Sambungan dari bahagian 2
I believe that life is given to us to challenge, to grow within, to step
out of comfort zone and achieve the bravest dreams. To make your dream
come true – make it as goal and act. Make a plan, clear steps for each
day. And you will see how your life takes a new level, each day will
count, you will take the best out of it and experience lasting changes.
Menanti penuh debar
Alhamdulillah, dengan ilham yang dikurniakan Allah, mama berjaya menyiapkan draft isi kandungan buku serta pelan strategi pemasaran dalam jangka waktu yang ditetapkan iaitu selama 3 hari. Subhanallah! Sungguh banyak yang Allah bantu mama. Ilham itu meluncur laju macam air yang mengalir deras. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. maka, siaplah draft mama yang pertama.
Setelah siap, mama minta abah semak kan dahulu untuk mama, kemudian mama email kan draft itu kepada editor mama. Rasanya mama sudah buat sekadar yang termampu, sekarang masanya untuk kita berdoa dan bertawakkal.
Apa yang mama belajar :
Ya, mama belajar untuk tidak bertangguh! Sungguh magis! kerana mama kenal diri mama yang dahulu - nantilah.. nantilah... nati aku buat. kejap lagi lah. lambat lagi nak hantar.
Tapi kali ini Allah menggerakkan hati mama untuk melakukannya terus. alhamdulillah.
Mama bukan lah sentiasa mempunyai pendapat yang sama dengan Abah setiap masa. Macam orang lain kami mepunyai buah fikiran yang berbeza-beza. Tiada buah fikiran atau idea yang salah. Semua idea itu betul dan berharga. Itu lah yang membuat manusia itu berbeza antara satu sama lain, mungkin dari segi pandangannya, ilmunya dan percakapannya. Seperti mana dahulu masa awal-awal mama dalam bidang fotografi, abah merupakan pengkritik terhebat mama, sehinggakan mama pernah menangis mendengar kritikannya yang terang lagi jujur, begitulah juga yang kali ini. Abah melahirkan pendapatnya. Ada yang sama dengan mama, ada yang tidak. Ada antara idea daripada abah yang mama gunakan. Mama tahu abah bertindak begitu supaya hati mama ini jadi kuat, sebab kita tak tahu lagi apa yang akan mama lalui di masa hadapan. Walaupun hati selalu minta dan berdoa yang baik-baik sekali sekala kita perlu bersedia untuk apa sahaja kemungkinan. Nampaknya, awal-awal lagi abah sudah mengajar mama tentang itu :-)
Menerima reaksi positif
Tidak lama, malam selepas siangnya mama hantar draft tersebut, mama menerima balasan email daripada editor mama. Mama cukup bersyukur dengan respon yang diberikannya, walaupun mama rasa mama ini tidaklah layak untuk diberi pujian sedemikian rupa lebih-lebih lagi mama sangat baru dan sangat banyak tidak tahu. Ini adalah percubaan pertama. Tetapi waktu editor mama cakap..
"I have a very great expectation about this book."
dan beberapa lagi ayat-ayat yang lahir dari mulutnya yang membuat mama rasa..
syukur lah barangkali ini tanda mama sudah memulakan satu perkara dengan betul. Terima kasih Tuhan.
Editor mama mengatakan yang dia 100% bersetuju dengan semua draft yang telah mama tulis, dan tiada apa lagi yang dia perlu baiki tentang draft tersebut. Katanya draft itu boleh dikatakan cukup terperinci - yang mana sebenarnya dia tidak sangka mama akan memberi perincian sedemikian rupa sebab dia ingat mama akan memberi draft ringkas sahaja. Katanya, dalam minggu itu pihak MPH akan menghantar draft kontrak melalui email untuk mama baca terlebih lalu sebelum mama menanda tangan.
Alhamdulillah. Macam yang mama cakap tadi, tiada lain melainkan Allah jualah yang menolong. (dan sudah tentu sahaja dibantu oleh pengkritik hebat mama yakni abah!)
Apa yang mama belajar :
Untuk sentiasa berdoa dan menyerahkan segalanya kepada Allah dengan bersungguh hati tiada was-was. Untuk dengan lapang hati menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan minda yang positif dan terbuka. Mama tahu, mungkin bukan kepada mama sahaja editor mama melahirkan kata puji pujiannya, malah mungkin kepada lebih ramai orang lagi terutama kepada mereka yang baru bermula seperti mama. Tetapi ketahuilah irfan tentang pengajaran yang mama peroleh melaluinya iaitu sentiasalah mengucapkan kata-kata yang baik kepada setiap manusia yang kita jumpa. Tidak kira kita kenal atau tidak dengannya. Sebab ucapan yang lahir dari mulut dan hati kita barangkali sahaja mampu untuk mengubah kehidupan seseorang tanpa kita sedari.
Oleh itu sayang, bercakap lah yang baik-baik. Dan jika Irfan takde apa-apa yang baik atau yang bermanfaat untuk dikatakan, diam sahaja. Itu lebih bagus.
Only speak good words!
Akan bersambung di bahagian 4...
Read more...