Wednesday, December 29, 2010

Rutin..

Kul 6.30 atau paling leway kul 6.45 pagi kita orang pertama kuar tinggalkan rumah nak ke kerja.. kiter tumpang abah then abah drop ke ofis.. irfan syok la tak yah mandi ngan air liur basi masuk keta sambung tido dalam keta .. sampai lah ke studio.

dulu awal2 sampai studio irfan terus bukak baju mandi.. tapi ni semangat pun dah ilang ke mana.. irfan sampai studio mama.. irfan cakap
"mamaaaaaaaaa.. nak susuuuuuuuuuuu"
dah le minum susu dalam botol lagi.. hikhikhik :p
lepas minum susu puas2 irfan pun sambung tido balik.. wah wah wah.. sedap lah ye... tapi ok jugak mama leh start keja awal sebelum irfan bangun.. mama pulun apa yang patut.. tapi yang tak tahan kalau irfan bangun lambat sangat nak dekat kul 10!! kesian mama tau.. perut mama lapar tunggu irfan bangun. Lepas bangun irfan terus mandi.. kadang2 ngada2 nak mama mandikan..
"lama mama tak mandikan irfan.. irfan suka mama mandikan". begitulah kalau nak bodek.

lepas mandi kiter turun bawah tapau breakfast naik atas makan kat opis sambil gossip2.. best betul part ni.. ada gak kawan opis mama yang boleh mama buat gossip..

ok abah dah sampai. Nak balik!



Read more...

Always cheeky... always happy ini budak!

Jangan buat camni selalu.. kang juling betul2 mata tu baru tau!

Read more...

Wednesday, December 22, 2010

You and me always... and forever!!

Mama ada beratus2 gambar irfan yang mama amik.. then mama realize mama ada skett je gambar dengan irfan.. oleh kerana itu mama nak bina azam baru... heeee.. nak amik gambar ngan irfan sebanyak mungkin. sebagai pendahuluan, mama plan amik gambar kita hari2 kat dalam opis nih.. do all the crazy things... dan terima kasih kepada Mr. Tripod.

pssttt.. amacam irfan? ok tak style baru mama nih?? hikhikhik.. ada lagi gambarr.. nanti mama share lagi eh..


Read more...

Your antics

Irfan.. lama mama tak jot down kat sini... sorii.. mama nak sangat.. tapi bila nak update ada saja hal yang datang..

mama nak tulis banyak2.. tapi mama tak cukup masa sebanyak itu.. sibuk dengan kerja.. sibuk dengan rumah.. dan yang paling penting sibuk dengan kamu ler :p

so.. mama pikir2 untuk pendekkan cerita ni mama copy paste status2 mama dekat FB untuk tunjuuk kat Irfan kat sini.. macam summary la apa yang berlaku..

semoga satu hari nanti irfan tau.. mama syok ada irfan teman mama selalu keja kat sini tak kira camne notti or cheeky pun.. irfan tetap menceriakan hari2 mama dan abah juga!

ok mama start dari hari lepas bday mama hari tu..

Had a perfect 32 yesterday. Alhamdulillah :-). TERIMA KASIH buat semua di atas ucapan yang diberikan. It means a lot to me. You guys totally make me one of the happiest person in the world! THANK YOU!!
December 7 at 3:17pm

dia tolong mama sidai kain pagi tadi.. tiba2 boleh dia cakap :
"ini spender irfan ke spender abah ni mama?" hahhahaha!!! spender sendiri pun dah tak kenal..
December 10 at 4:25pm

sunyi dan sepi. baru hantar anak ke rumah nenek pagi tadi. takleh jadik. macam nak amik balik je malam nih.
December 14 at 1:59pm

pergi gelap. pulang pun gelap.
December 15 at 7:45am

ok jugak budak kecik tu takde ek. boleh mama siapkan keja cepat2.
December 15 at 2:02pm

‎"Irfan tadi kan.. irfan tido kat depan kan.. irfan gigit baju. Irfan lapar."
Ha!!! tau pun! baru nak bangun. sapa suruh..?
December 16 at 10:41am

baru lepas pekena foot massage. siap2 dah nak balik.. ujan.. ujan..
December 16 at 6:15pm

budak tu baru kena kurung kat depan. degil sebab pegi gunting2 kertas A4 mama. suruh stop tak mau. baru dibenarkan masuk opis. muka sememeh je minta simpati.
4 hours ago

baru lepas balik makan kat nuin cafe. dia nampak pasu besar terlekat kat dinding kedai tu..
" kaya orang ni kan ma... besar pasu dia tuuuu.."
hahahhahahah!!!
about an hour ago

ok tu je takat ni.. penat lak mama nak retreive satu2 kat fb.. ok lah luv ya funny little guy!

ok ni gambar baruuu je amik tadi.. haa.. sok besar jangan buat sepah2 gini lagi.. kecik2 takpe mama kasik can lagi..

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP