Tuesday, May 6, 2014
Monday, May 5, 2014
Jauhi racun itu
Ada satu perkara yang apabila kita lakukan bakal menjadi racun dan membunuh kita secara senyap. Sikit-sikit akan di makan maka sangat dirisaukan andai racun itu memakan kita satu persatu sehingga tiada satu pun yang tinggal - DIRI KITA.
Racun itu adalah apabila kita sering beza membezakan diri kita dengan orang lain. Sering membezakan nasib kita dengan nasib orang lain.
Anak mama,
Ingat ini. Manusia diciptakan Allah sungguh indah dengan pelbagai rupa bentuk, ragam, perangai dan kehidupan mereka juga telah ditakdirkan Allah tentang bagaimana jalan ceritanya. Mereka mempunyai keistimewaan, kita juga punya keistimewaan. Mereka punya kelemahan, kita juga punya kelemahan. Tiada satu pun yang sempurna. Terimalah apa yang telah ditetapkan dengan hati yang lapang dan berterima kasih kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu unik daripada orang lain di sekelilingmu. Orang lain juga unik dan tidak akan sama dengan mu.
Sayangi diri Irfan. Stay true to yourself, my son.
Janganlah beza membezakan. Buatlah segalanya dari hatimu. Kejayaan pasti menanti, dengan izin Allah.
Love,
Mama.
Saturday, May 3, 2014
Week 4 | April 2014 : Gedung ilmu
Week 3 | April 2014 : Sweetheart
Kamu tahu tak Irfan..
Melihat kamu membesar begini..
Dengan karakter mu yang terbentuk begini..
Dengan hatimu yang penuh dengan kasih sayang..
sikapmu yang sangat mengambil berat..
Di waktu-waktu yang selalu sibuk, hingga tidak kan terlunas segala urusan,
sebagai seorang ibu, mama rasa..
barangkali mama telah melakukan suatu perkara betul saat membesarkanmu.
Read more...
Friday, May 2, 2014
Week 3 | April 2014 : Bersabarlah.
Read more...
Thursday, May 1, 2014
Buat sahaja
Memang bagus untuk kita berfikir, memang bagus untuk kita mencongak dan membuat perkiraan segala pro dan kontra sesuatu perkara. Tetapi tidak perlu terlalu lama kita statik di situ.
Pening memikirkan sampai tidur malam terganggu-ganggu sampai di siangnya kita tetap begitu. Untuk apa?
Buat sahaja. Asal ia tidak bertentangan dengan agama. Buat sahaja. kita ada akal bukan? Rancanglah. Kita ada kudrat bukan? Maka usahalah. Kita ada Allah bukan? Maka mintalah dengan berdoa. Selebihnya kita yakin apa yang berlaku adalah kehendak Allah terbaik untuk kita. Jangan kita kata kita sudah silap percaturan. Redha lah dengan apa yang telah ditentukan. Berbaik sangkalah terutama kepada Tuhanmu.
Maka, apa sahaja yang baik untuk dirimu, buat sahaja. Berfikirlah, tetapi usah lama-lama.
Mencuba
Setiap satu pencapaian, baik yang kecil mahupun yang besar, semuanya bermula dengan satu keputusan yang sama : SAYA AKAN MENCUBA.
Mama terbaca ungkapan itu hari ini dan ia sertamerta terus lekat di hati.
Hidup ini adalah satu peluang. Mana mungkin kita tahu apa keupayaan kita.. apa yang sebenarnya yang masih tersembunyi dalam diri kita selagi kita tidak berusaha mencungkilnya.
Cuba. Itu sahaja rahsianya. Cuba lah. Kalau tidak mencuba, kita tidak akan tahu.
Maka sekali lagi, untuk kesekian kali, mama ingin mencuba. :-)
Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.
Monday, April 14, 2014
Week 2 | April 2014 : A day in the life. Saturday
A happy 'not so morning' bath
Breakfast.. err or brunch your way.
Paleontologist at work.
The boys thing!
It's RIO movie nite!
Saturday, April 12, 2014
Wednesday, April 9, 2014
Week 2 | April 2014 : Wednesday
Read more...