Wednesday, November 23, 2011

School Holiday Fun a Diary : Bermanis-manis di pagi hari.


23rd Nov 2011.

Breakfast pagi ini.

Banana Choc pancake versi mama.

Good sleep + full tummy = Happy Kid

To see these faces of yours every morning = priceless feeling.
The reason for me to be 'manis' all day today.
But please behave.. mama got soooo many things to settle today.
Jangan bagi yang manis-manis tu bertukar masam pulak ye di petang hari..

hehheee.. enjoy your day today, Irfan!

Love you to the moon and back,

Mama.



Ok Irfan ni in case kalau bila-bila masa nanti Irfan nak try buat sendiri pan cake / lempeng pisang coklat ni, ni mama bagi resepi ok. Dan ini jugak untuk Auntie Najwa yang minta kat mama tadi. Resepi ni mama olah-olah sendiri ikut selera mama :-).

Cara-cara membuat Banana Choc Pan Cake Mama's version :

Sapukan brown sugar dekat pisang yang dah dibelah dua. Mama pakai pisang berangan. Lepas tu letak sedikit margerin dalam kuali dan goreng pisang tadi sampai kaler perang both side. angkat pisang tu dan ketepikan dalam pinggan.

Dalam satu mangkuk lain, bancuh tepung gandum, air, sedikit fresh milk, telur sebiji, setengah sudu teh minyak masak, dan secubit garam. Gaul rata. Ikut suka nak pekat mana. Lepas tu ambil sesenduk bancuhan, masak dalam kuali macam kita masa lempeng tu. Dah masak, angkat dan letak pisang-pisang tadi (ikut suka nak letak banyak mana).

Cairkan coklat masakan dalam periuk. Tuang sedikit coklat cair tu sedikit demi sedikit atas pisang / lempeng tadi.

Panggang kepingan almond dalam kuali tanpa minyak. Tabur almond tu atas pan cake yang dah diletak coklat tadi. Banyak mana, ikut selera. Selain dari almond, Boleh juga ganti dengan coklat rice, atau kismis. Hias dan makan!

Selain pan cake, pisang dan coklat itu pun boleh diletakkan dalam roti atau croissant, ikut selera masa tu nak makan apa. hehehe.. Boleh juga dihidang bersama one scoop of vanilla ice cream macam mama makan tadi.

Read more...

School Holiday Fun a Diary : That colorful thingy that makes you happy


School holiday fun a diary.

Sunday; 20th Nov 2011.

Nothing much you do today. Pagi sampai ke petang meneman mama ambil gambar di studio : TERIMA KASIH. Petang, awalnya kita nak pergi swimming dengan Abang, kakak dan Marissa tapi terpaksalah dibatalkan sebab hujan. Lebat pula tu. Kilat dentum berdentum. Oh kesian anak mama. Lain kali kita pergi, ok! Jadi lepas shoot tu mama bawak Irfan ke Warta, sebab tu je tempat paling dekat. Jalan-jalan dan cuci mata dalam tu. Singgah kedai buku. Dan Irfan dapat ni. Mama dapat buku :-). You love playing Lego so I know you'll love this too. Sangat tidak sabar untuk bermain kita balik rumah terus.

Ini waktu malam, selepas sudah makan dan mandi, terus bermain sampai tengah malam sambil skype dengan Abah yang jauh di Korea. Irfan cakap Irfan dah buat satu alat untuk training motor (as in the picture). Ok lah, as long as you are having fun and happy, I'm happy too :-)

Love you to the moon and back!

Mama.

Read more...

Saturday, November 19, 2011

Fun School Holiday a Diary : Batik Painting




19th Nov '11.

Hooray!

Sudah start cuti sekolah..
mesti suka sangat tu tak payah bangun pagi2 :p

Mama masih mencari-cari lagi apa program / aktiviti untuk Irfan buat cuti ni.
Tak maulah nanti stuck tengok tv dan main games ajer keja nya. So mama too needs to put effort on this too. Kalau takde tempat yang boleh mama hantar pun, maybe kita boleh buat some fun activities sama-sama kat rumah. hohoho.. nampak gaya sibuk camne pun mama kenalah carik masa untuk itu. Oleh kerana sekarang musim hujan.. so kenalah mama fikir apa aktiviti indoor yang boleh kita buat sama-sama.

So, ini aktiviti hari pertama cuti sekolah. Mama hantar Irfan ke Qreazant Book Store to enjoy your 2 and half hours there doing batik painting. Mama ada photoshoots di studio pagi tadi. So mama drop je Irfan kat situ. Hope you enjoyed your art fun time just now !


Notes to Abah :

We miss you so very much! Mama dah bagitau Irfan Abah akan beli toys tapi dengan syarat kena makan banyak! hahah.. so dia makan banyak tengahari tadi. tersenyum simpul nak dapat toys dari abah.

Read more...

Thursday, November 17, 2011

14.11.11 - Celebrate it our way..



Dear Irfan.

Mama harap Irfan ingatlah tarikh tu selalu ye.. setiap tahun.. sampai irfan besar. Tarikh special untuk abah.. walaupun Abah takde mintak apa-apa yang special hari tu tapi mama harap kita dah buat Abah happy dan rasa specialnya diri abah tu dalam hidup kita. Hari itu hari jadi Abah.

As usual.. setiap tarikh2 yang bermakna dalam hidup kita kita mesti ingat dan celebrate.. walaupun simple tapi yang penting bermakna untuk kita bertiga. Tahun ni abah dah 36 tahun, mama bawa belanja makan di Nandos, kita jalan-jalan di Alamanda, tengok wayang cerita Adventurous of Tin Tin, lepas tu Irfan nak pergi playground mama ajak pegi playground outdoor di Putrajaya... sedang bermain hujan pula.. lepas tu Abah usaha nak buat Irfan happy, Abah bawak pergi playground di Bangi pula.. dapatlah Irfan bermain2 sama ngan abah hari tu dan last sekali ber refleksologi dengan Abah (mama ada sedikit konfius tentang hari jadi siapakah sebenarnya di hari itu :p)

Terima kasih Abah sebab jaga kami selama ni. Jaga Irfan. Jaga mama jugak. Walaupun Irfan dan tidak ketinggalan juga mama kadang2 'notty' taknak ikut cakap Abah.. tapi Abah tetap sabar menatang kami bagai minyak yang penuh. Kami doakan kesejahteraan Abah selalu dalam menjalani kehidupan ini. Dilindungi dan dipelihara Allah selalu.. dan terus membimbing kami ke arah kebaikan.

Kami sayang sangat Abah sampai tak muat hati. :-))

Dan Irfan ingat ok, inilah orangnya yang selalu bantu mama jaga Irfan. sangat expert mengendalikan Irfan dari lahir hingga sekarang. Sampai mama rasa mama pun tak se expert itu. Dialah yang memandikan Irfan semasa Irfan baru lahir, dengan tangannya, dengan kudratnya, dengan keberaniannya, yang menolong menukar lampin Irfan ketika Irfan kecil, yang membuat susu Irfan sewaktu Irfan haus, orang pertama yang bangun bila terdengar Irfan menangis di tengah2 malam, yang menuam kepala irfan dengan air ketika Irfan demam, yang menyuapkan Irfan makan, yang memberi Irfan ubat ketika sakit, yang memotong rambut Irfan sehingga orang lain tidak boleh 'menyentuh' rambut Irfan, yang mendukung Irfan bila selalu Irfan tertidur dalam kereta bila dah sampai rumah.. walaupun penatnya Abah sudah tidak terkata waktu itu, yang sangat berlembut tetapi tegas dengan Irfan, yang sangat protective terhadap Irfan, yang memberi semangat dan galakan kepada Irfan, yang selalu memberi motivasi diri pada Irfan supaya Irfan berkeyakinan tinggi, yang memberi contoh yang baik untuk Irfan supaya Irfan jadi anak yang baik, yang memberi tunjuk ajar kepada Irfan dengan cara yang lembut dan nasihat, yang tidak pernah menengking, menjentik, memukul, mencubit Irfan walau sekali pun, tetapi dia tetap orang yang paling Irfan hormati. Hormati dan sayangilah Abah Irfan sampai bila-bila. Selalulah sedekahkan Al-Fatihah buat Abah ketika hayatnya masih ada. Al-Fatihah yang kita sedekahkan buat ibu bapa akan memberi rahmat dalam kehidupan mereka dan juga hidup kita akan lebih diberkati. Doakanlah yang baik-baik untuk Abah. Tidak kira sesudah solat, atau bila-bila masa setiap kali Irfan teringat akan Abah. Bahagiakanlah Abah selalu sebagaimana Abah telah bahagiakan Irfan tidak kira penat dan letihnya dirinya. Pada Abah, Irfan adalah segala-segalanya.


Love... love.. love..
Mama.


Read more...

Happy feet.

... and counting for holiday.
1 more day to go.
Yay!!!

Read more...

Thursday, November 10, 2011

When I was busy...

In our studio...

When I was busy with my photography work..
This is you, doing the things that you love the most.
Writing, drawing, coloring, sketching...



One day you said you want to become an architect, but just now you said you want to be a clown lol!

Read more...

Lovely view that I love to watch...


Gambar 1st, 2nd dan kaki terangkat tu mama ambil curi-curi.. masa mama naik atas nak tengok Irfan buat apa. Senyap aje.. mama ingat dia dah tido. Kan bagus kalau macam ni selalu daripada yang ini :-)

Hujung bulan ni ada BBW sale lagi.. nanti kita pergi beli buku banyak2 lagi ok!

Read more...

Friday, November 4, 2011

I will remember this forever.


A simple thing you both did that makes my heart grow bigger.
I love you both to bits!
Thank you for always being there for me.


Love always,
mama.

Read more...

Friday, October 28, 2011

Stesen bermain itu...

Jangan lama-lama.
Main sekali sekala takpe. Itupun sekali main boleh 30 minit je.
Tak boleh leka, ok!
Kalau mama kata stop, you have to stop.
No excuse.
Tak boleh kata, ok.. kejap lagi mama.
Mama halang ada sebabnya.
Mama lagi suka Irfan pegi main beskal kat luar ke.. baca buku ke.. lumba lari ke.. main bola ke.
Keluar peluh badan sihat.
Baca buku banyak ilmu.
Kalau main game banyak-banyak, nanti boleh pening effect jugak kat kelakuan kita.

Legalah mama, Irfan tidak lah hooked sangat dengan stesen bermain ni.
Ada takpe, takde pun tak mengapa.
Kalau bermain pun takde lah sampai tak ingat dunia.
Macam tu lah anak yang bagus.
Kan!!
Ikut cakap mama, ok!

Love you,

Mama.

Read more...

Thursday, October 20, 2011

Suatu refleksi



Percakapan adalah suatu refleksi.

Penulisan adalah suatu refleksi.

Riak muka adalah suatu refleksi.

Sahabat handai adalah suatu refleksi.

Mama dan Abah juga adalah suatu refleksi.

Semua refleksi tentang diri kamu.

Jagalah seluruh refleksi itu.


Love,
Mama

Read more...

Tuesday, October 18, 2011

Bersyukurlah

Di saat matahari memancarkan cahayanya...



Hingga kering kain baju di ampaian kita..




Di saat langit membiru, cantik kepulan-kepulan awan..




Di saat rama-rama kuning datang menyinggah, penuh asyik kita perhatikan..




Di saat jiran kita yang baik hati memberi kucing-kucing terbiar, makan..




Di saat pokok-pokok tumbuh kehijauan...




Dan... di saat bumi basah disirami hujan...



Bersyukurlah.

Bersyukurlah.

Bersyukurlah, Irfan.

Tiada apa yang susah.

Jika engkau bersyukur.


~ Mama.
our home; 17th Oct '11




** Irfan, Tahu apa maksud nama Irfan?
Irfan = Yang Bersyukur / Berterima kasih.
mama mencari dahulu apakah 'bersyukur' dalam bahasa Arab, lepas tu baru lah mama memberi nama 'Irfan.'
Harapan mama dan abah semoga irfan menjadi anak yang sentiasa bersyukur, insyaAllah.

Read more...

Monday, October 10, 2011

Open your eyes, heart and mind

Assalamualaikum Zaki Irfan.

Subhanallah mama suka sangat lagu ni.. sebenarnya Irfan pun suka.. kita selalu dengar dalam keta pasang CD Maher Zain.
So kat sini mama nak letak link lagu ni terus kat sini.
Supaya suatu hari nanti.. Irfan jumpa balik lagu ni kat blog Irfan dan Irfan boleh dengar dan hayati.
Mama harap Irfan dapat kebaikan darinya ye darling.. :-)

Forever we must thank Allah.







Open Your Eyes Lyrics

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah

Read more...

Thursday, October 6, 2011

Lapar sampai hendak makan tepung..


Irfan,

Kita tidak cakap kita suka makan tepung.
Tapi kita cakap apa yang terhasil dari tepung tersebut. Contohnya seperti cekodok yang mama masak tu.
Jadi penggunaan yang betul adalah
Saya suka makan cekodok.
hehheh tapi takpe, karangan ini mama anggap satu karangan yang penuh jujur.
teruskan usaha anda hingga ke menara gading!


mmuahh mmuahh!

Mama.

Read more...

Wednesday, September 28, 2011

Sedih

Mama sedih sangat la Irfan tak tau kenapa.. Jantung macam berdegup laju. takde apa sebab yang spesifik untuk mama sedih. Tapi mama sedih. Cepatlah Irfan balik sekolah. Tak lah mama sunyi sangat.

Read more...

Monday, May 23, 2011

A photo a day challenge : Day 1



Irfan,

Ni projek mama. Cuba untuk ambil gambar Irfan sekeping sehari. Tengok boleh tak kekal sampai seminggu, sebulan, atau setahun? semoga bila besar irfan suka tengok gambar2 irfan yang mama ambik k!

Love you!

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP