Monday, November 16, 2009

H A P P I N E S S

To mama, HAPPINESS means always being together.. in reality or in our heart.. always be there for each other.. always be thankful with what we have.. always cheerish the moments we spend together in happy or hard times.. look at each other with LOVE in our eyes and heart.. laugh together.. cry together..stay together.. hugs and kisses each other.. everyday.

No matter how our life is.. what our future will lead us.. what we had going tru all this while, whatever we do, wherever we live, whatever we have, wherever we are, most importantly we have our LOVE as a guidance tru thick or thin, we have our LOVE ones in each other's arms tru rough or soft.. we have our LOVELY memories to remember tru sweet and sour.. that is more than enough to make us HAPPY.

ok... thats only the mukaddimah.. hehhe.. sabtu lepas 14th Nov was Abah's birthday.. we had another sweet memories to remember.. hari ni mama nak buat karangan bergambar sket on what we did on babah's sweet 34 bday.. ekkeke..

Tengahari tu kiter ke Sunway Pyramid.. saja jalan2 di hari besday abah dan jalan2 carik hadiah (utk besday girl.. malamnya kiter pegi bday party.. untuk abah.. belum beli pwesent lagi.. babah kata.. nak beg golf baru.. kekekek.. alamak.. mana mama nak korek uwang besar uwang besar nihhh.. heee).

So.. kiter pun lunch dekat sini...




ada sorang budak sudah pandai order.. dia mintak nak minum fresh orange ngan nak makan pizza... hmm..



masa tunggu food sampai.. budak tu bantai makan roti ni dulu.. sedap betul katanya..


sambil tunggu food sampai.. sambil mata menjeling2..


masam oren juice ni katanya..


hoyeh! makanan sudah sampai.. a verryyyy big portion for everyone.. takpe makan banyak2 hari ni mama banjer.. ekekke..

ni spaghetti meatballs babah.. takut tgk meatballs dia.. very big but very the yummy!



Ini Irfan punya free pizza.. 2 main course for adult.. a kid get 1 free food. So yummy gak pizza dia thin and crispy..


And this is mama's sinful lasagne.. very rich and creamy.. the cheese melts in your mouth.. hmm.. the penimbang so takut kalau mama naik atas dia... ekekke.. and the mama so takut nak tengok angka kat alat penimbang..


A lovey dovey son and dad sedang menghayati saat2 indah bersama.. hehhehe.. abah, walaupun in his ala2 gaya macho.. i knew he has a very soft heart inside.. he was very touched when u kiss him and say Happy Birthday, Abah... I love U to him. You make him feels like want to cry.. but he has to hide it.. (i knew hubby.. i knew.. heee..)


another beautiful moment you spend with your no. 1 man in your heart.. yes.. in mama's heart too.. :-)


you're a very anak Abah's type.. but when you want to sleep.. u become anak mama type pulak.. hehhe.. nak cium2 tiak mama sebelum tido for u is a must! tapi..your abah has been your idola.. u want to do everything like your abah. makan macam abah.. duduk macam abah.. dress up macam abah..


see.. i've told u.. if u are with mama and abah.. u will choose abah to feed u.. but u never forget mama.. esp when u've finished eating u'll come to mama and ask mama to wipe your mouth, to wash your hands, and when your tummy is full with drink and foods.. u'll always ask mama to bring u to the toilet.. but normally abah will volunteerly do that for u bcoz u always want to go to the man toilet.. mama mana leh masukk... hehehhe.

tattaraaaa! here comes the surprise.. mama arranged with the waiter bout this..while abah went downstair for his 'theraphy'. I asked him to bring the cake with candle when we finish eating. So lepas makan..mama pun 'eyes signal' to the boy.. and after bout minutes waiting camtu... dia pun sampai.. ehhehe... abah muka surprise but control2..


oleh kerana all waiter quite bz at that time.. so no 'performance' from them.. biasanya they will nyanyi happy birthday to the bday person.. but the boy only came sorang2.. so we decided mama and irfan sendiri yang akan nyanyi untuk babah..

maka bergemalah satu restoran dengan suara kiter hari tu.. menyanyikan lagu hepi besday untuk abah.. Irfan was a very sporting boy. Irfan nyanyi kuat2 sampai semua orang pandang kiter hari tu.. Ini muka babah excited dengar Irfan nyanyi penuh perasaan hari tu.



Abah dah besar.. kena tiup lilin juga.. disamping tu 'orang kanan' yang berada di sisi kirinya tu macam tak sabar2 nak tolong abah hembuskan lilin.. maklumlah kan.. selalu sangat gi besday party.. heheh


this is a lovely view of u both.. sungguh menyentuh hati mama.. hehhe..


they dont have cake.. so they gave us 1 bread pudding for free.. tak kisah lah.. yang penting maksud tu sampai :-)

Irfan pulak tolong suap the birthday boy... eh.. man.


ini baru nampak muka mama.. tadi mama dok buzy snap sana sini.. nak buat cane.. kalau dah namanya photographer.. maka photographer lah jugak kan.. heheh

mama cayang Irfan.. Thanks for being a good son to both of us ya! semoga baik sampai besar k!


so cheeky u Irfan.. buat that 'v' sign sampai tertutup muka mama.. mama dah adjust senyum paling sweet dah untuk besday boy kiter tu.. hehhehe

adoiyaii.. hampirlah mama nak tertumbang masa ni.. u naik meloncat terus big hug mama.. but i so looove this pic. tenkiu abah!


Sebelum balik.. Irfan sempat kaler2 transformers ni lagi.. colouring book tu kiter beli kat jusco sekali ngan transformer colors set.. kalau dah fanatic tu.. sampai kat umah pun asyik nak tgk dvd transformer je kejanya.. kejap nak jadik bumblebee.. but when your bestfren haziq isyraf cop bumblebee.. u cop nak jadik optimus prime pulak.. pastu ckp.. jadik ganas macam megatron pun boleh.. hai.. macam2.. tapi mama u bagi jadik the cute hwe and dwe... oooo pandai!! yang tak power bagi mama!


Last but not least, the 3 of us!

Untuk Abah, Happy Birthday lagi sekali.. Semoga Abah dikurniakan tubuh badan yang sihat.. di berkati rezeki Abah.. dan semoga kasih sayang Abah untuk kami ni makin bertambah hari ke hari k.. :-) Semoga kita sekeluarga dilindungi Allah selalu :-)
We love u always.. u know that ;-)

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Musim sejuk di Malaysia

Bunyinya macam turun salji je kat Malaysia bumi bertuah ni.. hehhehe.. jangan salah paham.. musim sejuk di sini bermakna.. musim hujan yang berpanjangan seterusnya membawa kepada keadaan sejuk.. yang kalau tak kuat iman.. asyik nak tido ajer kerjanya kerana suasana nyaman yang dibawa oleh hujan tadi.... dan kalau mengikut perasaan asyik nak makan pula kerjanya.. sebab mengalami kelaparan akibat kesejukan.. huhuhu tu belum kiter stay over the sea lagi tu.. yang betul2 ada salji turun.. kalau tak.. mau 'montok' kiter berdua anak beranak.. Abah jugak yang kurus.. sebab Abah kata Abah makan 10 pinggan pun Abah tetap kurus sebab metabolisme abah tinggi.. ye lah tu.. cik abang oiiii.. meh amik lemak2 mama ni sikit baru seimbang kiter sama2 montok.. hahaha!

Mama tergelak betul masa tadi pakaikan Irfan hat dengan scarf ni.. Irfan cakap :
"Mama ada snow ke kat luar mama? Kan ni pakai masa ada snow je ni.."
hahahha.. kalau boleh memang nak guling2 mama gelak.. tapi demi menjaga hati Irfan yang tak tau sangat apa makna snow tu maka mama pun jawablah...
"taklah, mana ada snow Irfan.. tapi kat luar sejuk.. jomlah Irfan pakai macam ni.. mama amik gambar Irfan "
Irfan jawab..
"Ok.. tapi geli2 lah leher Irfan, mama"
mama dengan konpidennya pun menjawab..
" Takpe Irfan.. Irfan kena biasakan diri.. nanti sok kita pergi negara yang ada snow.. Irfan dah biasa pakai mende ni"

hahhahaha.. begitulah perbualan kiter anak beranak.. yang kadangkala tak masuk akal pun ada.. nak buek camno.. mama pun takde kawan kat umah yang nak di ajak berborak.. kalau ada pun kawan "virtual" je di alam maya.. Irfan je orang paling dekat yang betul2 ada depan mata.. mama layan Irfan.. Irfan layan mama.. Irfan pening... mama pun pening.. mama buat lawak.. Irfan pun gelak.. Irfan buat kelakar.. mama pun gelak juga walaupun kadang2 tak paham pun apa yang kelakar sangat tu.. hahha!

Kalau kat opis dulu tu.. leh lah jalan2 kat cubicle kawan2 nak borak2.. tapi sekarang ni cubicle apanya.. kubisss banyaklah dalam peti ais.. ekekkeke.




Ok.. dipendekkan citer, inilah keja kiter petang tadi.. Seperti biasa hujan petang tadi tapi kul 5 dah reda.. mama pun dah mati akal untuk aktiviti petang kiter hari ni.. nak bawak playground cuaca lepas ujan byk sangat nyamuk.. nak melukis.. boring pulak hari2 art activity je Irfan ni.. maka mama ajaklah Irfan berposing barang se pose dua kat depan rumah.. Lagipun dah lama tak amik gambar yang proper sket ngan Irfan. sonok sungguhlah layan Irfan berborak sambil amik gambar.. semua ni aksi spontan kamu petang tadi.. pastu tiba2 ada kakak anak jiran kiter depan rumah lalu.. kamu tiba2 jadik malu pulak.. lepas tu terus masuk umah amik beskal.. then kayuh2 depan umah.. masa tu pun abah dah balik.. dari jauh dalam keta.. abah dok snyum2 je tengok apa mende kiter berdua buat tengah2 jalan depan umah tu.. dengan anaknya memakai pakaian yang sungguh menarik perhatian kalernya ini.. mengalahkan style babah masa gi Korea musim sejuk dahulu... hahhaha!

ok Irfan besar sok tengoklah.. camni lah muka Irfan semasa berumur 4 tahun 2 bulan dan 10 hari..

Takpe Irfan.. kiter tak perlu tunggu dapat pegi ke negara ber snow baru merasa nak pakai camni.. hehhehe.. kiter manfaatkan segala yang ada di depan mata sekarang.. Selagi ada ke kreatifan, kita gunakan.. Begini pun kiter boleh berhepi hepian.. selagi hayat dikandung badan.. jadi jangan disia siakan..

Esok lusa insyaAllah mana lah tau kan.. ada rezeki kedebuk di depan mata atau kot2 ada org yang kat eropah sana yang mintak mama shoot mereka dalam salji kat sana maka dapatlah kiter merasa bermain salji ye.. (abah tak aci.. sebab abah dah pernah jumpa snow.. maka nanti kiter gi berdua je nak irfan nak? abah tinggal! hahhaha.. sanggup ke nak tinggal abah.. kang irfan makan tak lalu.. mandi pun malas kang LOL!) Tak pun mama abah bawak ajer Irfan pegi snow world dekat Genting Kota Keriangan!










Ok.. this would be mama's favourite picture of the day.
Oklah Irfan.. sebagai kenang kenangan... ni mama letak gambar seseorang yang sedang menahan kesejukan.. tapi tetap memberi senyuman teristimewa untuk tatapan kiter masa dirinya nunnn jauh di Korea sana.. kesejukan di musim bersalji.. masa ni Abah kat sana kiter kat Mesia.. sebulan kiter ditinggalkan.. memang kiter dua beranak almost pengsan!
(ok Irfan.. yang putih2 tu lah namanya snow ok! hehehhe) Tapi.. betul tak mama kata tadi.. gaya Irfan mengalahkan babah tau... kurangnya cuma Irfan tak pakai baju sejuk tebal tu je.. kalau tak.. dengan baju tebal... mama mintak tolong sapa2 tabur polistrin putih hancur kat atas kepala Irfan.. pastu mama snap gambar.. kompem org ingat Irfan sedang bercanda ber-saljian.. hehehhe


Read more...

Tentang kawan

Alamak... ni gambar2 lama 2 bulan yang lepas daaa.... baru mama nak upload kat sini.. actually mama dah upload dah kat FB hari tu.. ni masa Irfan sambut birthday kat school.. bersama2 dengan kawan2 yang lahir pada bulan September. Majlis ni sama dengan majlis Hari Raya school Irfan.. itu sebab semua orang berpakaian baju raya.. hehehe..

Ini semua kawan2 Irfan dekat school.. Bila Irfan besar, Irfan tengok balik betapa bertuah.. Irfan kecik2 macam ni sudah diberi pendedahan untuk mengenal orang luar yang bukan dari keluarga kite.. tetapi dekat jugak dengan hati Irfan iaitu kawan2 Irfan.. Mama tau Irfan sayang kawan2 Irfan.. sebab Irfan selalu sangat cerita pasal derang kat rumah.. sangat ramai nama2 yang Irfan sebut sampai mama takleh nak ingat semua. Ada Adam Haziq, Danish, Amir, Abg Afif, Sarah, Shafikah, dan macam2 lagi.

Tapi BEST FRIEND Irfan ialah Haziq Isyraf. Sayangnya masa majlis ni dia bercuti sebulan sebab mamanya dalam pantang so dia ikut mamanya pulang ke kampung.. Maka takdelah gambar Haziq Isyraf dalam ni. Teacher cakap Irfan suka kawan dengan Haziq Isyraf sebab maybe kalian punya karaktor yang sama.. Cikgu kata.. dalam kelas hari2 kalian duduk bersebelahan, apa2 pun mesti ingat satu sama lain.. kalau Irfan bawak bekal makanan dari rumah.. Irfan mesti share dgn Haziq Isyraf dan kalau dia bawak pulak dia mesti share dengan Irfan. Bila time nap pulak.. kalian tidur bersebelahan dekat dengan sliding door.. "port" orang lain tak boleh ambil.. sebab situ best angin kuat dari luar.. so kalian berdua dapat tido dengan aman.. hehehe.. bila menulis.. mewarna.. kalian sehati sejiwa mewarnakan apa yang di dalam kertas dengan warna yang sama. Kemudian.. kalau hari boleh bawak toys, kalian akan erkongsi sama2 bermain.






ini Irfan mengagih agihkan kek kepada kawan2. Mama suka masa ni. Nampak dah besar anak mama.. heheh

Ini Irfan dengan teacher class Irfan. teacher Nurul dengan teacher Aqila.

Ini teacher Ita. Pengetua sekolah.. fav teacher Irfan walaupun teacher Ita tak mengajar kelas Irfan.

Di sinilah tempat Irfan separuh hari dari pagi sampai tengahari.. Irfan bersama2 kawan2 belajar.

Mama suka Irfan pandai bergaul, bersosial dengan kawan2 Irfan. Mama mahu Irfan saling bantu membantu dengan kawan2 Irfan.. tak moh gaduh2.. biasalah umur baya2 Irfan sekarang ni orang kata.. memang tengah pandai nak pilih kawan.. kalau tak kena gaya asyik nak gaduh.. tapi mama kalau boleh taknak lah irfan gaduh2 berebut barang.. biarlah Irfan menjadi seorang yang beralah dan pandai berkongsi.. maklum saja.. buat masa ni Irfan takde adik beradik lain.. jadi mama mengharapkan di sekolah saja Irfan dapat belajar bagaimana nak bersosial dengan ramai orang esp yang sebaya dengan Irfan.


Dalam hidup Irfan nanti, lepas tadika Irfan akan menempuh alam2 lain seperti sekolah rendah, kemudian Irfan akan masuk pula sekolah menengah, kemudian insyaAllah ke University, seterusnya alam pekerjaan.. dalam masa tu Irfan akan berjumpa dengan ramai orang yang insyaAllah akan menjadi kawan2 Irfan nanti..


Nasihat mama.. jadilah kawan yang betul2 "sahabat" yang sentiasa ada untuk kawan Irfan, yang menjadi pendengar setia kepada kawan2 Irfan, yang membantu kawan2 dalam susah dan senang, yang menyayangi kawan2 Irfan seadanya.. Selain keluarga, suatu hari nanti Irfan akan tahu tentang betapa pentingnya sahabat dalam hidup Irfan. Jangan jadi kawan yang makan kawan.. kawan di depan lain di belakang lain..
Mudah mudahan Allah kurniakan anak mama hati yang baik dan ikhlas dalam berkawan InsyaAllah.. Tetapi Irfan, berhati hatilah memilih kawan nanti.. sebab dengan siapa kita berkawan nanti.. itulah yang akan menjadi cermin kepada diri kita..


Mama doakan juga.. Irfan juga akan disenangi oleh semua orang.. esp kawan2 Irfan. Amin.

ok.. ni ada satu lagi video Irfan untuk menutup entry kali ni.. hehehe.. Irfan baca Doa Iftitah.. Alhamdulillah at age 4 Irfan dah hampir lancar semua bacaan dalam solat. Terima kasih buat guru2 yang mengajar di sekolah dan syabas juga buat Irfan yang selalu prektis di rumah sambil diperbetulkan bacaan Irfan oleh mama dan juga abah :-) Tak de apa yang mama ingin katakan selain Syukur ke hadrat Allah.. Moga anak mama dilindungi Allah selalu.


Read more...

Thursday, November 5, 2009

Colours of my life

Kesian blog ni. Sunyi sepi tak berupdate.

Sorry Irfan, mama bukan sengaja tak moh update.. tapi tanggungjawab semakin bertambah sekarang.. walaupun bekerja sendiri.. tapi takleh buat main2.. :-)

Banyak sangat rasany citer tentang dia and gambar2 pun dah penuh hard disk.. tak sempat mama nak letak kat sini.. nak sangat letak.. nanti mama curi2 masa yer..

Ok ni latest pics of you yang begitu ceria kita bermain di atas lantai.. plan nak snap kat luar rumah terpaksa ditunda sebab ujan.. tp ok jugak guling2 dalam umah pastu makan cekodok ngan teh o panas dalam ujan2 camtu.. Nikmat!

Ok.. til next time!

oh btw, ni mama nak letak note sket untuk kita sama2 ingat bila masa depan nanti kiter baca balik..

For school progress Irfan, now Irfan tengah ada assessment test kat sekolah.. actually not compulsory for K1 (4 years) students. Tapi of course la mama nak Irfan seat jugak so that mama akan tau how your progress at school.. Semalam BM. the day before was Math and today Bahasa Jawi.

Mama dah dapat result utk Math test Irfan.. and mama was very proud of you boy.. I know every parents will feel the same way too if their situation is just like ours. Hari test Math tu.. masa mama fetch u at school.. mama asked the teacher how the test goes.. Teacher cakap.. Alhamdulillah u really doing great.. teacher dah mark and suprisingly, you got full mark! yes! 100%! mama say syukur alhamdulillah.. maybe berkat Abah and Mama dok main kira2 ngan Irfan kat rumah and Irfan apply kat school. And yangbuat mama lagi terharu when mama tanya teacher "ramai ye yang dapat 100%?" sebab the way teacher bagitau mama tu like it just a simple test and I expect mesti ramai gak yang dapat full mark..

And jawapan teacher Irfan buat mama terdiam kejap.. Teacher said.. Only Irfan got 100%. Kelas Irfan dalam belasan orang jugak.. Mama agak terkejut walaupun mama tau Irfan memang jenis suka belajar.. (walaupun agak suka ponteng sekolah tapi suka belajar kat rumah.. heheh) tapi hari tu terkedu kejap.. hehehe..

yess.. I want to tell you here.. that I'm very2 proud of you Irfan. You must know that.. Mama akan support anything yang Irfan buat k!

Honestly, Mama and Abah sent Irfan to school this year bukan untuk akademik semata2. Sebab as mama mentioned before.. mama nak build your personality dulu semoga Irfan jadi orang yang berguna dan disenangi oleh semua orang.. mama nak Irfan belajar basic2 kehidupan.. belajar bergaul.. berkongsi.. menolong kawan2.. dan mudah mudahan Irfan berakhlak mulia.. Mama tak target by age 4 you must know how to read, mengira mengeja semua.. Tapi Alhamdulillah sedikit sebanyak.. ianya juga membantu dalam akedemik Irfan.

Tahniah mama ucapkan k.. walaupun kecik je test tu.. tapi mama rasa it is a very best way to start.

So hari tu mama pun bagilah Irfan treat sket.. beli gula2 yang Irfan nak.. makan ais krim.. and bawak Irfan main2 playground.. bila abah balik pulak.. abah belikan Irfan lori berisi gula2.. hehehe... Semoga tu dapat jadi semangat untuk Irfan supaya jangan selalu ponteng sekolah k! hehhee...









oh... mama nak try upload something for u to remember when u are big..

ni video Irfan baca ayat Kursi.. semoga ianya akan menjadi pendinding diri Irfan sampai Irfan besar k!


Read more...

Thursday, October 8, 2009

Lets start our day with a smile :-))

Hope these will bring one to you :-))
nyehnyehnyeh...

yer yer... a smile the whole day.. can makes all doctors awayyyy.. hehehhe..

Ni gambar Irfan tengah main bunga api di siang hari... untukk mendapat feel malam.. you said u want to wear the sunglass.. so nanti nampak gelap sket.. maka baru ada effect malam dalam itu kejadian... dasyat anak mama punya imaginasi... kiter main bunga api ni masa last day kiter dekat Kuching.. malam tu kiter dah nak terbang balik ke KL dah.. jadi oleh kerana bunga api berkotak2 tu masih ada lagi.. dan nak bagi u puas main the bunga api.. maka abah pun ckp "Irfan!! jom kiter habiskan bunga api niiii!!" u pun suka sampai taknak dah masuk umah.. best kenangan kiter tu.. sampai mama terus rasa moody bila dah nak kena balik malamnya.. hari tu mama jadik tak berapa nak ckp dengan org.. sebab sedih punya pasal.. pikir2.. lagi 2 tahun lagi mungkin dapat jejak balik Kuching ni.. tapi mama dah bgtau abah masa kat airport hari tu... mama tak kira.. next year before raya kita mesti balik bercuti kat kampung ni lagi.. sebab tahun depan turn mama punya kampung pulak... even kiter ada gak jumpa sedara mara Kuching sebab derang selalu turun KL.. manalah sama feel dia dengan kita jumpa derang dekat Kuching.. betul tak abah? betul tak? betul tak???




ps: mami Aqish.. sila jangan marahhhhh

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Bila mama menempuh hari yang beremosi..

...mama lihat permandangan indah antara Irfan dengan babah ni.. surut rasa sedih hati.. tenang fikiran berkecamuk.. terus yakin pada diri.. rasa hebat bila kasih sayang dapat meredakan semua yang bersarang di kepala.. You are my everything, my Heroes.. thanks for brighten up my day..




Gambar ni mama amik masa raya ketiga kiter dekat Kuching waktu Abah Tok ngan Mak Tok buat kenduri untuk cucu2 mereka.. lepas habis kenduri.. Irfan seronok berlari2 di luar rumah dengan sepupu2 semua sambil main baling2 bunga rampai yang mama ngan Mommy Ayu buat.. tengok tu.. kepala babah pun habis dia letak bunga rampai tu.. mama amik candid nih.. sampai tak sempat nak tukar setting camera thus gambar jadik overexpose sket.. hehhe.. takpe mama dah edit saturation dia..

It was really a perfect moment for us.. especially mama.. to see your strong bonding together.. mudah mudahan hingga ke besar rapat begini :-) Amin.

Read more...

Monday, October 5, 2009

Merindu yang di depan mata..

Dok godek2 pc ni tadi.. terjumpa few pics irfan yang lama2 yang mama lum publish lagi kat sini...

Bila bangun mulutnya bising.. bila tido sunyi pulak rumah.. now irfan tengah tido.. bila mama tengok muka irfan tido.. rindu pulak masa dia dulu2...



gambar 2 kat atas ni memang mama tak ingat betul masa bila amiknya.. dan kenapa irfan ber pose sedemikian rupa pun tak diketahui puncanya.. hehheheh... tapi rasa lama dah sebab rambut dia masih pendek baru kena potong.. tu selimut irfan masa baby lagi tu... u always love to be covered by the blanket when u were a baby.... blanket tu selalu bau busuk peluh irfan..






ni gambar tahun ni.. masa tu kiter penat berbeskal depan umah.. pastu masuk umah baring2 atas lantai.. mama lak tak habis2 nak amik gambar irfan... sibuk nak dapat close up picture of u.. habis nampak gigi irfan yang dah terserpih sket tu.. taik idung pun ada nampak sket2 tu.. ekekkek.. one of the pic masa ni ialah yang mama letak kat header blog nih






ini wajah2 irfan yang mama rindu sangat2... i love to see u in long hair... mama jaga betul2 dulu.. kalau dah rimas sgt.. mama bagi babah cut yang depan je so tak gatal2 masuk mata.. and babah trim sket2 je kat tepi.. rambut bawah mama ckp jangan usik.. irfan punya rambut halus perang... nipis sgt.. kalau berpeluh sket.. habis kurang ensem dah anak mama bila rambut nipis dia tu basah dek peluh memang takleh nak cover.. tapi lepas nenek bising byk kali suh cut irfan punya hair.. nenek kata cam pompuan lah.. then nenek kata budak2 dekat umah nenek semua ingat irfan girl.. so mama dengan berat hati membenarkan rambut irfan di potong.. betul2 short! walaupun lepas tu mama mencebik sedih tgk anak mama dah muka cheeky lak bila rambut dia short tuh.. huhuhu.. takde manis2 lagi seperti kalau irfan berambut panjang kali ni mama tak kira.. mama nak simpan balik rambut tu bagi panjang... irfan ada 3 tahun lagi sebelum masuk sekolah rendah.. dan masa tu.. bolehlah berambut short sepuas puasnya yer.. :p


ni yang buat mama rindu kat rambut Irfan dulu.. bila ditiup angin elok je beralun rambut Irfan.. nampak lembut je itu rambut.. kalah rambut mama.. bila kena cahaya matahari.. lagi nampak cam perang.. tapi now bila dah cut short.. langsung dah tak perang rambutmu itu.. uhuhuhu... takpe now.. mama tengah berusaha nak kasik panjang balik.. hehehhe.. nenek.. ampun.. harap2 nenek tak marah yer...

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP