Beach treat.
During our 2D1N stay at Swiss Garden Resort & Spa Kuantan Pahang.
I will let the pictures do the story telling this time :-)
During our 2D1N stay at Swiss Garden Resort & Spa Kuantan Pahang.
I will let the pictures do the story telling this time :-)
Mama ada citer best. Tentang kita siang tadi. Tadi kiter dating berdua duaan meninggalkan abah di opis yang keja meeting tak habis2.. hehehe.. actually last sunday we went to Alamanda nak tgk wayang citer 2012 tapi geramnya mama.. ramai sangat orang lepas tu semua show full house.. muka mama masam mencebik tak dapat tgk tengok wayang masa tu.... padahal kitorang janji untuk Irfan.. patut Irfan lah majuk kan.. tapi setelah "digula gulakan" oleh abah maka Irfan pun tak jadi majuk.. dengan hati yang frust tak dapat tiket.. mama pun tengok lah poster2 citer yang menarik yang bakal ditayangkan.. ada 3 citer best yang sesuai untuk Irfan .. Astro Boy, Christmas Carol & 51 apa ek.... lupa dah.. Maka dan dan tu jugak mama bgtau abah.. hari Khamis nanti mama nak bawak Irfan tgk wayang tapi time opis hour la... abah kata takpe tak kisah.. bagi can kiter dating berdua pulak.. hehhe..
So itulah yg terjadi siang tadi.. kiter pegi tengok movie A Christmas Carol. Irfan yang pilih nak tengok citer tu lepas mama bagi choice nak tengok yang mana satu.. mungkin Irfan tertarik ngan hidung bengkok Mr Scrooge dekat poster.. and Irfan tgk scenary dia cam citer hantu maka irfan tak was2 memilih cerita tu.. lagipun Irfan sangat sukaaaa tengok citer hantu.. sampai dulu masa sebulan abah outstation tu dengan kiter berdua je dok kat umah.. boleh tiap2 malam Irfan nak tengok citer anak Betung tv9 tu.. tu belum masuk nak tengok citer keliwon lagi.. hantu kat CD lagi.. huhuhu sungguh menyeramkan kalau tiap malam camtu..
Ok berbalik kepada citer Christmas Carol tadi.. pada mama citer tu memang best untuk ditonton.. full with adegan suspen dan action.. berjayalah buat irfan tarik tangan mama and pegang kuat2 tangan mama masa scene seram ditayangkan.. Actually tak lah seram sgt.. cuma sound effect dia yang buat citer tu suspen and cam creepy.. tapi masih sesuai ditonton oleh kanak2. Tapi lawak.. Irfan asyik dok ckp dalam wayang tu.. "Iran brave boy. Mama brave girl!" Lepas tu Irfan asyik tanya "where is christmas?" Irfan ingat christmas tu orang agaknya.
Part yang mama suka citer ni bila ia banyak memberikan contoh tauladan dan moral yang baik dalam kehidupan seharian.. banyak pengajaran yang kiter boleh dapat dalam citer ni.. especially untuk menjadi orang yang lebih baik dan berbudi pekerti yang baik.. Mudah mudahan kiter tak jadi macam Scrooge masa dia jahat, tamak kedekut, tiada belas ehsan mcm kat dalam past time dier.
Ok.. ni baru sampai part paling best mama nak citer.. eheheh..Lambat betul.. baru nak sampai tajuk. Otw balik tadi.. as usual kalau dalam keta tu mama ajak lah Irfan berbual2.. Ok topik kiter pada hari ini ialah
"What will you do when mama gets old and sick".
Waktu umur Irfan sekarang memang best layan Irfan berborak tau.. kadang2 apa yang Irfan ckp memang tak disangka2 datang dari mulut Irfan tu.. So this is your answer.. (sudah pasti mama dah cut sket2 apa yang Irfan ckp tadi.. sebab kalau amik semua memang panjang tak cukup page jadinya)
"Kalau mama sakit, Irfan pegi la bawak klinik. Irfan beli la gamat. Kan mama batuk.. nanti mama makan gamat. Lps tu Irfan bwk mama pegi playground,mama sihat la. Lepas tu nanti mama tinggal dengan Irfan lah. Kat rumah Irfan. Irfan ada rumah hotel. Kaler purple n pink. Nanti mama dtg rmh Irfan mesti mama ckp..woww soo beautiful your house! got colourful flowers! Rumah Irfan nanti ada swimming pool. Nanti mama dengan abah pegilah swim kat situ.. nanti Irfan bagi mama pakai pelampung yang kat tangan tu. Mama tido dlm blk Irfan. Nanti Irfan bobok mama sampai mama sleep."
Lepas tu mama tanya pulak.. lepas mama sleep lepas tu Irfan nak buat apa pulak? Irfan jawab...
"Mama sleep la.. Irfan bawak abah jalan2 naik motor besar pulak.. pegi jalan2 beli present mama dekat airport. Mama nak apa? Nanti Irfan dah besar Irfan dah keja baru Irfan ada duit.. nanti Irfan nak beli sport car besar kaler merah. Lepas tu motor besar. Nanti Irfan drive car, mama dengan abah duduk belakang. nenek duduk sebelah Irfan. Kiter pegi airport."
Nak buat apa pegi airport?
"Ye laa.. nak beli present mama dekat kedai dekat airport laaa.."
Mama tanya lagi... Irfan nak jaga mama ke kalau mama dah tua nanti..? nanti mama dah jalan bongkok2.. Irfan jaga?
Irfan jawab..
"Ye la Irfan jagalaaaa.. nanti Irfan tolong mama picit jerawat. Kan mama nanti kecik kan.. babah pun kecik.. Irfan je dah besar. Nanti Irfan jagalaaa. Irfan picit la kepala mama.. kan mama selalu pening tengok komputer kan.."
mama tanya.. habis sapa nak masak nanti..? u jawab..
"mama lah masakk.. eh.. mama besar masak.. kan nanti mama jadi adik kan.. Abah pun jadi adik.. pastu Irfan besar.. nanti ada mama besarlaaaa"
hahhaha,, mama get what you mean.. hmmm 'mama besar' yeeee??? kakkaka..
Yes that words came from your mouth Irfan.. you at age 4. Walaupun dalam ayat2 tu more to your imaginary and macam2 perkara masuk dalam satu cerita.. tapi alhamdulillah... at this age.. you dah tau how to appreciate us.. you've include us in your future.. you have the intention to look after us when we're old... eventhough you dont know what exactly "tua" means.. u ingat tua tu jadi budak kecik balik.. like u now budak kecik.. mama ngan abah besar.. then u think when mama abah tua bermaksud u besar.. mama abah pulak jadik kecik..
That is really sweet of you and really touched mama's heart Irfan. Thank you for making me feel i'm important to you. Mama doakan agar terkota lah hasrat Irfan tu satu hari nanti.. Moga bila Irfan dah besar.. Irfan sentiasa ingat kami berdua.. semoga bila besar, Irfan ingatlah dialog2 Irfan ni yer..
ok.. nanti next mama citer lak bout your progress kat sekolah k.. last tuesday mama dah amik your progress book from teacher. banyak yang nak citer. Later when mama has find a free time to write just like now.. mama tulis k..
Till then.. take care.. MamaAbah love you so :-)
Lepas ni kiter tengok Astro Boy pulakkk!!
To mama, HAPPINESS means always being together.. in reality or in our heart.. always be there for each other.. always be thankful with what we have.. always cheerish the moments we spend together in happy or hard times.. look at each other with LOVE in our eyes and heart.. laugh together.. cry together..stay together.. hugs and kisses each other.. everyday.
No matter how our life is.. what our future will lead us.. what we had going tru all this while, whatever we do, wherever we live, whatever we have, wherever we are, most importantly we have our LOVE as a guidance tru thick or thin, we have our LOVE ones in each other's arms tru rough or soft.. we have our LOVELY memories to remember tru sweet and sour.. that is more than enough to make us HAPPY.
ok... thats only the mukaddimah.. hehhe.. sabtu lepas 14th Nov was Abah's birthday.. we had another sweet memories to remember.. hari ni mama nak buat karangan bergambar sket on what we did on babah's sweet 34 bday.. ekkeke..
Tengahari tu kiter ke Sunway Pyramid.. saja jalan2 di hari besday abah dan jalan2 carik hadiah (utk besday girl.. malamnya kiter pegi bday party.. untuk abah.. belum beli pwesent lagi.. babah kata.. nak beg golf baru.. kekekek.. alamak.. mana mama nak korek uwang besar uwang besar nihhh.. heee).
So.. kiter pun lunch dekat sini...
ada sorang budak sudah pandai order.. dia mintak nak minum fresh orange ngan nak makan pizza... hmm..
masa tunggu food sampai.. budak tu bantai makan roti ni dulu.. sedap betul katanya..
Bunyinya macam turun salji je kat Malaysia bumi bertuah ni.. hehhehe.. jangan salah paham.. musim sejuk di sini bermakna.. musim hujan yang berpanjangan seterusnya membawa kepada keadaan sejuk.. yang kalau tak kuat iman.. asyik nak tido ajer kerjanya kerana suasana nyaman yang dibawa oleh hujan tadi.... dan kalau mengikut perasaan asyik nak makan pula kerjanya.. sebab mengalami kelaparan akibat kesejukan.. huhuhu tu belum kiter stay over the sea lagi tu.. yang betul2 ada salji turun.. kalau tak.. mau 'montok' kiter berdua anak beranak.. Abah jugak yang kurus.. sebab Abah kata Abah makan 10 pinggan pun Abah tetap kurus sebab metabolisme abah tinggi.. ye lah tu.. cik abang oiiii.. meh amik lemak2 mama ni sikit baru seimbang kiter sama2 montok.. hahaha!
Mama tergelak betul masa tadi pakaikan Irfan hat dengan scarf ni.. Irfan cakap :
"Mama ada snow ke kat luar mama? Kan ni pakai masa ada snow je ni.."
hahahha.. kalau boleh memang nak guling2 mama gelak.. tapi demi menjaga hati Irfan yang tak tau sangat apa makna snow tu maka mama pun jawablah...
"taklah, mana ada snow Irfan.. tapi kat luar sejuk.. jomlah Irfan pakai macam ni.. mama amik gambar Irfan "
Irfan jawab..
"Ok.. tapi geli2 lah leher Irfan, mama"
mama dengan konpidennya pun menjawab..
" Takpe Irfan.. Irfan kena biasakan diri.. nanti sok kita pergi negara yang ada snow.. Irfan dah biasa pakai mende ni"
hahhahaha.. begitulah perbualan kiter anak beranak.. yang kadangkala tak masuk akal pun ada.. nak buek camno.. mama pun takde kawan kat umah yang nak di ajak berborak.. kalau ada pun kawan "virtual" je di alam maya.. Irfan je orang paling dekat yang betul2 ada depan mata.. mama layan Irfan.. Irfan layan mama.. Irfan pening... mama pun pening.. mama buat lawak.. Irfan pun gelak.. Irfan buat kelakar.. mama pun gelak juga walaupun kadang2 tak paham pun apa yang kelakar sangat tu.. hahha!
Kalau kat opis dulu tu.. leh lah jalan2 kat cubicle kawan2 nak borak2.. tapi sekarang ni cubicle apanya.. kubisss banyaklah dalam peti ais.. ekekkeke.

© Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP