Thursday, March 28, 2019

D'Coconut Lagoon (East Wing), Pulau Lang Tengah, Terengganu Malaysia

Kira-kira sebulan sebelum cuti sekolah, kakak hantar message dekat whatsapp dengan menyertakan sekali satu link pakej percutian ke Pulau Lang Tengah, yang gambar-gambarnya sangatlah memanggil-manggil. Sebab dah lama sangat tak ke pulau, maka saya terus menyahut ajakannya. Pejam celik, akhirnya sampailah kami ke sini.

Petang Jumaat, selepas ambil Irfan di Bentong, kami pun meneruskan perjalanan ke Terengganu. Mulanya cadangnya hendak ikut jalan tepi laut macam biasa sebelum-sebelum ini kami ke Terengganu. Tapi memandangkan hari pun dah gelap, kami memilih untuk ikut highway sahaja. Tak sangka pula saya perjalanan di lebuh raya menyajikan permandangan matahari tenggelam yang cukup indah. Pertama kali kami ke Terengganu menggunakan jalan lebuhraya. Saya tak terfikir untuk keluarkan kamera waktu itu. Tetapi dengan asyik menikmati panorama matahari jingga hinggalah langit menjadi hitam pekat. Malam itu, setelah kepenatan berada di dalam kereta berjam-jam, kami pun tidur di Merang.



Pukul 9.30 pagi Sabtu kami naik bot laju dari jeti Merang menuju ke Pulau Lang Tengah. 45 minit masanya untuk sampai ke pulau. Dari jauh, kejernihan air sangat mengujakan kami. Pulau ini mempunyai hanya tiga buah resort. Tidak seperti jiran-jirannya iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah lebih kecil dan sunyi. Sesuailah untuk saya yang memang inginkan ketenteraman. heheheh. Kami memilih untuk tinggal di D'Coconut Lagoon. 

D'Coconut Lagoon mempunyai dua bahagian. Saya dan keluarga tinggal di bahagian East manakala kakak saya dan keluarganya pula tinggal di bahagian West. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh hutan yang sedikit berbukit, tetapi hanya ambil masa dalam 5 minit sahaja berjalan kaki untuk berhubung. Tidak menjadi masalah kepada kami, sebab kebanyakan waktu, kami semua di bahagian east kerana waktu snorkeling, semua kena naik bot di jeti yang terletak di bahagian itu. 

Dari segi bilik pula, bahagian West lebih baru dan bilik-biliknya nampak lebih selesa. Irfan sempat juga complain dekat saya.. katanya bilik kami sangat sempit. Saya akui itu, tapi dalam masa yang sama saya menasihatkan dia dengan kata-kata ini : "Mama sudah tanya kalau ada bilik yang lebih besar. Tapi semuanya penuh. Hendak duduk dekat west sama dengan mummy, kita kena top up sampai RM600 lebih. Rasa tak berbaloi pula, sedangkan kebanyakan masa kita bukan duduk dalam bilik je. Kita banyak spend masa kat laut. Kita tak boleh ubah suasana sekeliling kita. Apa yang kita dapat, itulah dia. Tapi apa yang kita boleh kawal dan ubah adalah suasana dalam hati kita. Jangan biarkan suasana sekeliling mempengaruhi kegembiraan kita, sebaliknya kitalah yang mesti pandai dorong hati untuk merasa bahagia walaubagaimanapun keadaan sekeliling kita." 

Haa... nampak..! positif kan Mak Irfan?



Petang tu juga, lepas lunch pukul 12.30 tengahari, pukul 2.30 petang pula kami telah dibawa snorkeling ke dua kawasan. Itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuklah mak mak dan bapak bapak orang. Walaupun dah bertahun juga tak pergi snorkeling, budak-budak ni selamba terjun tiruk dari atas bot ke dalam laut. Bukan main seronok snorkeling sampai tak sedar dah berenang jauh. Banyak juga ikan-ikan yang terdapat di sini. Tapi, saya tak nafikan, kecantikan alam laut di Redang lebih memukau. Mungkin sebab coral di sini ada yang dah mati dan tidak bewarna warni seperti di Redang. Pun begitu kami adalah sangat gembira sekali sebab dapat snorkeling puas-puas. Ikan-ikannya pun bermacam jenis, pelbagai saiz dan warna. Boleh sentuh-sentuh pulak dengan tangan kita. Mereka nampak shark. saya pulak.. bila dengar shark, terus berenang jauh-jauh. hahahha. penakutttt!







Selepas snorkeling naik bot, masih tak puas-puas lagi, terutama yang budak-budak, kami sambung pulak snorkeling depan hotel. Untung, tidak perlu pergi jauh-jauh kat depan hotel pun ada banyak ikan warna warni. Nemo pun ada. Penat snorkeling dan berenang-renang, sambung pula main menyelam-nyelam di celah-celah batu. Irfan macam-macam yang dikutipnya. Dari siput sampailah gamat!












Kemudian, dalam pukul 6 lebih, kami berjalan kaki ke west wing pula. Sebab dari sana boleh nampak sunset. Sambung lagi berenang di pool dan pantai di west wing. Gambar-gambar west wing, nanti next episode InsyaAllah saya letak k! Ini semua gambar-gambar di east wing.

ok.. enjoy the pics!
Nanti sambung lagi.

Read more...

Thursday, March 7, 2019

Rumah kita. Syurga kita.

2019.

Permulaan baru yang telah Tuhan janjikan rahmat di dalamnya. Alhamdulillah.

Keluarga kecil, rumah kecil, kebahagiaan besar.
Begitu perasaan kita.

Kita tidak tahu corak masa hadapan yang telah ditulis Tuhan.
Kita hidup dalam momen yang sekarang.
Kita menghargai dari sekecil-kecil perkara.
Kita nikmati dengan penuh syukur dengan apa yang telah kita punya.
Kita berbahagia dan berterima kasih atas kasih sayang yang kita rasa.
Kita berimpian dan dengan tidak putus asa berusaha menggapainya.
Kita berdoa dan tidak pernah berputus harap.
Dan selebihnya, kita serahkan kepada Tuhan menentukan  jalan yang terbaik untuk hidup kita.

Dalam hidupmu duhai anakku..
Apapun yang sedang engkau jalani..
Percayalah dengan segenap seluruh jiwa ragamu.
Perencanaan Allah itu adalah yang terbaik.


Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP