Thursday, May 1, 2014

Mencuba

Setiap satu pencapaian, baik yang kecil mahupun yang besar, semuanya bermula dengan satu keputusan yang sama : SAYA AKAN MENCUBA.

Mama terbaca ungkapan itu hari ini dan ia sertamerta terus lekat di hati.

Hidup ini adalah satu peluang. Mana mungkin kita tahu apa keupayaan kita.. apa yang sebenarnya yang masih tersembunyi dalam diri kita selagi kita tidak berusaha mencungkilnya.

Cuba. Itu sahaja rahsianya. Cuba lah. Kalau tidak mencuba, kita tidak akan tahu.

Maka sekali lagi, untuk kesekian kali, mama ingin mencuba. :-)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.

0 comments:

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP