Indahnya Syawal itu..

Salam Syawal..
Harapnya masih belum terlambat untuk saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin buat semua..
Aduhai.. tidak diam saya selepas balik dari beraya ni.. balik Kuchng 3 hari sebelum raya.. kemudian balik KL raya ke 4.. raya ke 6 ke Johor pula dan pulang hari Ahad lepas.. Isnin dah start berphotoshoot session.. Selasa.. baru sempat mengemas rumah dan kain baju.. rabu.. tadi.. pergi mengambil kek Irfan yang last minit saya tempah.. kemudian menghadirkan diri ke open house sekolahnya dan menggembirakan hatinya dengan menyambut bersama2 birthday partynya dan kanak2 yang lahir bulan September.
Syawal ini seperti tahun2 sebelumnya.. sangat2 meninggalkan kesan di hati.. kesyahduan, kegembiraan, ketenangan, kebahagiaan.. dan memori2 indah di pagi Syawal masih segar terpahat di hati.. moga2 mama, abah dan Irfan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan ini..
Mama ingin bercerita.. sangat terlalu ingin.. tentang Syawal kita.. tapi masih belum berjumpa masa yang sesuai.. insyaAllah jika ada kelapangan mama cuba.. mama ingin mencatatkan sesuatu agar bila Irfan besar nanti dapat di baca semula dan mudah mudahan ianya dapat memberikan irfan "sesuatu" untuk dikenang.




Read more...