Friday, January 27, 2012

Gayut.


Di 'sebelah sana' ada Abah.
Bergayutlah hari-hari tak kira masa.
Topik utama masa kini adalah games.games.games.
Mama tak faham.
Tapi takpe.. mama suka :-)

Read more...

Thursday, January 26, 2012

Shadows

“No matter how dark the night, somehow the sun rises once again and
all shadows are chased away”

~ David Matthew




You today.
Before off to bed.

Love you to the moon and back!
~Mama.

Read more...

Monday, January 23, 2012

January 2012

A new chapter in your life begins. You've been in Primary 1.
Be happy, have faith in yourself, be good with everyones around you.
This is going to be a wonderful journey to you and us, insyaAllah.






Yang atas tu... semua gambar masa 1st day Irfan ke sekolah.. Something that I want you to remember forever..

Bawah ni.. gambar2 pada hari lain in January yang mama ambil..
It's the 1st month of the year.
And there are many 'first' to in your life..
And.. it's my 1st time too :-)




Read more...

Tuesday, January 10, 2012

You are my everyday sunshine.




I'm going to miss these kind of moments this year..

Ni Irfan last year.. teman mama pegi photoshoot pagi Jumaat.. lepas tu kita ambil2 gambar.. We admired the clear blue sky and the clouds floating by that day.. and you pretend to be a warrior ;-)

Lepas ni kalau weekdays ada fotoshoot, takde lagi helper yang akan ikut sama tolong mama, yang akan teman mama.. because you'll be busy with your new routine.. (so mama pun tak ambil outdoor photoshoot during your school days cuma studio sahaja nampaknya.. hehhehe.. boring lah Irfan, if you are not around.. plus our mom-son schedule is quite tight this year..) So mama allocate weekends sahaja for outdoor .. jadi Irfan dengan Abah boleh ikut sama :-)

Ok Irfan I know you are enjoying your school life now.. it just me that is still adjusting my life without you here.. i know.. it will be better day by day insyaAllah.. Amin.


Love you always,

Mama.

Read more...

Tuesday, December 27, 2011

We love kampung life!



Sepetang di dusun buah buahan Kg Kata, Kolo Pilah and you and cousins enjoyed it so much! A good and new exposure to you.. :-)

Read more...

Monday, December 19, 2011

School holiday fun a diary : Play with dirts

29th Nov 2011

Gardening?
No.
Play with dirts?
Yes!!



and err.. a bit of science project.
You called yourself 'Irfan the science kid' after being influenced by 'Sid the Science Kid'
hihihi...

as long as you are happy Irfan..

Tapi kenapa nama pokok2 tu kemetot2 je??
and it all ends with "t".
Any special reason?

Read more...

Saturday, December 17, 2011

School holiday fun a diary : Beach retreat

11th Dec 2011..

Picnic Teluk Kemang PD.




Sebenarnya ni last minute punya plan, Irfan.
The day before.. Abah kata nak rehat-rehat.. nak pergi laut nak main ombak..
So Abah ajak kita ke PD.
Abah nak bawak abang arash dengan kakak adek dua-dua tapi abang ada kat rumah nenek pulak. So rezeki kakak lah nampaknya hari tu..

Nasib baiklah PD ni just 45 minutes drive ajer dari rumah kita.. macam nak ke KL je lamanya.. so insyaAllah lepas ni.. anytime free kita nak ke laut lagi.. boleh pegi lagi k..

And tomorrow!! Yes tomorrow! We gonna have another one beach getaway for two days!. I'm super excited for this. This time at different location and our 1st time going there insyaAllah.. Perhaps this gonna be our last trip to the beach this year :-)Wah puaslah irfan mandi laut dan main pasir cuti2 ni ye...

Love you!

Mama.

Read more...

Friday, December 9, 2011

Sweet December

6 December 2011.
I am 33.
I love you Irfan.
So very much!








.. and yes Irfan..
I love your Abah too ;-)


Dengan bertambahnya usia Mama, Mama harap mama dapat memberikan yang lebih baik, segalanya yang baik untuk Irfan dan Abah juga untuk Atuk dan Nenek juga buat adik beradik dan keluarga kita insyaAllah.

Doakan mama diberi kekuatan dan kesabaran untuk itu ye Irfan.

Lagi sekali,

I love you.. to the moon and back!

Mama.

Read more...

Friday, December 2, 2011

School Holiday Fun a Diary : Beach getaway




26th Nov

Tidur. makan. rehat. tidur. makan. dvd marathon. rehat.


27th Nov & 28th Nov

Meet family from Kuching.

Picnic.

Beach treat.

Pool splashing.

BBQ nite.

A short stay at Corus Paradise PD.

There goes our last weekend.

Mama ambil banyak juga gambar kita hari tu. Tapi ini saja yang sempat mama kongsi kat sini. :-)

Apa untuk hujung minggu ni ye Irfan? Nanti Mama dan Abah fikir k!


Love you to the moon and back!
Mama.

Read more...

Friday, November 25, 2011

School Holiday Fun a Diary : That morning bath...

I love, love photographing your spontaneous act, something that is unplanned, unposed, your 'real life', some might say candid moments. It is not just the typical daily snapshots, but I have this determination to preserve them for you in the most beautiful ways and to record them here on your blog so that one day you'll look back at it and it will reminds you of who you are as a child.

My love Irfan,

All photos of you that I captured and shared here were not to please or impress anyone, but it is just for my own satisfaction, the way i express my love for you, how I see you from the eyes of a mother. I hope one day these will be a treasure for you to cherish. I'm forever grateful and happy that I've create this special project for you during this school holiday, despite of my busy routine. I love you everyday. You know that :-)

Ok let's see one of the fun thing that you enjoy doing on your school hols.



Hari sekolah, kebiasaannya Irfan bangun pukul 5.30 perlu bersiap-siap dengan cepat kerana kita perlu keluar rumah paling lewat 6.45 pagi sebab Abah hantar kita ke ofis mama dulu dan tidak mahu Abah lewat ke ofis. Itu pun kadang-kadang terbabas jugak. Maka tidak ada canlah selalunya for you to really enjoy your morning bath time. :-) Cuti sekolah masanya untuk bangun lewat (i will let you to have rest as much as you want during this time), selalu paling awal bangun pukul 8am.. bila mandi boleh menyanyi-nyanyi siap lengkap beberapa buah lagu, berjoget-joget sampai kecut tangan baru nak keluar. You enjoyed your bath time so much, tapi selalunya bila sabun asyik kat perut ajer.. hehhe penat mama ajar macamana nak sabun dengan betul.

Tapi satu sahaja.. nanti sudah besar, sudah 7 tahun tidak perlu lagi disuruh untuk mandi.. sudah besar, nanti bangun.. ambil towel terus masuk bilik air sendiri tak payah disuruh ok!

Ok Irfan, I just can't wait for our short getaway this weekend. To see Ash, Rina, Yana who came from Kuching. Thanks for being good this week and as a reward.. lets enjoy our weekend!

Love you to the moon and back!'
Mama.

Read more...

School Holiday Fun A Diary : Embrace your life...



21st Nov 2011.


Dear Irfan...


Embrace your life.

Appreciate what you have.

Love the way you live.

Be thankful everyday.

You'll be forever happy :-)



Love you to the moon and back!;
Mama.

Read more...

Wednesday, November 23, 2011

School Holiday Fun a Diary : Bermanis-manis di pagi hari.


23rd Nov 2011.

Breakfast pagi ini.

Banana Choc pancake versi mama.

Good sleep + full tummy = Happy Kid

To see these faces of yours every morning = priceless feeling.
The reason for me to be 'manis' all day today.
But please behave.. mama got soooo many things to settle today.
Jangan bagi yang manis-manis tu bertukar masam pulak ye di petang hari..

hehheee.. enjoy your day today, Irfan!

Love you to the moon and back,

Mama.



Ok Irfan ni in case kalau bila-bila masa nanti Irfan nak try buat sendiri pan cake / lempeng pisang coklat ni, ni mama bagi resepi ok. Dan ini jugak untuk Auntie Najwa yang minta kat mama tadi. Resepi ni mama olah-olah sendiri ikut selera mama :-).

Cara-cara membuat Banana Choc Pan Cake Mama's version :

Sapukan brown sugar dekat pisang yang dah dibelah dua. Mama pakai pisang berangan. Lepas tu letak sedikit margerin dalam kuali dan goreng pisang tadi sampai kaler perang both side. angkat pisang tu dan ketepikan dalam pinggan.

Dalam satu mangkuk lain, bancuh tepung gandum, air, sedikit fresh milk, telur sebiji, setengah sudu teh minyak masak, dan secubit garam. Gaul rata. Ikut suka nak pekat mana. Lepas tu ambil sesenduk bancuhan, masak dalam kuali macam kita masa lempeng tu. Dah masak, angkat dan letak pisang-pisang tadi (ikut suka nak letak banyak mana).

Cairkan coklat masakan dalam periuk. Tuang sedikit coklat cair tu sedikit demi sedikit atas pisang / lempeng tadi.

Panggang kepingan almond dalam kuali tanpa minyak. Tabur almond tu atas pan cake yang dah diletak coklat tadi. Banyak mana, ikut selera. Selain dari almond, Boleh juga ganti dengan coklat rice, atau kismis. Hias dan makan!

Selain pan cake, pisang dan coklat itu pun boleh diletakkan dalam roti atau croissant, ikut selera masa tu nak makan apa. hehehe.. Boleh juga dihidang bersama one scoop of vanilla ice cream macam mama makan tadi.

Read more...

School Holiday Fun a Diary : That colorful thingy that makes you happy


School holiday fun a diary.

Sunday; 20th Nov 2011.

Nothing much you do today. Pagi sampai ke petang meneman mama ambil gambar di studio : TERIMA KASIH. Petang, awalnya kita nak pergi swimming dengan Abang, kakak dan Marissa tapi terpaksalah dibatalkan sebab hujan. Lebat pula tu. Kilat dentum berdentum. Oh kesian anak mama. Lain kali kita pergi, ok! Jadi lepas shoot tu mama bawak Irfan ke Warta, sebab tu je tempat paling dekat. Jalan-jalan dan cuci mata dalam tu. Singgah kedai buku. Dan Irfan dapat ni. Mama dapat buku :-). You love playing Lego so I know you'll love this too. Sangat tidak sabar untuk bermain kita balik rumah terus.

Ini waktu malam, selepas sudah makan dan mandi, terus bermain sampai tengah malam sambil skype dengan Abah yang jauh di Korea. Irfan cakap Irfan dah buat satu alat untuk training motor (as in the picture). Ok lah, as long as you are having fun and happy, I'm happy too :-)

Love you to the moon and back!

Mama.

Read more...

Saturday, November 19, 2011

Fun School Holiday a Diary : Batik Painting




19th Nov '11.

Hooray!

Sudah start cuti sekolah..
mesti suka sangat tu tak payah bangun pagi2 :p

Mama masih mencari-cari lagi apa program / aktiviti untuk Irfan buat cuti ni.
Tak maulah nanti stuck tengok tv dan main games ajer keja nya. So mama too needs to put effort on this too. Kalau takde tempat yang boleh mama hantar pun, maybe kita boleh buat some fun activities sama-sama kat rumah. hohoho.. nampak gaya sibuk camne pun mama kenalah carik masa untuk itu. Oleh kerana sekarang musim hujan.. so kenalah mama fikir apa aktiviti indoor yang boleh kita buat sama-sama.

So, ini aktiviti hari pertama cuti sekolah. Mama hantar Irfan ke Qreazant Book Store to enjoy your 2 and half hours there doing batik painting. Mama ada photoshoots di studio pagi tadi. So mama drop je Irfan kat situ. Hope you enjoyed your art fun time just now !


Notes to Abah :

We miss you so very much! Mama dah bagitau Irfan Abah akan beli toys tapi dengan syarat kena makan banyak! hahah.. so dia makan banyak tengahari tadi. tersenyum simpul nak dapat toys dari abah.

Read more...

Thursday, November 17, 2011

14.11.11 - Celebrate it our way..



Dear Irfan.

Mama harap Irfan ingatlah tarikh tu selalu ye.. setiap tahun.. sampai irfan besar. Tarikh special untuk abah.. walaupun Abah takde mintak apa-apa yang special hari tu tapi mama harap kita dah buat Abah happy dan rasa specialnya diri abah tu dalam hidup kita. Hari itu hari jadi Abah.

As usual.. setiap tarikh2 yang bermakna dalam hidup kita kita mesti ingat dan celebrate.. walaupun simple tapi yang penting bermakna untuk kita bertiga. Tahun ni abah dah 36 tahun, mama bawa belanja makan di Nandos, kita jalan-jalan di Alamanda, tengok wayang cerita Adventurous of Tin Tin, lepas tu Irfan nak pergi playground mama ajak pegi playground outdoor di Putrajaya... sedang bermain hujan pula.. lepas tu Abah usaha nak buat Irfan happy, Abah bawak pergi playground di Bangi pula.. dapatlah Irfan bermain2 sama ngan abah hari tu dan last sekali ber refleksologi dengan Abah (mama ada sedikit konfius tentang hari jadi siapakah sebenarnya di hari itu :p)

Terima kasih Abah sebab jaga kami selama ni. Jaga Irfan. Jaga mama jugak. Walaupun Irfan dan tidak ketinggalan juga mama kadang2 'notty' taknak ikut cakap Abah.. tapi Abah tetap sabar menatang kami bagai minyak yang penuh. Kami doakan kesejahteraan Abah selalu dalam menjalani kehidupan ini. Dilindungi dan dipelihara Allah selalu.. dan terus membimbing kami ke arah kebaikan.

Kami sayang sangat Abah sampai tak muat hati. :-))

Dan Irfan ingat ok, inilah orangnya yang selalu bantu mama jaga Irfan. sangat expert mengendalikan Irfan dari lahir hingga sekarang. Sampai mama rasa mama pun tak se expert itu. Dialah yang memandikan Irfan semasa Irfan baru lahir, dengan tangannya, dengan kudratnya, dengan keberaniannya, yang menolong menukar lampin Irfan ketika Irfan kecil, yang membuat susu Irfan sewaktu Irfan haus, orang pertama yang bangun bila terdengar Irfan menangis di tengah2 malam, yang menuam kepala irfan dengan air ketika Irfan demam, yang menyuapkan Irfan makan, yang memberi Irfan ubat ketika sakit, yang memotong rambut Irfan sehingga orang lain tidak boleh 'menyentuh' rambut Irfan, yang mendukung Irfan bila selalu Irfan tertidur dalam kereta bila dah sampai rumah.. walaupun penatnya Abah sudah tidak terkata waktu itu, yang sangat berlembut tetapi tegas dengan Irfan, yang sangat protective terhadap Irfan, yang memberi semangat dan galakan kepada Irfan, yang selalu memberi motivasi diri pada Irfan supaya Irfan berkeyakinan tinggi, yang memberi contoh yang baik untuk Irfan supaya Irfan jadi anak yang baik, yang memberi tunjuk ajar kepada Irfan dengan cara yang lembut dan nasihat, yang tidak pernah menengking, menjentik, memukul, mencubit Irfan walau sekali pun, tetapi dia tetap orang yang paling Irfan hormati. Hormati dan sayangilah Abah Irfan sampai bila-bila. Selalulah sedekahkan Al-Fatihah buat Abah ketika hayatnya masih ada. Al-Fatihah yang kita sedekahkan buat ibu bapa akan memberi rahmat dalam kehidupan mereka dan juga hidup kita akan lebih diberkati. Doakanlah yang baik-baik untuk Abah. Tidak kira sesudah solat, atau bila-bila masa setiap kali Irfan teringat akan Abah. Bahagiakanlah Abah selalu sebagaimana Abah telah bahagiakan Irfan tidak kira penat dan letihnya dirinya. Pada Abah, Irfan adalah segala-segalanya.


Love... love.. love..
Mama.


Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP