Monday, October 19, 2015

When i am with you, nothing else matters

October 17th 2015.
UKM.


Read more...

Wednesday, October 14, 2015

Kuching travelog {part 4} | Menyelusuri Sungai Sarawak

Hampir-hampir kecewa awalnya petang itu bila melihat langit nan mendung seolah-olah hendak hujan. Duduk sekejap, tunggu-tunggu apa sesuai untuk naik bot hari itu. Tiba-tiba nampak cahaya matahari menyorok2 di sebalik awan. Alhamdulillah. Kalau sudah rezeki Tuhan kata, memang tak ke mana.

Ini bukan pertama kali kita jalan-jalan naik bot di Waterfront. Cuma kali ni, kita ambil pakej lain sikit. Kali ni lama sikit kita dapat menyelusuri Sungai Sarawak. Kira-kira satu jam. Bot pun tidak laju mana, jadi dapatlah menghayati setiap suasana. Kejap panas, kejap berangin. Bunyi kocakan air buat hati jadi damai. Bunyi enjin bot pun rasa macam syok saja. Kadang-kadang kita berborak ketawa sama-sama. Ada masa kita diam, melayan perasaan 'khusyuk' masing-masing. Ini benar kenangan indah. Kalau 10 kali naik pun, tetap juga indah yang dirasa.



Read more...

Thursday, October 8, 2015

Kuching travelog {part 3} | Menyusur Waterfront

Jalan-jalan mencipta kenangan.
Bumi Tuhan itu indah di mana-mana.
Asal ada rasa hati sedar akan nikmatNya.

Waterfront & Main Bazaar, Kuching.
July 2015.


Read more...

Tuesday, September 1, 2015

Our Merdeka highlight


There's no place like Atok and Nenek's 'Resort'.
Back to basic, we enjoyed our holiday to the max!

Mama gonna put more pics soon!

Read more...

Tuesday, August 25, 2015

Don't give up. I know you won't.

When one door is closed, don't you know that many more are open?


Read more...

Wednesday, August 5, 2015

Kuching travelog {part 2} | Satu hari raya

1 Syawal.

Hari raya semua rasa indah belaka
Tiap keping gambar terselit macam-macam cerita
Siapalah yang memberi keindahan itu kalau bukan Tuhan yang Satu
Kepada DIA mestilah kita ingat selalu.

Syukur mesti sentiasa pahat kuat-kuat dalam hati
Umur kita panjang, murah rezeki, tahun ini dapat raya sama-sama lagi
Mak tok Abah tok sudah pasti gembira sekali
Dapat raya dengan semua anak menantu, cucu-cucu semuanya tahun ini.

Kepada Allah mesti kita ingat
Sebab DIA yang beri semua ini, kalau tak, kita tak dapat
Doa selalu untuk ahli keluarga agar semua sihat-sihat belaka
Biar jauh, dalam ingatan sentiasa ada.




Read more...

Kuching travelog {part 1} | Setelah dua tahun...

Kalau tengokkan kepada jumlah gambar yang begitu banyak yang mama ambik masa kat kuching  kita spent selama 10 hari tu, mama pun tak pasti sampai part berapa agaknya entry travelog kuching ni (dan tidak pasti juga bila kan sudahnya - bergantung pada situasi kerajinan mama untuk update ye irfan). Takpelah.. we go with the flow dulu.. so better we start than nothing at all.

Jadi untuk 1st part - gambar2 semasa kita berlepas dari KL dan 2 hari pertama kita berada di sana. Dan sempatlah kita berpuasa 2 hari di kuching. Dan dapat jugak mama makan ikan terubuk bakar yang mama idam-idam dan aim sejak dari KL lagi waktu buka puasa.  Oh ya.. kamu dapat berpuasa penuh tahun ini. Alhamdulillah dan tahniah!


Read more...

Monday, June 29, 2015

Ramadhan di kampung

Kalau sudah namanya Ramadhan, sememangnya ia teramat istimewa dihayati walau dalam bentuk apapun, di mana jua pun. Auranya jauh berbeza berbanding bulan-bulan lain yang kita tempuh dalam setahun. Segalanya lebih pada bulan ini. Berkatnya lebih. Keistimewaannya lebih. Ganjarannya lebih-lebih lagi. Alhamdulillah kini sudah hampir 10 tahun kamu; telah serba sedikit kamu memahami apa itu puasa; yang bukan setakat menahan lapar dan dahaga.

Panjangnya usia kita dapat menyambut Ramadhan lagi kali ini tanda rahmat Allah tidak ternilai. Apa lagi bila dapat menyambutnya dengan orang-orang yang kita sayang; terutama sekali keluarga kita. Bila melihat mereka sihat, itu juga satu nikmat. Terutama Nenek dan Atok yang angka usianya semakin lama semakin meningkat. Sudah tentu buat mereka, mama berhajat mahu menggembirakan. Dan pada usia mereka yang begitu pada mama, lawatan dari anak cuculah yang sangat ditunggu-tunggukan. Maka syukurlah semalam dan kelmarin dapat kita ke kampung mama lagi jumpa atok dan nenek dan merasa suasana puasa di kampung pula. (Atok dan nenek sudah berada di sini since selasa lepas. Weekend lepas kita buka puasa sama2 di Gombak).

Pohon gajus yang nenek tanam sudah besar tetapi rendang. Redup di bawahnya. Sampai2 sahaja kita pagi itu, terus membentang tikar dan baring2 sambil membaca di bawah pokok.


Petangnya sesudah Asar, kamu dan Abah mengait buah kelapa di belakang rumah, untuk buat air kelapa muda sebagai minuman buka puasa nanti.


Kemudian kamu ikut Atok jalan-jalan ronda-ronda bazaar Ramadhan.


Petang dalam pukul 5 lebih, Pakcik, Auntie Annur dan Pakcu pun sampai. Berplastik-plastik membawa kuih-muih yang dibeli dari Pekan Raub.


Abah pun sudah mula menyangkul-nyangkul, menyiram pokok, membuat hobinya setiap kali datang ke sini.


Bila sudah masuk waktu, sama-sama kita berbuka. Malamnya, kamu, Atok, Abah dan Pakcik ke surau berdekatan untuk bertarawikh. (maaf mama tidak sempat ambil gambar waktu kita sedang berbuka. Bila time makan, kamera pun lupa entah ke mana :-p)


Pagi Ahad.

Ini dia daya tarikan terbaru yang terdapat di sini. Kisahnya, sahabat baik nenek iaitu Cik Yah telah meninggal dunia tahun lepas. Arwah ada memelihara beberapa ekor angsa di rumahnya. Rumahnya terletak selang sebuah dari rumah nenek. Ntah macamana, angsa ini dengan sendiri datang ke rumah nenek pada satu hari dan kelihatan kelaparan, maka nenek pun memberinya makan. Setelah bertanya dengan anak Cik Yah, dia menyuruh nenek sahaja yang menjaga angsa ini. Maka jadilah ia binatang peliharaan kesayangan nenek sekarang.

Bermain-main dengan angsa adalah satu perkara baru bagi kamu. Kalau dulu, mama langsung tidak berani mendekati binatang ini kerana sifatnya yang popular iaitu menyudu dan menyodok sesiapa sahaja yang ingin mendekat. Tapi lain halnya dengan angsa ini. Manja bak kata nenek. Tidak pernah cuba 'menyerang' manusia. Lalu, peluang itu pun kamu guna untuk cuba memegang dan berjinak-jinak dengannya.


Berkebun. Kamu pun menolong Abah menanam pokok durian belanda. Doa-doalah pokok ni sihat. Membesar dan ada hasil nanti boleh makan ramai-ramai buahnya.


Pukul 2 petang kita sudah bersiap-siap hendak balik KL. Ikut hati memang hendak berlama-lama di sini sekurang-kurangnya lepas buka puasa baru balik. Tapi tidaklah dapat nak tunaikan hasrat hati tu sebab memandu pada waktu malam agak merbahayakan. Dari rumah ini ke Raub, seterusnya ke Bentung tidak ada lampu jalan. Bergelap gulita. Lembu melintas pun tak perasan. Maka terpaksa jugalah kita balik petang itu. Walau pun memang tidak cukup puas lagi berada di sini, tapi tetaplah kita bersyukur. InsyaAllah kalau panjang umur dan tiada halangan, kita usahakan pulang lagi bila-bila ok!

Oh! aktiviti terakhir ialah memetik pucuk gajus yang montel2 seperti dalam gambar bawah ni. Buat ulam buka puasa di rumah dicicah bersama sambal belacan.


Kepada Allah kita pohon agar DIA selalu memelihara dan menjaga Atok dan Nenek di sana. Jumpa di Gombak nanti!

Aamiin.



Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP