Monday, April 23, 2018

Air Terjun Sungai Gabai

Terletak kira-kira 5 minit memandu dari homestay tempat kami tinggal terdapat kawasan perkelahan air terjun Sungai Gabai.  Sebaik sahaja selepas sarapan, dalam pukul 9 pagi, kami pun bertolak ke sana untuk menikmati air terjun yang sejuk di pagi hari. kami membawa bekal nasi lemak bungkus dan kuih muih untuk menampung perut yang pasti lapar nanti selepas puas menyelam. Anak-anaklah yang paling teruja. Terdapat 'slide air terjun' di bahagian atas. Untuk ke sana perlu memanjat tangga yang boleh tahan tingginya. Saya hampir-hampir tewas dan berputus asa di tengah jalan tapi kugagahi jua demi menikmati keindahannya. Alhamdulillah berjaya!

Anak-anak termasuklah mak bapak anak sebenarnya jarang berpeluang berkelah ke kawasan air terjun berbanding ke tepi pantai. Memanglah sesuatu yang baru untuk anak-anak ini, walaupun sejuk menggeletar-geletar tak menghalang mereka menikmati keseronokan. Bila naik dari air, masing-masing kebulur cari makan. Kalau tidak dipanggil naik, mungkin sampai ke petang mereka berendam. Tetapi kami akur, pukul 12 tengahari masing-masing perlu keluar dari air dan bersiap-siap untuk balik ke homestay semula. Perlu berehat-rehat sebelum acara sukaneka keluarga pula di sebelah petangnya.







'slide air terjun' yang menjadi rebutan.







Read more...

Friday, April 13, 2018

Family day

Aktiviti petang Jumaat sebaik sahaja sampai ke Rumah Gadang De Lui Family Retreat; destinasi hari keluarga kami pada kali ini. Tahun ini dekat sahaja percutiannya.. hanya di Hulu Langat atas permintaan Atok dan Nenek yang tidak mahu berlama-lama perjalanan di dalam kereta. Asalnya ingin mandi laut di Port Dickson, tetapi musim cuti sekolah, maka hotel banyak yang sudah penuh.

Seronok juga ke Langat, tinggal di homestay yang agak luas juga kawasan lamannya. Anak-anak pun puas bermain. Terdapat anak sungai kecil pula di belakang rumah. Apa lagi masing-masing yang jarang mandi sungai ni pun melompat-lompatlah kegirangan. Pengalaman baru untuk mereka. Seronok!

Esoknya kami berkelah ke Air Terjun Sungai Gabai pula. Itu nanti gambar-gambarnya akan di letakkan kemudian. Enjoy dulu gambar-gambar kali ini!


Hulu Langat; March 2018



Read more...

Wednesday, April 11, 2018

Wealth


Wealth can also be that attitude of gratitude 
with which we remind ourselves everyday 
to count our blessings.

BSP; February 2018



Read more...

Pursuing a bigger dream












Don't ever let someone tell you that you can't do something.
Not even me.
You got a dream, You gotta protect it.
When people can't do something themselves,
they're gonna tell you that you can't do it.
If you want something, go get it. Period.

~pursuit of happiness 


Putrajaya; February 2018 



Read more...

So proud of you.


I wish you strength to face challenges with confidence.
Along with the wisdom to choose your battles carefully.
I wish you adventure on your journey.
And may you always stop to help someone along the way.
Listen to your heart and take risks carefully.
Remember how much you are loved.
I am so proud of you. ❤



MRSM; February 2018



Read more...

You are not alone


You are not alone.
I am here with you .
Though we're far apart.
You're always in my heart. .



MRSM; February 2018 



Read more...

No matter what



No matter what.

MRSM; February 2018



Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP