Tuesday, December 16, 2014

December A to Z { H for Helpful }

{ H for Helpful }

Menolong atok menyapu laman, membersihkan rumput yang sudah dimesin, membantu abah dan nenek bercucuk tanam. Sementara mama masa ni memasak di dapur sambil standby mengambil gambar.

Read more...

December A to Z { G for Grandma }

{ G for Grandma } 

A very special Grandma.

Having breakfast with Nenek at her favorite stall.

Read more...

December A to Z { F for Family }

{ F for Family } 

Sewaktu menghantar Pak Cu, Mami dan keluarga pergi menunaikan umrah. Semoga mereka sihat sejahtera di sana. Dapat menunaikan segala ibadah dengan sebaik mungkin. Dan moga segala doa dan ibadah mereka diterima Allah SWT.

Read more...

December A to Z { E for Excited }

{ E for Excited } 



Excited dapat balik Sg Koyan rumah nenek.  Dapat lari dan main puas-puas di tanah lapang. Dapat berjemur di tengah matahari terik. Dapat piknik-piknik makan kat laman. Dapat berbasikal keliling kampung. Alhamdulillah, mama bersyukur Irfan dapat merasai pengalaman ni. Nanti mama buat separate entry tentang Irfan dan kampung Sungai Koyan ya :-)

Read more...

Monday, December 15, 2014

December A to Z { D for Drawings }

{ D for Drawings }

Cantik lukisan Irfan ni. Tahniah. Irfan ada usaha untuk belajar tentang teknik melukis yang betul melalui video yang Irfan tengok di internet. Mama nampak sangat kesungguhan Irfan melukis, berkeping kertas A4 Irfan habiskan untuk melukis. Irfan selalu cakap dekat mama Irfan suka sangat melukis. Irfan puas bila dapat melukis. Mama memang nampak tu semua sejak Irfan kecil. Irfan tidak pernah lekang dengan pensil dan kertas. Mama doakan, Irfan dapat buat apa yang Irfan suka dengan bersungguh-sungguh, InsyaAllah Mama akan terus bagi galakan.

Read more...

December A to Z { C for Cengkerang }

{C for Cengkerang} 

Hari yang kamu belajar tentang haiwan invertebrata. Baca buku sahaja tidak puas, jadi kita pun memulakan projek di belakang rumah. Asalnya hendak mencari cacing, sebab kamu nak selidik struktur badan cacing kata kamu. Kita korek-korek tanah kat belakang tu. Memang jumpa cacingnya. Tetapi alahai halusnya. Kita cari lagi apa haiwan yang boleh dikelaskan dalam haiwan invertebrata. Jumpa siput dan juga ulat gonggok!

Read more...

Friday, December 5, 2014

December A to Z { B for Beras }

{ B for Beras } 

Cuti-cuti sekolah macam ni, dapat lah selalu tolong mama cuci beras, masak nasik, potong sayur, basuh pinggan, ye Irfan :-).
Selalu kalau mintak bila hari sekolah, mama asyik cakap "cepat,cepat,cepat!" ajer ye..
Ha sekarang bolehlah masak nasik puas2. Bangga setiap kali waktu dinner, mesti kamu bagitau abah "Irfan la yang masak nasik hari ni, Abah!"


Read more...

Wednesday, December 3, 2014

December A to Z { A for Al-Quran }



{ A for Al-Quran }



Kembali kita ke bulan December. Macam pejam celik sahaja dah nak setahun. Seperti biasa, mestilah Mama rasa December ni special sikit ;-) . Tak lama, 4 minggu lagi nanti ber tahun baru lah lagi kita insyaAllah.

Tahun lepas mama buat projek 31 gambar di bulan December. Tahun ni mama buat lain sikit. Kita buat projek ikut alphabet pulak lah ya irfan.

Jadi kita mulakan dengan huruf A. :-).

Kisahnya, selepas Irfan balik dari kem tahfiz hari tu, kita sama-sama janji nak lebih dekat dengan Al-Quran. Kita hendak cuba selagi boleh. Maka kita set, setiap kali selepas solat fardhu, kita mesti baca satu mukasurat Al-Quran setiap hari. Kita cuba ya, sayang! Kalau tak boleh banyak, kita cuba sikit-sikit berterusan. Dan ini gambar kamu membaca Al Quran setelah selesai solat Asar. Teruskan usaha ya Irfan. Ingatkan mama kalau mama terlupa.

Ok, till alphabet B ;-)



Read more...

Monday, November 17, 2014

Short trip to JB

Random photos from our short trip recently.

It was actually Abah's working trip. So when Abah was busy doing his work, we spent our time in the room watching movies, reading, and mama got to spend her own sweet time finishing another chapter for her book.

All images taken using Mama's handphone and processed with vsco cam.


Read more...

Saturday, November 1, 2014

Morning story

That soft beautiful light entering my room every morning always caught my eyes. That day I saw you standing there, holding your Abah's guitar and feel amazed looking at a bird sitting on the roof. It was just a perfect time for me to freeze the moment. I love every details preserved in this photo and the story behind it.


The moment you realized I'm taking your picture, you start to make a 'show'.


Admiring the environment, I can't help but to persuade you to stand there for another moment so that I will have a chance to photograph a 'proper' portrait of you looking at the camera with the beauty of the light as the background. Nowadays, you are always refuse to look at my camera and always give that 'un-natural' look with a fake smile. As much as I love to document your unguarded spontaneous act, I also tried very hard to capture your eyes looking straight to my camera. Those kind of photos mean something to me. The photos that hold an emotional value in my heart. Your face with that eyes looking at me  that I want to remember forever. You are not going to be small forever, my son. Your face will change one day. Your child look will disappear. Allow me to photograph it when I still have a chance.

It wasn't easy. But at least I got these..



No matter what, I still love you..

Read more...

Friday, October 17, 2014

Your world

Nikmati zaman kanak-kanakmu yang sungguh indah, Irfan.
Kelak dewasa kau akan merinduinya.


Read more...

Friday, October 10, 2014

Your cuddly companions

Mama dan Abah ingat sangat tahun lepas, sesudah sambut hari jadi Irfan yang ke 8, Irfan mintak sesuatu.

"Tahun depan, birthday Irfan tak mau apa-apa. Irfan nak mintak satuuuu je boleh tak? Irfan nak pet. Irfan nak kucing."

Mama dan Abah belum bersedia waktu itu. Jadi kami tidak mahu menjanjikan apa-apa. Sekadar senyap, tapi kamu terus meminta. Jawapan masa itu tetap sama.

"Belum masanya, Irfan."

Kalau sudah takdir, dan bila masanya tepat, Allah sahaja lah yang Maha Tahu. Dia memberi Irfan 'kawan' tanpa payah untuk Irfan mencarinya. Bukan Mama. Bukan Abah yang beri. Allah yang bagi hadiah itu.

Ramadhan lepas, seekor kucing sentiasa merayau-rayau dalam kawasan rumah kita. Minta makan. Minta tempat perlindungan. Sungguh rezeki di bulan puasa. Kita pun menjaganya. Hari raya, dia ditinggalkan seminggu. Mama dan Abah tidak mengharap begitu tinggi kucing itu akan masih berada di rumah kita. Mungkin sudah ke rumah lain barangkali. 

Sangkaan kami meleset. Balik raya sebaik ternampak kereta kita, nun dari jauh kita lihat dia berlari menyambut kita pulang. Kasihannya rasa melihat dirinya sudah kurus, comot dan matanya sepet sebelah. Sedih. Malam itu kamu menangis semasa hendak tidur. Tersedu-sedu menyatakan kebimbangan takut kucing itu tidak akan hidup lagi esok hari. Mama dan Abah pun janji akan bawa kucing itu ke klinik secepat mungkin.

Maka esoknya kita ke klinik. Kamu berkeras ingin menggunakan duit raya kamu untuk menanggung semua kos perubatan kucing itu. Mula-mula mama rasa berat hati sebab fikir itu duit raya kamu. Kasihan pula. Tapi dalam masa yang sama, kami rasa keinginan kamu itu mencerminkan sifat kamu yang pemurah dan tidak berkira. Walaupun untuk haiwan, kamu sanggup memberi. Maka, segala perbelanjaan untuk kucing itu (sehingga kini) kamu yang salurkan. Melalui wang yang kamu kumpul hari-hari. Melalui wang tabung kamu kadang-kadang.  Mama dan Abah bantu sikit-sikit mana yang perlu.

Kucing semakin sihat. Hati semakin sayang melihatnya. Kamu semakin mesra dengannya. Masih ingat kenangan waktu memberikan dia ubat. Sungguh lucu. Berejam kita mencuba, sampai Abah tercedera semata-mata ingin pastikan si kucing makan ubatnya. Parut di belakang badan Abah menjadi satu tanda kita sayang betul dengan kucing ini. Ketawa bila mengingatnya.

Nama pun akhirnya diberi.

Lili.

Ini dia Lili kita yang cantik berseri. Yang menambahkan bahagia dalam keluarga.


Sapalah sangka, lebih kurang 2 bulan kemudian kita lihat perut Lili memboyot. Bunting rupanya. Tidak pernah terbayang yang rumah ini akan mempunyai anak-anak kucing yang bakal lahir. Mama suka, tapi mama sangat takut kucing. Sejarah kucing peliharaan mama dan pakcik makcik kamu dulu, beranak di atas badan mama ketika mama tidur telah membuat mama trauma. Hingga sekarang mama takut anak kucing terutamanya. Maaflah. Mama masih mencuba hilangkan ketakutan mama itu.

Seminggu sebelum kita meraikan majlis harijadi kamu yang ke 9, Lili awal-awal sudah menghadiahkan kamu sesuatu. Masih ingat permintaan masa hari jadi kamu tahun lepas? Iya tahun ini ianya menjadi kenyataan. Istimewanya, bukan mama dan bukan abah juga yang memberi. Allah yang memberi melalui Lili kesayangan hati.

Anak-anaknya.

22 September 2014. Selamat sudah Lili melahirkan 4 ekor anak kucing yang comel. Kembang hati kamu dia bersalin sama bulan dengan hari lahir kamu. Lebih istimewa dan mendatangkan kesan, kamu sendiri yang melihat bagaimana payah Lili melahirkan. Saat-saat itu kamu saksikan dengan perasaan bercampur baur, Mama tahu. Pengalaman pertama kamu yang mama rasa takkan kamu lupa sampai bila-bila. Bersinar-sinar mata kamu melihat anak-anak Lili. Puas benar rasanya barangkali.

Hari kedua kamu mula memegang mereka. Sayang sangat, tidak sabar-sabar hendak main sama.

Inilah anak-anak Lili itu.

Usia mereka hari ini 18 hari. Orang kata dah cukup sebulan nanti lagi seronok main dengan mereka. Sabar Irfan. Mama pun dah geram rasa nak main-main sama.

Yang sulung, Daisy

Yang nombor 2; Kaira

Jasmine nombor 3.

Si Bongsu Lloyd


Cantik-cantik adik beradik bermata biru.

Jangan lupa doakan kesejahteraan mereka selalu, Irfan. Moga sihat tubuh badan mereka, membesar dengan baik. Dapatlah jadi peneman dan kawan yang boleh dipeluk-peluk nanti.

Lihatlah dengan mata hati kamu Irfan. Betapa Allah sayangkan kamu bukan? DIA beri apa yang kamu hendak dari sumber yang tidak disangka. DIA menggembirakan kamu dengan cara NYA yang cukup istimewa. Sungguhpun kamu tidak dapat apa yang kamu inginkan, Allah tetap sayang kan kamu. Sebab Allah bila hendak memberi, DIA hanya akan bagi yang terbaik sahaja. Jadi apa sahaja yang kita dapat sekarang adalah yang terbaik datang dariNYA. Apa yang kita tak dapat pun, yang Allah simpan itu lebih baik untuk kita. 

Percaya itu. 

Bersyukur selalu.

Kamu akan bahagia insyaAllah.

Read more...

Wednesday, October 8, 2014

9 Tahun



5 Sept 2014

Sudah 9 tahun usia kamu.
Alhamdulillah, sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Malam itu kita sambut di restoran jepun kegemaran kamu, makan sushi kesukaan kamu. 
Gembiralah hati kamu, wajah berseri-seri.

Tidak pernah lekang dari bibir Mama dan Abah mendoakan kesejahteraan kamu sentiasa.
Agar Allah mentakdirkan yang baik-baik untuk masa hadapan kamu.
Agar peribadimu dihiasi dengan akhlak yang mulia.
Kehidupanmu dipelihara dan dirahmati.

Kami bahagia memiliki kamu.





Syukur tahun ini dapat kita raikannya dengan ahli keluarga yang lain serta kawan-kawan kamu.
Sungguh meriah majlis harijadi kamu, semua gembira meraikan bersama.
Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan dapat kita berkongsi kegembiraan dengan orang lain.
Melihat kamu, kawan-kawan dan tetamu lain gembira, cukup buat hati Mama dan Abah bahagia.
Moga sepanjang hidup kamu tidak akan lupa pada mereka.
Ucaplah terima kasih atas kebaikan yang kamu terima dari sesiapa sahaja.




Selamat Hari Lahir yang ke 9 Irfan.
Kami sayang kamu.
Selalu. Selamanya.

Hugsss & Kissess;
Mama & Abah.

Read more...

Friday, August 29, 2014

7 hari ke 9 tahun.

Tak ingat mama bila kali terakhir mama ambil gambar macam ni untuk Irfan..
Maksud mama, gambar outdoor macam ni, kita ke taman, kita main-main sambil mama ambil gambar kamu macam ni..

Hari ni rindu sangat rasanya nak keluar jalan-jalan dengan irfan dekat luar. Lebih-lebih lagi lama juga rasanya sejak ramadhan yang lepas kita tak dapat jalan-jalan berdua sama-sama waktu hari biasa, waktu hari sekolah.

Tak dirancang, akhirnya berjaya gambar-gambar ini dirakam. Kebetulan hanya 7 hari sebelum hari lahir kamu minggu depan. Bercampur baur rasa hati mama melihat kamu, waktu jari asyik menekan shutter. Besar sudah anak mama. Kamu selalu cakap risau kamu tidak gemuk. Kamu makan banyak tapi hairan kenapa tidak boleh gemuk. Mama dan abah cakap jangan risau, irfan makin meninggi, bukan 'menggemuk'.. makanan yang irfan makan buat irfan tinggi.

Tengok tadi, memang betul sudah amat meninggi kamu rupanya. Jangan-jangan hujung tahun depan kamu sudah sama tinggi dengan mama tak? Alhamdulillah melihat kamu membesar dengan kesihatan yang baik buat mama dan abah bersyukur selalu.

Hari jadi kamu minggu depan. Mama doakan irfan sentiasa dibekalkan dengan tubuh badan yang sihat. Moga dapat sama-sama kita raikan hari itu nanti.

Terima kasih sebab jadi anak yang baik selama ini. Walau ada buat mama pening-pening juga sekali sekala. Tapi kamu yang baik itu lah lebihnya..

Tak sabar mama nak tunggu minggu depan!




Read more...

Monkeying around

Part 2.

Just another 3 images i want to remember forever...


Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP