfazka

Jagalah Allah. Nescaya Allah akan menjagamu.


Read more...

18 Ramadhan

Jantung hatiku.


Read more...

17 Ramadhan

Get well soon cousin!


Read more...

16 Ramadhan

Atok dan Nenek datang berbuka. Lepas buka pegi terawih sama2. Balik rumah, moreh bersama. Esoknya pagi2 bangun sahur juga sama2. Solat subuh dan dengar ceramah nuzul quran di masjid pun sama2. Lalu nikmat apa yang hendak kau dustakan? Tidak ada. Sungguh tidak ada.
We are blessed indeed!

 

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP