Tuesday, April 27, 2010

Menanti mama


Menunggu mama berfotoshoot selama 2 jam petang ahad yang lepas. the air was cool and breezy.. awan yang mendung seperti nak hujan.. tapi tidak jadi hujan.. sangat best!

Ini dialogIrfan dengan Abah masa dalam gambar bawah ni.

Irfan : "Cuba abah tiup mulut Irfan. hmmmm... rasa kacang!!!"

hahhaha.. mama pun tak tau la pasal rasa kacang pulak.. kacang dalam mulut abah ter terbang masuk mulut irfan keee...? hahhahaha!

Read more...

Friday, April 9, 2010

Banyak kata... yang tak mampu kuucapkan.. kepada dirimu.

Irfan, semalam mama tunjuk dekat Irfan video clip gambar kiter berdua ni kat irfan.. dan Irfan senyum simpul2 malu.. mama tanya.,.. irfan ingat tak? Irfan kata ingat.. tapi lepas tu irfan senyum2 lagi tengok.. mama tak nak kacau irfan so mama pun ckp mama nak turun pegi dapur, irfan tengok lah. lepas tu mama kuar bilik tapi mama dok intai2 lagi apa yang irfan buat.. mama tengok irfan tenung je klip ni.. sengih sorang2.. mama tak tau apa perasaan irfan masa tu.. sudah faham ataupun tidak dengan apa yang cuba mama sampaikan.. tak mengapa, besar nanti Irfan akan faham.

Irfan akan faham macamana perasaan mama sekarang :-)

Son, I hope I make you proud, that I am your mother everyday. Because, you have filled my dreams, in more ways than words can say.





Stuck2 la video ni Irfan.. ni mama bagi lagi satu yang mama dah upload kat Facebook.



Semalam babah tengok this video klip babah tanya.. eh!! gambar babah mana? hehhhe.. mama memang plan tu next project video clip kiter.. buat dad-son bonding pulak k..

Abah, can you wait..? hehhehe

Read more...

Monday, April 5, 2010

Tentang impian

Mama dan Abah ada impian. Impian yang lama dah kami idamkan. Cuma memerlukan satu langkah keberanian. InsyaAllah.. kali ini kami tidak akan menoleh ke belakang lagi.. Kami mahu impian itu termakbul.. untuk kita... untuk Irfan..

Mama tak dapat beritahu lagi apa impian itu selagi ia tak betul2 menjadi realiti. tunggu saatnya.. mama akan bercerita jugak..

Untuk Irfan.. pasanglah impian Irfan.. berangan-anganlah.. dan berusahalah.. untuk menggapai impian walau setinggi langit.. Tapi ingatlah selalu Irfan.. dalam usaha dan gigih serta keterujaan Irfan menggapai bintang2 itu.. jangan sesekali Irfan lupa kepada bumi yang banyak berjasa.. kepada tanah yang kita pijak.. kepada rumput tempat kita kadang2 menumpang duduk di atasnya. Jangan lupa pula.. pada waktu hari yang cerah.. waktu matahari memberi cahaya, waktu rainbow mengindahkan suasana, kadang2 akan datang hujan.. hujan panas.. hujan ribut, petir dan kilat akan sentiasa sabung menyabung.. berselang seli menghiasi bumi Tuhan.. lalu bersabarlah waktu menunggu matahari muncul memberi sinarnya semula, bersabarlah.. kerana ribut petir itu yang nanti akan Irfan hargai.. bila Irfan sudah berjaya menggapai impian Irfan tu.

Pasanglah niat yang baik ketika awal mencipta impian.. InsyaAllah dari situ segalanya akan Allah permudahkan. Segalanya datang dari hati.. bersihkan hatimu selalu... senyum walau dalam susah.. jangan mengeluh dengan takdir.. bersabar dan sentiasa bersyukurlah. Seandainya Irfan tidak memperolehi apa yang Irfan angan2kan.. bersangka baiklah.. kerana memang telah ditetapkan itu bukan rezeki Irfan. Yang Maha Esa tahu apa yang tebaik buat dirimu. Berusahalah, Irfan. Mama dan Abah sentiasa akan mendoakan kesejahteraan hidup Irfan, InsyaAllah.



semoga impian kita termakbul, InsyaAllah.

Read more...

Thursday, April 1, 2010

Di lokasi itu..

Moment ini yang kita akan kenang sampai mama dan abah takde lagi dah di dunia ini.. saat2 inilah yang boleh buat kiter tersenyum mungkin bila kita perlu duduk berjauhan nanti.. waktu babah korek telinga irfan masa tunggu mama berphotoshoot, waktu mama memangku irfan ketika tunggu client salin baju.. waktu mama duduk di tasik sama2 ngan irfan waktu menunggu client datang.. waktu kita guling2 dekat rumput2 ala cerita hindustan shahrukh khan.. waktu irfan pandai bawak diri sendiri pergi conteng2 buat face painting waktu majlis hari jadi.. inilah pengorbanan namanya. Terima kasih dari mama buat abah dan irfan yang sentiasa memahami.. Inilah yang mama harapkan dan akan cherish selalu. harganya? tidak ternilai!








Read more...

Sejuk hati ibumu ini..

Irfan memang anak yang baik.. kalau notti2 pun memang mama akan marah.. tapi lepas dah cool kiter dua2, mama akan terang dan selalu cakap.. "irfan anak yang baik.. irfan selalu ikut cakap mama kan." mama percaya kata2 seorang ibu memang merupakan satu doa.. walau macamana nakal pun anak.. kalau boleh mama cuba elakkan dari menggunakan perkataan yang tak sepatutnya.. kalau mama marah pun.. last2 mama akan tutup marah mama tu dengan cakap "irfan anak yang baik." Irfan selalu angguk2 je bila mama ckp macam tu.. mama perasan irfan suka bila mama bgtau irfan anak yang baik.. irfan senyum2 bangga bila dapat tau irfan seorang anak yang baik.. lepas tu mula la irfan cari bahu mama ke kaki mama ke.. tangan mama ke untuk irfan picit2.. tak payah mama suruh.. lepas tu mama cakap lagi irfan anak yang baik.. lagi rajin irfan picit.. bab ni memang babah irfan pun leh kalah.. irfan pandai amik hati..

ni gambar2 sesudah irfan teman mama amik gambar client.. hari tu abah tak dapat teman sebab abah ada golf pulak.. so mama bawak la irfan.. mama sedih sebenarnya bila tengok irfan main sorang2 masa mama amik gambar.. kadang tu irfan tengok je client mama tu sambil berdiri tepi mama.. irfan tak pernah kacau.. tapi irfan tengok mereka seolah2 menarik perhatian irfan. irfan dah biasa ikut mama keja.. kadang2 tu irfan yang request nak ikut mama.. kadang2 siap tanya hari ni kita pergi rumah baby ke main kat taman? client2 mama pun dah kenal dengan irfan.. tidak ada masalah untuk mama bawak irfan ke mana2..

Lepas shoot selalu kiter akan releks2 and spend our family quality time kat taman tempat mama shoot tu pulak. macam dalam gambar ni.. irfan dan mama bereksesais kat outdoor gym kat taman tu.. lepas penat baru kita balik.

Irfan, kekalllah menjadi anak yang baik hingga ke besar, k!

Read more...

dan di sebalik curtain itu..

kita dok main2 tukar2 pose.. 1st time mama bagi irfan pegang kamera d300s mama.. dan irfan dapat snap byk kali muka mama... mula2 irfan pose.. pastu mama pose.. bila mama tak bagi irfan pegang.. irfan ckp kejap je mama.. kejap je.. satu jee.. lepas tu bila dah dapat pegang.. mama buat muka biasa irfan ckp.. tak lawa la mama.. cuba buat camni... cuba senyum kiut2.. cuba buat mata kecik2.. bestlah rasa hari tu anak mama shoot mama pulak.. tapi hasilnya mama takleh la tayang kat sini sebab muka mama ala2 tak berapa nak semenggah sebab muka sebal makan ubat minggu ni asyik pening batuk selsema je mama belum kebah2.. huhuh.. so mama letak hasil mama amik gambar irfan je lah ye..


Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP