Tuesday, August 25, 2015
Monday, March 30, 2015
Teruskan berjalan dan senyumlah
Sebab yang indah, yang manis dan yang cerah itu akan sentiasa diselang selikan dengan yang buruk, yang pahit, yang mendung. Itulah namanya hidup. Agar kau belajar apa itu cekal, bila yang kecil-kecil mahupun yang besar tidak mampu merobohkan kuat hatimu sebab segala yang kau lalui, kau hadapi dengan sabar. Teruskan berjalan dan senyumlah.
Love you till jannah,
Mama.
Read more...
Be brave
- David Duchemin (he is mom's favorite writer)
Wednesday, July 11, 2012
Dan.. bila malam...
Dengan nikmat mata yang boleh melihat..
nikmat hidung yang boleh menghidu..
nikmat telinga yang boleh mendengar..
nikmat mulut yang boleh berkata-kata..
nikmat alam di sekeliling..
nikmat badan yang sihat..
nikmat orang-orang tersayang di sekeliling..
nikmat udara.. nikmat matahari..nikmat siang dan juga malam..
Lalu mesti apa Irfan?
Alhamdulillah.
Love;
~ Mama. Read more...
Tuesday, February 7, 2012
Remember us
Dear Zaki Irfan,
Satu hari kamu besar..
dalam susah.. dalam senang..
dalam suka.. dalam sedih..
ingat kami berdua..
ingat kita bertiga..
ingat kita :-)
Love you to the moon and back!
Mama & Abah
Thursday, October 20, 2011
Suatu refleksi
Penulisan adalah suatu refleksi.
Riak muka adalah suatu refleksi.
Sahabat handai adalah suatu refleksi.
Mama dan Abah juga adalah suatu refleksi.
Semua refleksi tentang diri kamu.
Jagalah seluruh refleksi itu.
Love,
Mama
Tuesday, October 18, 2011
Bersyukurlah
Di saat langit membiru, cantik kepulan-kepulan awan..
Bersyukurlah.
Bersyukurlah, Irfan.
Tiada apa yang susah.
Jika engkau bersyukur.
~ Mama.
our home; 17th Oct '11
** Irfan, Tahu apa maksud nama Irfan?
Irfan = Yang Bersyukur / Berterima kasih.
mama mencari dahulu apakah 'bersyukur' dalam bahasa Arab, lepas tu baru lah mama memberi nama 'Irfan.'
Harapan mama dan abah semoga irfan menjadi anak yang sentiasa bersyukur, insyaAllah.
Thursday, March 3, 2011
Cekalkan hatimu.
Anakku, jika satu hari nanti kau ditimpa masalah, janganlah engkau berkeluh kesah. Jadikan masalah sebagai warna warni kehidupan. Kan bosan kalau dunia hanya ada satu warna? Ujian & dugaan sebenarnya adalah hadiah dari Tuhan untuk kita memperoleh hati yang cekal, jiwa yang kuat dan berani menghadapi & menyelesaikannya.Besar nilai hadiah itu kan? Lalu, hadapilah dengan tenang dan berterima kasihlah pada Yang Maha Mengetahui.
~ Mama
Thursday, August 26, 2010
Buat baik jangan diharap balasan.
Irfan,
Bulan Ramadhan tahun ini pada mama penuh dengan ujian. lepas satu satu ujian yang datang. Tapi mama bersyukur kerana ia datang dalam bulan mulia ini.. sebab di bulan ini lah kita digalakkan untuk bersabar. bukan sahaja bersabar menahan lapar dan dahaga tetapi juga bersabar hati dan jiwa waktu dugaan dan ujian datang.. Bila diuji begini.. selalunya mama akan muhasabah diri.. melihat diri di mana silap mama dan mama akui mama banyak dosa yang telah mama lakukan samada mama sedar atau tak.. lalu mama bersangka baik pada Allah.. Allah tidak akan menguji seseorang luar dari batas kemampuannya... mama pernah baca dulu.. ujian juga merupakan kifarah dosa untuk seseorang asalkan kita sabar dengan penuh tenang menghadapinya.. mama juga benar2 berharap ujian2 yang mama lalui ini juga meruapakan kifarah dosa2 yang telah mama lakukan sebelum ini.. Lalu kerana ujian inilah.. mama benar2 bersyukur.. Terima kasih Allah.
Irfan, sebagai manusia kita tidak akan tahu apa yang tersirat dalam hati manusia yang lain.. kita tidak tahu samada orang itu ikhlas ataupun tidak.. apa yang penting, Irfan sentiasalah bersangka baik kepada semua orang.. bersangka baik bukan bermaksud Irfan senang untuk di pijak2.. tidak salah Irfan beralah.. irfan bersangka baik.. kerana hanya itu cara untuk kita membersihkan hati dan itu juga salah satu cara suapaya kita tidak mengandaikan hanya diri kita sahaja betul dan orang lain pula semua salah.
Baru2 ni mama diuji agak perit juga.. bila mama memberi bantuan tetapi dibalas tidak baik.. bahkan bukan itu sahaja tetapi mama juga turut diburuk-burukkan orang. Tapi macam mama cakap.. mulanya mama akan melihat dulu diri mama mungkin selama ni mama ada melakukan kesalahan yang mama tidak tahu.. lalu diberikan ujian ini.. supaya lepas ni mama tak buat salah yang sama.. atau juga mungkin Allah ingin mengingatkan mama agar sentiasa berhati2 dalam pergaulan agar tidak mudah percaya kepada orang.
Sakitnya memang ada lebih2 lagi bila datang dari orang yang kita sudah anggap kawan. Takpe.. Irfan ingat, bila irfan suatu hari diuji begini, bersabar dan muhasabah lah diri Irfan. Kerana dengan keihklasan irfan menolong orang, kesabaran Irfan insyaAllah lambat laun Allah akan memberi ganjaran untuk Irfan. Mungkin Irfan tidak akan dibalas baik oleh orang yang Irfan tolong tadi, tetapi percaya dalam hati Allah itu maha berkuasa.
Alhamdulillah, semalam sesuatu yang mama sangat tak sangkakan berlaku dalam hidup mama. Alhamdulillah.. terima kasih Allah yang menurunkan mama dugaan dan ujian kerana dengan berkat kesabaran dan kepercayaan kebaikan itu terbalas juga.
Kelmarin, Boss yang menyewa sebelah ofis kita datang ketuk pintu studio kita.. Dia menanyakan tentang pakej2 yang kita provide untuk client. Mama pun terangkan lah.. dan mama mintak maaf sebab selalu kunci pintu.. so nampak macam tak inviting studio kita tu untuk orang luar.. especially dengan 'jiran' sebelah mama rasa bersalah sangat.. ye lah sepatutnya kan kita kena bermesra dengan jiran2.. bila pintu sentiasa berkunci macam tak mengalu alukan pulak orang datang. Bukan mama taknak bukak.. tapi mama rasa bahaya esp mama selalu ada kat belakang.. takut tak tahu apa yang jadi didepan nanti.. Mama cakap dekat dia mama dan abah ada plan nak install pintu kaca.. so orang luar boleh lah nampak kat dalam and gallery kita pun nampak lah inviting sikit. Tapi mungkin makan masa sikit. Tanpa mama duga, uncle tu cakap.. dia nak bagi mama pintu kaca.. dia kata kalau nak install pun makan dalam 700 ringgit.. kebetulan dia ada 2 pintu kaca lama yang tidak digunakan sebab dia dah install yang baru. mama tergamam.. sebab itu kali pertama mama berborak dengan dia dan dengan rela hati dia ingin memberi kepada kita. pemberian tu mama terima dengan hati yang terbuka. Lalu semalam uncle coki dan uncle tu pun bawak masuk pintu tu kat opis kita. Nanti abah cari org untuk installkan. Bukan itu sahaja, malah uncle tu telah pun book satu photography session dengan EOG. Alhamdulillah.
Kita mungkin tak mampu menghulurkan bantuan dari segi barang atau harta sebagai balasan.. tetapi bagaimana bentuk balasan yang kita perlu bagi untuk orang yang sebegini? Ucapkan terima kasih, dan selitkan juga doa untuk dia dalam doa2 harian kita agar rezekinya dimurahkan.. agar Allah menyayangi dan sentiasa memelihara dia dan keluarganya insyaAllah.
Ok Irfan harap Irfan dapat belajar dari cerita mama ni.. Ingatlah, berbuat baik jangan diminta balasan k!
Wednesday, August 25, 2010
Jangan khianati kawan-kawanmu
Irfan,
Untuk mencapai cita2 bukanlah mudah. Banyak yang bakal Irfan lalui.. penat lelah sudah menjadi perkara biasa.. inikan pula mengahadapi hasat dengki orang lain.. sudah pasti awalnya irfan akan merasakan itu yang paling menyakitkan.. lebih2 lagi apabila mendapat respon sebegitu dari orang yang Irfan kenali.. Apa yang lebih pedih apabila kita sudah menganggapnya sebagai kawan.. meletakkannya di satu tempat dalam hati kita.. mama.. apabila sudah berkawan.. mereka semua ada tempat istimewa dalam hati.. tapi.. apabila rasa diri dikhianati..bertenanglah Irfan... Allah itu Maha Mengetahui.. Bergantunglah kepadanya setiap masa..
Mama selalu bermohon agar anak mama dilindungi hatinya.. dikurniakan hati yang putih bersih sehingga Irfan besar.. kerana segala kekuatan itu terletak pada hati.. apabila kita gembira.. hatilah yang akan mengajar kita supaya sentiasa bersyukur.. bila kita marah hati juga yang akan mendorong kita untuk lebih bersabar.. apabila kita sedih.. hati juga yang akan membantu supaya kita akan menjadi tabah. Semoga luhurlah peribadimu Irfan.. seluhur hatimu ketika kamu masih bayi dan kanak-kanak.
Mama mungkin takde harta yang banyak untuk mama curahkan buat Irfan bila Irfan besar nanti.. tapi mama tahu mama ada hati yang kuat untuk dijadikan contoh untuk anak mama.... untuk di warisi oleh Irfan.. kadang2 hati mama terusik juga dan kadang2 juga hati mama sakit lunyai dikerjakan orang.. diperli orang.. di cucuk2 orang.. samada terang terangan ataupun disorokkan.. mama juga belum cukup sempurna.. tetapi mama cepat2 minta agar Allah berikan mama petunjuk dan kesabaran.. lebih2 lagi dalam keadaan mama sekarang.. mama perlukan kekuatan untuk meneruskan cita-cita mama. Dan paling utama mama minta hati mama kuat agar tidak menjadi seperti mereka yang sentiasa menyakiti. Wahai hati.. sabarlah.. Ada nikmat disebalik kesabaran ini..
Mohonlah selalu Irfan agar dikurniakan hati yang putih bersih.. hati yang baik seluhur luhurnya.. jangan ada rasa dengki dalam hati Irfan apabila melihat kejayaan orang lain.. jangan mengkhianati sesiapapun yang ada dalam dunia ini.. kuatkan hati Irfan.. cekalkan hati Irfan.. kerana hanya orang yang bersabar sahaja yang akan berjaya. Andai ada yang menyakiti Irfan kelak (yang mana mama doakan itu tidak akan berlaku) Lama kelamaan berkat hati yang kuat, hati yang bersih.. Irfan pasti akan lali dengan cemuhan orang dan kesakitan yang orang lain buat kepada Irfan. Jangan sesekali Irfan membalas.. sebab andai Irfan membalas, kelak Irfan akan menjadi tidak ubah seperti mereka.
Mama dan Abah sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup Irfan.
Membesarlah dengan hati yang bersih mengiringi perjalananmu.
"Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)." ~ Al-fat-h ayat 3
"(Tuhan yg m'buka jalan kemenangan itu) Dia lah yg menurunkan semangat tenang tenteram ke dlm hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana." .~Surah Al-Fat-h ayat 4
Monday, April 5, 2010
Tentang impian
Mama dan Abah ada impian. Impian yang lama dah kami idamkan. Cuma memerlukan satu langkah keberanian. InsyaAllah.. kali ini kami tidak akan menoleh ke belakang lagi.. Kami mahu impian itu termakbul.. untuk kita... untuk Irfan..
Mama tak dapat beritahu lagi apa impian itu selagi ia tak betul2 menjadi realiti. tunggu saatnya.. mama akan bercerita jugak..
Untuk Irfan.. pasanglah impian Irfan.. berangan-anganlah.. dan berusahalah.. untuk menggapai impian walau setinggi langit.. Tapi ingatlah selalu Irfan.. dalam usaha dan gigih serta keterujaan Irfan menggapai bintang2 itu.. jangan sesekali Irfan lupa kepada bumi yang banyak berjasa.. kepada tanah yang kita pijak.. kepada rumput tempat kita kadang2 menumpang duduk di atasnya. Jangan lupa pula.. pada waktu hari yang cerah.. waktu matahari memberi cahaya, waktu rainbow mengindahkan suasana, kadang2 akan datang hujan.. hujan panas.. hujan ribut, petir dan kilat akan sentiasa sabung menyabung.. berselang seli menghiasi bumi Tuhan.. lalu bersabarlah waktu menunggu matahari muncul memberi sinarnya semula, bersabarlah.. kerana ribut petir itu yang nanti akan Irfan hargai.. bila Irfan sudah berjaya menggapai impian Irfan tu.
Pasanglah niat yang baik ketika awal mencipta impian.. InsyaAllah dari situ segalanya akan Allah permudahkan. Segalanya datang dari hati.. bersihkan hatimu selalu... senyum walau dalam susah.. jangan mengeluh dengan takdir.. bersabar dan sentiasa bersyukurlah. Seandainya Irfan tidak memperolehi apa yang Irfan angan2kan.. bersangka baiklah.. kerana memang telah ditetapkan itu bukan rezeki Irfan. Yang Maha Esa tahu apa yang tebaik buat dirimu. Berusahalah, Irfan. Mama dan Abah sentiasa akan mendoakan kesejahteraan hidup Irfan, InsyaAllah.
semoga impian kita termakbul, InsyaAllah.


