Melaluinya Mama belajar | Part 1
"It takes time to achieve something, to see the results. No matter what it is – failure or victory. You can’t have it right away. You have to take off the pride, the rush and look at the situation realistic and do your best in it. At the end, journey itself gives you fulfillment and meaning, and the result is just a gift for your experience."
Keesokan hari mama masih belum mendapat sepenuh keyakinan. Hati rasa tidak mampu. Mampu kah? Ada masa kah? Cukupkah ilmu? Semuanya itu berlegar dalam kepala. Mama tidak lupa kita ada Allah untuk bergantung harap dan mengadu tentang apa sahaja yang kita mahu. Lalu mama terus terusan berdoa.. seandainya memang Allah dah tetapkan ini adalah rezeki buat kita, mama pohon Allah menggerakkan hati mama untuk merasa ikhlas dan meneruskan apa yang mama lakukan, dan meminta Allah memudahkan jalan untuk mama. Sendainya tidak, mama mohon hati yang redha dengan apa sahaja ketentuan yang telah ditetapkan untuk mama. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit mama nampak jalannya. Allah memudahkan dan membuat lorong ini cantik untuk mama pada permulaannya.
Apa yang mama pelajari :
Peluang datang dalam pelbagai bentuk. Bagaimana kita memanfaatkan peluang dan bertindak terpulang kepada diri sendiri. Mama bersyukur mama tidak mengambil masa yang lama untuk berani mengambil langkah yang pertama. Sesungguhnya untuk ambil first step, mengambil keputusan untuk mencuba itulah yang memerlukan satu keberanian yang luar biasa. Mama bersyukur juga kerana mama pada awalnya berjaya bersaing dengan perasaan mama sendiri. Perasaan tidak mampu, takut, fikir yang bukan-bukan, tidak berani berimpian terlalu tinggi, telah berjaya mama letakkan ke belakang. Pada mama kejayaan bukanlah apabila mama berjaya menyiapkan buku ini, tetapi kejayaan adalah bagaimana mama mengharungi perjalanan ini dan menempuh satu persatu cabaran yang datang. Itu lah berjaya pada mama. Selepas ini mama akan lebih menghargai setiap satu kejayaan kecil yang terhasil, tidak kira lah samada berjaya mengatasi sikap-sikap mama yang negatif, atau pun hanya berjaya menyiapkan satu perenggan demi satu perenggan buku itu. Mama akan belajar lebih menghargai.
Mama sedar keyakinan mama tidak akan datang sendiri tanpa insan yang penting dalam hidup mama iaitu abah irfan. Setiap impian mama, setiap apa yang mama lakukan, daripada dulu sampai sekarang, abah lah orang pertama yang melahirkan rasa yakinnya terhadap diri mama. Sokongannya tidak pernah padam. Kalau tidak ada abah malam itu, mungkin sahaja mama masih mencongak-congak samada mahu terima tawaran itu atau pun tidak. Maka jadilah mama orang yang rugi. Tetapi alhamdulillah, Abah lah orang yang paling berhak untuk mendapat penghargaan di atas apa yang kita lalui selama ini. Mama tahu, kita tidak boleh meletakkan seluruh keputusan untuk diri kita di tangan orang lain, tetapi alangkah bersyukurnya mama apabila di sisi mama ada seorang insan yang mempercayai setiap kebolehan mama, yakin dengan diri mama walau di saat mama sendiri tercari-cari di mana keyakinan itu. Banyak yang abah ajar. Tidak cukup ruang untuk mama mengupas satu persatu. Mama belajar dari sikap abah dan mama berazam untuk mengikut kualiti yang ada dalam nya, walaupun tidak banyak, sedikit. Terima kasih abah. I love you!
Sejak awal tahun ini, mama asyik dok terfikir-fikir bagaimana agaknya mama dapat memanfaatkan orang lain melalui apa yang telah Allah kurniakan untuk mama. Pasti ada jalan. Setelah mendapat tawaran ini, mama sudah dapat jawapannya. Jalannya cukup indah. Rupa-rupanya bukan saja-saja Allah mengurniakan bakat ini kepada mama, bahkan adalah untuk mama berkongsinya dengan orang lain. Maka dengan ilmu mama yang tidak seberapa ini, dengan pengalaman mama setakat ini mama akan cuba mencurahkannya dalam buku itu nanti dan harapan mama hanyalah satu. Semoga apa yang mama kongsikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang membacanya In shaa Allah.
akan bersambung....