Tuesday, May 19, 2009

Tidak lah dapat nak ber chicken dance..

Kesian si pesakit chicken pox.. tidak lah dapan nak ber chicken dance..
alahai frust kami tak dapat join birthday party sepupu dia cik adek Adelia.. ye lah karang datang ada pulak budak2 yang cabut lari bila tengok Irfan camtu kang.. tapi kami datang juga.. malam la.. bila semua orang dah balik.. siap abahnya bawak ketam.. udang dan sotong buat bbq malamnya.. ada orang tu kata tak yah lah... sebab dah banyak makanan.. tapi tengok2 licin juger... alhamdulillah.. kenyanggg... tapi kesian.. si pesakit kena berpantang makan.. padahal seafood lah fav food dia.. nasib lah Arash ngan Adelia dah kena chicken pox hari tu..

Kata mamy.. kemain petang tu ada menari2.. rebut2 kerusi semua.. kalau si kecik ni ada.. kompem dia nak bolot semua hadiah tu :p

kesian adek.. makde tak dapat nak amik gambar bday dia.. takpe dek.. yang penting adek dapat bash yang meriah dengan kawan2 kan... Hepi Besday lagi sekali.. Jangan selalu angin2!



untuk menyedapkan hati pesakit.. maka kami beli jugaklah satu kek untuk dia potong konon2 besday dia jugak.. ngamuk2 masa ni nak potong kek besday dia.. dia kata.. alahai.. kesian..ekeke



tengok lah muka dia kat bawah ni.. ni sapa tak pernah tengok irfan muka masam marah.. boleh tengok nih.. ni masa lepas kena usik ngan pakcik makcik dia.. derang kata irfan tumpahkan mihun.. ekkeke.. sampai ke umah dia tak puas hati siap ngadu cakap.. mana ada irfan tumpahkan! ekekke

Read more...

Monday, May 18, 2009

Segalanya tentang dia.. tentang kami.. :-)

Dulu.. aku ada FP untuk mengumpulkan gambar2nya dari kecil hingga ke besar.. tapi atas sebab tertentu.. aku terpaksa privatekan FP aku tu.. (tidak di delete).. tak mengapa, dia masih boleh tengok lagi perjalanan hidupnya sejak dari dia dilahirkan hingga umurnya ke 3 tahun lebih di situ nanti...

Kemudian.. setelah aku tutup FP, hanya sedikit gambar dan kisahnya aku kongsikan dengan kawan2 dekat luar sana.. itupun aku selit-selitkan di official blog kerja aku di Eyes of Grace Photography.

Maka, fotoblog ini didedikasikan khas untuknya.. sebagai penyambung kisah-kisahnya di FP dahulu.. sebagai tempat mengumpulkan gambar2nya yang hampir hari-hari aku ambil.. mungkin kurang bercerita lagi di sini.. biar gambar sahajalah yang lebih berkata-kata.. :-) Semoga nanti suatu hari bila dia sudah faham.. akan dapat dibuka dan dilihat kembali wajah-wajahnya dari kecil yang menjadi pelangi hidup kami :-) andai nanti ada rezeki dia punya adik-adik.. kisah mereka juga akan aku kongsikan di sini InsyaAllah.

Aku harap fotoblog yang ini tidak separuh jalan. Sebab aku sayangkan gambar-gambarnya itu.. kalau ada yang terhibur melihat keletah Irfan, syukur & terima kasih :-)






foto diambil:
Selasa; 12 May 09
Home.

Selamat datang kepada semua kawan-kawan baru dan lama.. dan terima kasih kerana sudi menyinggah :-).. jangan segan silu memberi komen dan menegur kami di sini sebagai penyambung silaturrahim kita.. :-) Boleh juga bertukar tips tentang keibubapaan sesama kita insyaAllah :-)

Oh! and don't forget to put your blog address here so that I can link yours at mine! :-) (wah terasa macam di alam baru memblog pulak).

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP