Tuesday, December 16, 2014

Kampung Boy at heart | Part 1

Mama tahu, telah berulang kali kamu mendengar kisah ini samada daripada mulut mama, atok, nenek mahupun dari pakcik makcik kamu. Cuma pada pemikiran mama, adalah lebih baik semua itu di tulis. Sementara mama masih boleh ingat (walaupun kebanyakan perkara mama dah lupa), biar yang ditulis itu satu hari akan jadi sejarah. Biar takkan lupa. Kalau terlupa pun boleh di baca kembali. 

Mama dilahirkan di Gombak. Ketika mama berusia 2 tahun macam tu, Atok menerima tawaran dari moyang kamu (atok mama) untuk menggantikan tempatnya di felda ini. Maka pada tahun 1980 berangkat lah atok, nenek, mama dan mami ke satu daerah baru nun jauh di pedalaman sana. Empat beranak kami mulakan satu hidup baru. Bermulalah mama menjadi anak peneroka kelapa sawit di Felda Sungai Koyan. 

Jika di lihat dengan mata kasar, kehidupan kami sangat susah awalnya. Banyak kurang di sana sini. Dengan pendapatan atok yang tidak seberapa, atok perlu mencari kerja lebih dengan membuat kerja sampingan itu dan ini. Nenek juga banyak membantu dengan membuat kuih dan mama dan mami lah tukang jualnya. Melalui didikan atok dan nenek yang sentiasa mengingatkan kami supaya bersyukur dengan apa yang ada, membuat kan mama tidak kisah dengan semua itu. Terkilan juga mama sebab tidak ada gambar yang menunjukkan rumah asal kami. Sebuah rumah papan, berbilik 2, bertiang tinggi, ada beranda yang sudah goyang2, di bawah rumah tempat selalu bermain. Jamban pula terletak nunnn jauh di luar di belakang rumah, tidak berpintu hanya di tutup dengan kain langsir tebal, setiap kali hendak membuang, kena mengangkut air dari dalam rumah, malam-malam sumpah takde sapa yang berani hendak ke jamban kecuali perut betul2 tak tahan nak meneran. Kalau lah ada gambar, irfan tengok nanti, memang penuh nostalgia. Tak mengapalah, ketika itu perut anak-anak lebih penting untuk di isi. Kamera bukan satu perkara utama untuk dimiliki. Maka memang sedikit sangat gambar yang dirakam ketika mama membesar di sini. Kalau ada pun, kena tunggu atok mama datang melawat dengan membawa kamera besarnya. Tapi sayang, gambar keseluruhan rumah tidak pernah dirakam.

Mama membesar seperti kanak-kanak kampung yang lain. Bermain adalah merupakan aktiviti utama. Apa yang budak-bdak lain main, itulah juga yang mama main. Mama boleh dikategori kan sebagai seorang budak yang 'lemah lembut' dulu. Mama tidak lasak berbanding mami yang lebih advance dan adventure. Tapi mama tetap mahu membontoti mami membuat itu dan ini. Pendek kata waktu itu mami merupakan idola mama, walaupun mama selalu kena tinggal sebab terlalu 'slow'. Hahaha. Gelak. 

Tapi mama juga punya hobi sendiri. Mama suka bermain dengan alam semulajadi. Mama mempunyai buku scrap yang penuh dengan daun-daun, ranting-ranting halus, bunga-bunga yang mama kutip dan tampal dalam buku itu. Mama gemar membuat kraftangan melalui bahan semulajadi. Mama pernah membuat anak patung menggunakan daun dan ranting pokok. Mama suka mengumpul ulat-ulat dan serangga dan kumpul di dalam balang. Kadang-kadang agak kejam, mama kopakkan sayap belalang dan tampal di dalam buku, mama gabungkan dengan lukisan dan jadilah satu hasil karya seni yang pada mama sudah cukup cantik waktu itu. Cikgu mama pernah bagitau nenek dia pernah jumpa sayap kelkatu dalam buku tulis mama. Oh ya, mama suka kumpul kelkatu juga. Nenek dan atok kata mama kreatif. Atok terutamanya selalu memuji-muji apa sahaja hasil kraf yang mama cipta. Di saat orang lain sibuk bermain guli dan baling selipar, mama minta nenek belikan benang tebal, mama belajar mengait dan yang paling mama ingat, mama buat anak patung dengan menggunakan benang tebal tu. Mama juga suka menulis. Selepas makan nasi di bawah pokok jambu (nenek sangat suka kami berpiknik makan kat luar), mama akan duduk di bawah pokok bersama buku scrap kesayangan mama. Mama akan tulis apa sahaja yang terlintas di otak dan gabungkan dengan apa yang mama lihat di sekeliling.

Itu sebab bila melihat irfan membuat perkara yang sama, mama akan terbayang diri mama yang dulu. Mama bersyukur kerana dapat membawa irfan pulang ke kampung mama dan dapat juga menikmati dan merasai pengalaman seperti apa yang mama rasa dulu. Walaupun tidaklah sama 100%, tapi mama gembira irfan dapat bebas bermain, meneroka persekitaran, dan menjalani kehidupan kanak-kanak yang aktif. Inilah anugerah yang adakala kita terlupa. Dan sebagai ibu, mama mahu kamu ingat semua ini. Sebab itu, gambar-gambar ini mama rakam. Agar ia jadi harta buat kamu nanti. Bila melihat kamu menikmati setiap satu yang ada di sini, hati mama sangat bersyukur. Embrace your life, Irfan. Explore. Let your imagination run wild! Dan ingat, jangan sombong berjalan di atas bumi Tuhan. Ke mana kamu pergi, ingat selalu asal dan usulmu.

Susuk tua di atas adalah Opah. Mak kepada Cik Noni. Anak-anak cik noni sekarang sudah menjadi kawan-kawan irfan di sana. Waktu dulu cik noni merupakan jiran kamceng mama dan mami. Umurnya 6 tahun lebih tua daripada mama. Di rumah mereka mama dan adik beradik lain menumpang tinggal beberapa hari, bila atok dan nenek perlu ke kuala lumpur melawat moyang-moyang kamu. Ataupun mereka ke kuala lumpur kerana nenek hendak bersalinkan pakcik-pakcik kamu. Opah telah berusia 70-an. Walaupun tidak segagah dulu, ingatannya masih kuat. Masih ingat akan mama dan adik beradik lain, walaupun sekali sekala kami datang melawat. Banyak jasa dan pertolongan mereka ke atas keluarga kami. Moga Allah merahmati insan yang baik ini.

Read more...

December A to Z { I for Ikan sembilang }

{ I for Ikan sembilang }

Lepas breakfast di warung kegemaran nenek, atok bawak pegi jalan2 keliling kampung. Tunjuk rumah kawan-kawan lama mama, tunjuk tempat mama selalu bermain dulu. senyum mama sorang-sorang teringat kisah-kisah lama.

Kita singgah di rumah Cik Pah (pangkat nenek pada irfan), kawan nenek dan atok. Suami Cik Pah sudah lama meninggal dunia. Selain duit sawit, Cik Pah mengusahakan kolam menternak ikan untuk menyara kehidupan. Kisah Cik Pah sungguh mendatangkan inspirasi kepada siapa yang mendengar. Tentang bagaimana seorang ibu bangkit mengusahakan sesuatu yang bermakna buat dirinya dan keluarga. Cik Pah pergi kursus sebelum berkecimpung dalam dunia penternakan ikan sembilang. Cik Pah memberanikan diri mengusahakannya dengan dibantu anak-anak. Kini Cik Pah mempunyai kawasan kolam ikan sembilang yang besar. Ikan-ikan semua bersih dan sihat dengan teknik penternakan yang rapi. Dia menjual ikan-ikan itu kepada orang kampung. To mama, it was really an eye opener.

Alhamdulillah, pada Irfan ianya merupakan satu lagi pengalaman baru yang banyak memberikan pengetahuan berguna. Sebenarnya irfan sangat suka duduk di kampung. Banyak yang irfan belajar dengan apa yang irfan lalui di sekeliling. Melalui orang-orang yang irfan jumpa, melalui persekitaran yang begitu menarik minat irfan, melalui kehidupan yang sederhana, juga melalui aktiviti-aktiviti yang irfan buat. Mama sentiasa doakan irfan memperolehi manfaat melalui pengalaman-pengalaman ini.

Read more...

December A to Z { H for Helpful }

{ H for Helpful }

Menolong atok menyapu laman, membersihkan rumput yang sudah dimesin, membantu abah dan nenek bercucuk tanam. Sementara mama masa ni memasak di dapur sambil standby mengambil gambar.

Read more...

December A to Z { G for Grandma }

{ G for Grandma } 

A very special Grandma.

Having breakfast with Nenek at her favorite stall.

Read more...

December A to Z { F for Family }

{ F for Family } 

Sewaktu menghantar Pak Cu, Mami dan keluarga pergi menunaikan umrah. Semoga mereka sihat sejahtera di sana. Dapat menunaikan segala ibadah dengan sebaik mungkin. Dan moga segala doa dan ibadah mereka diterima Allah SWT.

Read more...

December A to Z { E for Excited }

{ E for Excited } 



Excited dapat balik Sg Koyan rumah nenek.  Dapat lari dan main puas-puas di tanah lapang. Dapat berjemur di tengah matahari terik. Dapat piknik-piknik makan kat laman. Dapat berbasikal keliling kampung. Alhamdulillah, mama bersyukur Irfan dapat merasai pengalaman ni. Nanti mama buat separate entry tentang Irfan dan kampung Sungai Koyan ya :-)

Read more...

Monday, December 15, 2014

December A to Z { D for Drawings }

{ D for Drawings }

Cantik lukisan Irfan ni. Tahniah. Irfan ada usaha untuk belajar tentang teknik melukis yang betul melalui video yang Irfan tengok di internet. Mama nampak sangat kesungguhan Irfan melukis, berkeping kertas A4 Irfan habiskan untuk melukis. Irfan selalu cakap dekat mama Irfan suka sangat melukis. Irfan puas bila dapat melukis. Mama memang nampak tu semua sejak Irfan kecil. Irfan tidak pernah lekang dengan pensil dan kertas. Mama doakan, Irfan dapat buat apa yang Irfan suka dengan bersungguh-sungguh, InsyaAllah Mama akan terus bagi galakan.

Read more...

December A to Z { C for Cengkerang }

{C for Cengkerang} 

Hari yang kamu belajar tentang haiwan invertebrata. Baca buku sahaja tidak puas, jadi kita pun memulakan projek di belakang rumah. Asalnya hendak mencari cacing, sebab kamu nak selidik struktur badan cacing kata kamu. Kita korek-korek tanah kat belakang tu. Memang jumpa cacingnya. Tetapi alahai halusnya. Kita cari lagi apa haiwan yang boleh dikelaskan dalam haiwan invertebrata. Jumpa siput dan juga ulat gonggok!

Read more...

Friday, December 5, 2014

December A to Z { B for Beras }

{ B for Beras } 

Cuti-cuti sekolah macam ni, dapat lah selalu tolong mama cuci beras, masak nasik, potong sayur, basuh pinggan, ye Irfan :-).
Selalu kalau mintak bila hari sekolah, mama asyik cakap "cepat,cepat,cepat!" ajer ye..
Ha sekarang bolehlah masak nasik puas2. Bangga setiap kali waktu dinner, mesti kamu bagitau abah "Irfan la yang masak nasik hari ni, Abah!"


Read more...

Wednesday, December 3, 2014

December A to Z { A for Al-Quran }



{ A for Al-Quran }



Kembali kita ke bulan December. Macam pejam celik sahaja dah nak setahun. Seperti biasa, mestilah Mama rasa December ni special sikit ;-) . Tak lama, 4 minggu lagi nanti ber tahun baru lah lagi kita insyaAllah.

Tahun lepas mama buat projek 31 gambar di bulan December. Tahun ni mama buat lain sikit. Kita buat projek ikut alphabet pulak lah ya irfan.

Jadi kita mulakan dengan huruf A. :-).

Kisahnya, selepas Irfan balik dari kem tahfiz hari tu, kita sama-sama janji nak lebih dekat dengan Al-Quran. Kita hendak cuba selagi boleh. Maka kita set, setiap kali selepas solat fardhu, kita mesti baca satu mukasurat Al-Quran setiap hari. Kita cuba ya, sayang! Kalau tak boleh banyak, kita cuba sikit-sikit berterusan. Dan ini gambar kamu membaca Al Quran setelah selesai solat Asar. Teruskan usaha ya Irfan. Ingatkan mama kalau mama terlupa.

Ok, till alphabet B ;-)



Read more...

Monday, November 17, 2014

Short trip to JB

Random photos from our short trip recently.

It was actually Abah's working trip. So when Abah was busy doing his work, we spent our time in the room watching movies, reading, and mama got to spend her own sweet time finishing another chapter for her book.

All images taken using Mama's handphone and processed with vsco cam.


Read more...

Saturday, November 1, 2014

Morning story

That soft beautiful light entering my room every morning always caught my eyes. That day I saw you standing there, holding your Abah's guitar and feel amazed looking at a bird sitting on the roof. It was just a perfect time for me to freeze the moment. I love every details preserved in this photo and the story behind it.


The moment you realized I'm taking your picture, you start to make a 'show'.


Admiring the environment, I can't help but to persuade you to stand there for another moment so that I will have a chance to photograph a 'proper' portrait of you looking at the camera with the beauty of the light as the background. Nowadays, you are always refuse to look at my camera and always give that 'un-natural' look with a fake smile. As much as I love to document your unguarded spontaneous act, I also tried very hard to capture your eyes looking straight to my camera. Those kind of photos mean something to me. The photos that hold an emotional value in my heart. Your face with that eyes looking at me  that I want to remember forever. You are not going to be small forever, my son. Your face will change one day. Your child look will disappear. Allow me to photograph it when I still have a chance.

It wasn't easy. But at least I got these..



No matter what, I still love you..

Read more...

Friday, October 17, 2014

Your world

Nikmati zaman kanak-kanakmu yang sungguh indah, Irfan.
Kelak dewasa kau akan merinduinya.


Read more...

Friday, October 10, 2014

Your cuddly companions

Mama dan Abah ingat sangat tahun lepas, sesudah sambut hari jadi Irfan yang ke 8, Irfan mintak sesuatu.

"Tahun depan, birthday Irfan tak mau apa-apa. Irfan nak mintak satuuuu je boleh tak? Irfan nak pet. Irfan nak kucing."

Mama dan Abah belum bersedia waktu itu. Jadi kami tidak mahu menjanjikan apa-apa. Sekadar senyap, tapi kamu terus meminta. Jawapan masa itu tetap sama.

"Belum masanya, Irfan."

Kalau sudah takdir, dan bila masanya tepat, Allah sahaja lah yang Maha Tahu. Dia memberi Irfan 'kawan' tanpa payah untuk Irfan mencarinya. Bukan Mama. Bukan Abah yang beri. Allah yang bagi hadiah itu.

Ramadhan lepas, seekor kucing sentiasa merayau-rayau dalam kawasan rumah kita. Minta makan. Minta tempat perlindungan. Sungguh rezeki di bulan puasa. Kita pun menjaganya. Hari raya, dia ditinggalkan seminggu. Mama dan Abah tidak mengharap begitu tinggi kucing itu akan masih berada di rumah kita. Mungkin sudah ke rumah lain barangkali. 

Sangkaan kami meleset. Balik raya sebaik ternampak kereta kita, nun dari jauh kita lihat dia berlari menyambut kita pulang. Kasihannya rasa melihat dirinya sudah kurus, comot dan matanya sepet sebelah. Sedih. Malam itu kamu menangis semasa hendak tidur. Tersedu-sedu menyatakan kebimbangan takut kucing itu tidak akan hidup lagi esok hari. Mama dan Abah pun janji akan bawa kucing itu ke klinik secepat mungkin.

Maka esoknya kita ke klinik. Kamu berkeras ingin menggunakan duit raya kamu untuk menanggung semua kos perubatan kucing itu. Mula-mula mama rasa berat hati sebab fikir itu duit raya kamu. Kasihan pula. Tapi dalam masa yang sama, kami rasa keinginan kamu itu mencerminkan sifat kamu yang pemurah dan tidak berkira. Walaupun untuk haiwan, kamu sanggup memberi. Maka, segala perbelanjaan untuk kucing itu (sehingga kini) kamu yang salurkan. Melalui wang yang kamu kumpul hari-hari. Melalui wang tabung kamu kadang-kadang.  Mama dan Abah bantu sikit-sikit mana yang perlu.

Kucing semakin sihat. Hati semakin sayang melihatnya. Kamu semakin mesra dengannya. Masih ingat kenangan waktu memberikan dia ubat. Sungguh lucu. Berejam kita mencuba, sampai Abah tercedera semata-mata ingin pastikan si kucing makan ubatnya. Parut di belakang badan Abah menjadi satu tanda kita sayang betul dengan kucing ini. Ketawa bila mengingatnya.

Nama pun akhirnya diberi.

Lili.

Ini dia Lili kita yang cantik berseri. Yang menambahkan bahagia dalam keluarga.


Sapalah sangka, lebih kurang 2 bulan kemudian kita lihat perut Lili memboyot. Bunting rupanya. Tidak pernah terbayang yang rumah ini akan mempunyai anak-anak kucing yang bakal lahir. Mama suka, tapi mama sangat takut kucing. Sejarah kucing peliharaan mama dan pakcik makcik kamu dulu, beranak di atas badan mama ketika mama tidur telah membuat mama trauma. Hingga sekarang mama takut anak kucing terutamanya. Maaflah. Mama masih mencuba hilangkan ketakutan mama itu.

Seminggu sebelum kita meraikan majlis harijadi kamu yang ke 9, Lili awal-awal sudah menghadiahkan kamu sesuatu. Masih ingat permintaan masa hari jadi kamu tahun lepas? Iya tahun ini ianya menjadi kenyataan. Istimewanya, bukan mama dan bukan abah juga yang memberi. Allah yang memberi melalui Lili kesayangan hati.

Anak-anaknya.

22 September 2014. Selamat sudah Lili melahirkan 4 ekor anak kucing yang comel. Kembang hati kamu dia bersalin sama bulan dengan hari lahir kamu. Lebih istimewa dan mendatangkan kesan, kamu sendiri yang melihat bagaimana payah Lili melahirkan. Saat-saat itu kamu saksikan dengan perasaan bercampur baur, Mama tahu. Pengalaman pertama kamu yang mama rasa takkan kamu lupa sampai bila-bila. Bersinar-sinar mata kamu melihat anak-anak Lili. Puas benar rasanya barangkali.

Hari kedua kamu mula memegang mereka. Sayang sangat, tidak sabar-sabar hendak main sama.

Inilah anak-anak Lili itu.

Usia mereka hari ini 18 hari. Orang kata dah cukup sebulan nanti lagi seronok main dengan mereka. Sabar Irfan. Mama pun dah geram rasa nak main-main sama.

Yang sulung, Daisy

Yang nombor 2; Kaira

Jasmine nombor 3.

Si Bongsu Lloyd


Cantik-cantik adik beradik bermata biru.

Jangan lupa doakan kesejahteraan mereka selalu, Irfan. Moga sihat tubuh badan mereka, membesar dengan baik. Dapatlah jadi peneman dan kawan yang boleh dipeluk-peluk nanti.

Lihatlah dengan mata hati kamu Irfan. Betapa Allah sayangkan kamu bukan? DIA beri apa yang kamu hendak dari sumber yang tidak disangka. DIA menggembirakan kamu dengan cara NYA yang cukup istimewa. Sungguhpun kamu tidak dapat apa yang kamu inginkan, Allah tetap sayang kan kamu. Sebab Allah bila hendak memberi, DIA hanya akan bagi yang terbaik sahaja. Jadi apa sahaja yang kita dapat sekarang adalah yang terbaik datang dariNYA. Apa yang kita tak dapat pun, yang Allah simpan itu lebih baik untuk kita. 

Percaya itu. 

Bersyukur selalu.

Kamu akan bahagia insyaAllah.

Read more...

Wednesday, October 8, 2014

9 Tahun



5 Sept 2014

Sudah 9 tahun usia kamu.
Alhamdulillah, sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Malam itu kita sambut di restoran jepun kegemaran kamu, makan sushi kesukaan kamu. 
Gembiralah hati kamu, wajah berseri-seri.

Tidak pernah lekang dari bibir Mama dan Abah mendoakan kesejahteraan kamu sentiasa.
Agar Allah mentakdirkan yang baik-baik untuk masa hadapan kamu.
Agar peribadimu dihiasi dengan akhlak yang mulia.
Kehidupanmu dipelihara dan dirahmati.

Kami bahagia memiliki kamu.





Syukur tahun ini dapat kita raikannya dengan ahli keluarga yang lain serta kawan-kawan kamu.
Sungguh meriah majlis harijadi kamu, semua gembira meraikan bersama.
Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan dapat kita berkongsi kegembiraan dengan orang lain.
Melihat kamu, kawan-kawan dan tetamu lain gembira, cukup buat hati Mama dan Abah bahagia.
Moga sepanjang hidup kamu tidak akan lupa pada mereka.
Ucaplah terima kasih atas kebaikan yang kamu terima dari sesiapa sahaja.




Selamat Hari Lahir yang ke 9 Irfan.
Kami sayang kamu.
Selalu. Selamanya.

Hugsss & Kissess;
Mama & Abah.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP