Thursday, July 23, 2009

Bermalas malasan dengan si busyuk

Ahad lepas. Ini dia aktiviti kami setelah had our late lunch kat rumah. Lunch nak dekat pukul 3 sebab ada dua beranak tu bangun lambat dari tidur. Mama pegi keja pagi2 mereka belum bangun lagi. Kul 11 lebih mama balik tengok Irfan masih bucuk belum mandi dok elok sarapan cekodok yang dibuat oleh babahnya. It's normally their bonding times during the weekends.. so mama lets babah do everything for his son.. hehehhe bagushh tak mamanya curik tulang? :p pastu nak dekat kul 3 babah masak pulak udang kegemaran irfan.. then we had lunch together dengan budak busuk ni.. lepas habis makan mama paksa dia mandi sebab badan berlengas dah.. lepas mandi tak nak pakai baju pulak dah.. katanya nak ikut gaya babah LOL! Lepas tu apa lagi.. monkeying around lah dari bawah ke atas..








Ini Dinasour katanya.

Pastu kami bersiap2 untuk jumpa Mommy Ayu yang datang dari Brunei. We met them at Bukit Bintang KL. Mommy sengaja check in satu hotel kat situ 3 hari supaya dekat tempat nak shopping katanya.. sampai2 situ tengok Ucu didi ngan Acik pun ada.. dan buat julung kalinya kami beramai2 malam ahad tu jalan kaki dari bukit bintang ke Pavilion.. asalnya nak tgk Harry Potter.. tapi seperti yang disangka full house.. maka dinner saja lah kami di situ.. tobat lah mama tak buat dah keja ni.. dengan dikelilingi pak2 dan mak2 arab sepanjang perjalanan memang betul2 terasa bagai di negara padang pasir daaaa...

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Si Dia.. peneman mama yang setia..

Cuaca pagi tu sangat cantik.. walaupun dah nak dekat pukul 10 tapi tak berapa panas.. sedang2 ajer.. tak terlalu panas dan tak mendung.. tapi cool.. breezing.. babah pegi main golf kena entertain client dari korea datang kilang.. so pagi tu mama bawak irfan teman mama pegi ambil gambar.. gambar2 ni diambil masa kami sedang tunggu client sampai. Kami berborak2 sambil membaling batu ke dalam tasik.. ketawa bila irfan cuba melakukan pelbagai aksi pose.. dan mama menjawab segala soalan yang diajukan olehnya kerana sekarang dia dalam stage nak tahu tentang semua benda. Kenapa batu2 kat situ sejuk pun dia tanya. :-) Kalau boleh sehingga ke akar umbi ingin dikoreknya.

Selalu mama takut nak bawak dia kalau sorang2.. takut dia kacau atau takut tak terhandle mama nanti mana nak amik gambar client lagi..nak tengok2 dia lagi.. lain kalau ada babah dia ikut sama.. tapi rupa2nya dia dah besar.. sikit pun tak kacau.. tapi pandai bawak diri.. masa mama tgh bz ambil gambar, dia sorang2 cari batu dan baling2 dalam tasik.. duduk2 sambil perhatikan mama buat keja.. kadang2 datang dekat mama peluk2 lepas tu buat keja dia balik.. Sayu juga hati dan terlepas juga rasa rasa penat bila lihat dia macam tu.. sejuk hati mama, Irfan :-)

Rezeki dia, akhir sessi client pun belanja kami berdua naik boat keliling tasik sebab client nak ambil gambar dalam boat.. punya lah dia suka sebab masa tunggu awal2 tu mulut dia bising minta naik boat.. maka apa lagi pucuk di cita ulam mendatang.. seronok bukan kepalang. tapi awal2 mama pesan agar dia dok diam2 dalam boat tu.. sebab mama has to work.. kena ambil gambar.. Alhamdulillah dia duduk diam sambil merenung tasik yang indah.. what a lovely morning for both of us..

Habis sessi kami terus menghala pulang .. tapi memandangkan dah kul 12 maka mama bawak dia pegi lunch terus dekat Ani Sup Utara dekat Bangi. Banyak dia makan sambil buat2 lawak dalam kedai sampai ada pengunjung lain yang terhibur dengar telatah dia.. disuruh baca doa makan, sengaja dia membaca doa penerang hati.. siap ending "rabbana.. aatina.. fiddunnya hasanah.." nasib baik lah tak tersembur makanan org sebelah meja tu .. sebab mama pun curi2 jeling tengok mereka yang tersengih2 melihat gelagat Irfan.

Lepas habis makan kami terus pulang dan tertidur kepenatan sampai babah pulang pun kami tak sedar :-)

Alhamdulillah Allah bagi petunjuk dekat mama dan buka pintu hati mama untuk membuat keputusan yang tepat dalam hidup mama. Hampir 2 tahun mama berhenti kerja dan membuat keputusan untuk buat fulltime fotografi.. Alhamdulillah, buat masa ini takde sedikit rasa kesal pun di hati. Bisnes mestilah ada pasang dan surutnya.. tetapi melihatkan apa yang telah mama perolehi so far, mama sememangnya sungguh bertuah.. bukan material yang mama kejarkan, tetapi Mama perolehi masa yang banyak dengan anak mama.. hati senang bila lihat anak membesar di depan mata dan hanya terpisah sekejap sahaja waktu Irfan ke pre-school. Selebihnya, masa dapat mama habiskan dengan Irfan. Anak membesar dengan begitu cepat. Mama tidak mahu mensia-siakan setiap detik itu. Nanti bila dia besar, mama tak mau ada rasa penyesalan di hati. Kecik2 ni mama mau berasa puas mendakap.. menggomol dia setiap hari agar nanti mama tidak terkilan bila satu masa dia sudah besar dan mungkin sudah malu bila mama ingin menggomolnya seperti sekarang. Lebih2 lagi buat masa sekarang masih belum ada tanda2 untuk Irfan dapat adik.. tak mengapalah.. itu semua kuasa Allah.. Apa yang penting kita kena menghargai apa yang kita ada. Mama berdoa untuk diri sendiri semoga sentiasa beringat2 dan tidak mensia-siakan peluang yang ada..

Irfan, terima kasih kerana sentiasa menjadi peneman mama yang setia :-) Buat semua... katakanlah setiap hari kepada anak2 yang kita sayangkan dia.. dan galakkan dia menyatakan kembali yang dia pun sayangkan kita :-)










Read more...

How to Raise Your Child's Self-Esteem - 99 easy things to do.

source by : Nancy Krulik

1- Pull out a photo album filled with your child's baby pictures. Tell him stories about when he was a baby. It will be a special trip down to memory lane for both of you.


in my case, I teach him how to compile and arrange the pictures into our new family album, since we didn't have a proper album for his baby's photos before. Dulu semua pakai album yang kedai gambar bagi. :-) Dan.. bersiapsedialah untuk mendengar segala "W" questions yang diajukan olehnya. It was very funny sometimes to hear his opinion about himself when he was a baby.


2- Encourage your child to help you to do the houseworks. Praise his efforts, without worrying about the results.


he helped me to fold his own cloth, walaupun mama tau tak sekemas mana dia lipat tu at least dia ada effort untuk menolong.. Jangan lah betulkan cara lipatan dia tu depan2 dia.. just puji yang dia pandai lipat supaya dia akan tolong lagi in future. hihihi tapi bila dia dah start buat keja lain or tak nampak, barulah mama betulkan balik yang dia lipat tu.


ni dia sedang tolong MakTeh cuci keta. Actually sonok tu.. mula2 konon kata nak tolong tapi sebenarnya lebih nak main air sambil tak berbaju camtu.. :p

Ada masa nanti mama share lagi another 97 easy things to do with your child k!
Take care!

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

Wayang

Last saturday dah gi tgk Ice Age 3. Malam ni babah dah belikan tiket to watch transformer lak.. Actually its more for Irfan sebab mama ngan babah dah tgk dah movie ni without Irfan hehehhe.. (babah siap amik cuti tu.. ekekek) so malam ni bawaklah si anak bujang tu gi tgk.. sebab hari2 dok main bumblebee ngan optimus prime dia kat umah.. kesian lak tgk muka dia hari2 ajak kitorang gi tengok..

Ok.. as usual.. selain tak berapa rajin.. actually agak sibuk gak utk mengupdate blog nih.. but last weekend ada ambil gambar Irfan yang proper sket masa tunggu client sampai .. nanti bila2 akan saya update insyaAllah :-)


Till then, bye!

oh btw, seperti biasa.. gambar hiasan..

masa ni attend Birthday Irfan Junior dekat Kuantan ;-)







Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP