Buat sahaja
Memang bagus untuk kita berfikir, memang bagus untuk kita mencongak dan membuat perkiraan segala pro dan kontra sesuatu perkara. Tetapi tidak perlu terlalu lama kita statik di situ.
Pening memikirkan sampai tidur malam terganggu-ganggu sampai di siangnya kita tetap begitu. Untuk apa?
Buat sahaja. Asal ia tidak bertentangan dengan agama. Buat sahaja. kita ada akal bukan? Rancanglah. Kita ada kudrat bukan? Maka usahalah. Kita ada Allah bukan? Maka mintalah dengan berdoa. Selebihnya kita yakin apa yang berlaku adalah kehendak Allah terbaik untuk kita. Jangan kita kata kita sudah silap percaturan. Redha lah dengan apa yang telah ditentukan. Berbaik sangkalah terutama kepada Tuhanmu.
Maka, apa sahaja yang baik untuk dirimu, buat sahaja. Berfikirlah, tetapi usah lama-lama.
0 comments:
Post a Comment