Isnin lepas hari pertama dia jejakkan kaki ke sekolahnya tu selepas sebulan break. 2 minggu cuti chicken pox, lagi 2 minggu sambung term break... wah kemain anak mama cuti panjang.. tapi dalam cuti hari tu selalu gak dia sebut nama kawan2 dia..
Penangan rindu kat school dan kawan2 hari tu.. maka hari isnin sampai tadi sangatlah mudah dia bangun pagi tanpa ada aksi 'peperangan' di pagi hari.. hehehe..semangat sungguh laa dia nak gi school. Siap suruh mama keja lama2 petang2 nanti baru pegi amik dia.. hihhihhi.. and mama pun dapatlah buat keja dengan tenang sket semasa dia gi school tu kan..
Balik kul 3.30 mama gi amik kat school.. tanya irfan camne.. teacher kata kemain lagi irfan semangat dari pagi sampai ke petang.. start from circle time dok menyanyi, baca doa.. kemain kuat suara dia.. and 1st day budak2 pun takde mood nak belajar lagi masing2 sibuk nak citer buat apa masa cuti hari tu.. kawan2 dia pun tanya kenapa dia cuti lama hari tu.. dia pun siaplah bagitau dia kena chicken pox siap buka baju suruh kawan2 dia tengok kesan chicken pox kat badan dia LOL!
Actually a day before the term break hari tu ada parents-teachers day. Hari tengok progress report anak masing2.. tapi we couldn;t attend due to his chicken pox yang betul2 belum baik.. taknak lah mama jangkitkan kat anak orang lain pulak kan :p
So.. last monday mama took the opportunity to see his class teacher and to discuss with her bout Irfan's progress and most importantly to see his progress report ala2 report card la.. hehhehe.. oleh kerana mama sorang je parent hari tu yg nak tengok the progress report so teacher pun adalah masa nak meng entertain mama lama2 skit.. and dapatlah mama penerangan terperinci from his teacher sebab teacher terangkan secara detail page by page report dia tu.
Basically for Irfan age (consider 4 walaupun he'll only be 4 in sept), mama tulis sket personal notes kat sini apa yang dia belajar (based on the report) Semua ni teacher graded as I:Introduction, NP:need practise, MP:making progress and C:competent.
Exercise of Practical Life yang dia belajar is about :
1- Preliminary Exercise & Ground Rule
- ni yang basic rule like how to walk in class, talk in classroom, carry a chair,apparatus, respect the work space etc. Yang ni mostly teacher graded him as C and ada dua yang still MP.
2- Life Skills:
Pouring/transferring & sorting activities
-macam pouring large bean and water into jug, rice with spoon,water with sponge, glue and paste etc. For this he got variety mark from NP, MP and C.. hehhe.
Opening Closing & Threading Activities
- yang ni macam open and close 3 size of bottles, boxes, nuts and bolt, padlock and keys, large and medium beads of shoelace. Ni pun sama ada yang MP and C and yang sholace tu belum pakar lagi.. dapat I.. hehhe
Cutting Activities
-yang ni fav dia nih.. yang ni belajar how to hold and handle scissors.. yang tu dia dapat C.. hehehe.. cekap and cara2 potong straight lie, zig zag, curve line etc.. he still got I..
Gross Motor Skills
- yang ni pun antara favourite.. hehehe.. like jumping, running, climbing, skipping, hopping, throwing, catching, etc.. mostly dapat C.. hehehe dah nama pun budak kan.. memang part nilah yang palng derang master pun rasanya :-)
3- Care Of Self
-yang ni basically belajar camne nak handle diri sendiri like put on/takeoff shoes dengan betul, roll/unroll socks, tuck in/out shirt, washing and drying hands.. ha yang part ni dapat C.. hehehe
Sensorial: yang ni a montessori technique using the apparatus provided in the class.
Visual Perception of Size and Dimension
- Salah satu activity yang menarik dia belajar to achieve this target is How to Build the Pink Tower.. teacher tunjuk lah tower tu kat mama hari tu.. derang belajar cara nak susun the different sizes of cube from big to small sampai dapat membentuk sebuah tower. In this class he learns the vocab and comparison between the shape, big/small.
Broad Stair: he learns the comparison between broad/ narrow
Long Rod : belajar beza long/short
Knobbed Cylinders : yang ni dia kena masukkan diffrent sizes of cylinders ke dalam lubang yang betul.. nampak senang tapi ada cara2 yang dia belajar untuk masukkan ngan betul and camne nak match the cylinders dengan lubang yang betul.. started from touch, feels them in their hands, compare the size, etc.
Visual Perception of Colour & Form
- yang ni menggunakan box, matching and naming the box.. pastu beljar tone colors based on the colours of the box
Overall, for sensorial class.. Irfan marked as MP (making progress).
Beside all above, ada jugak dia belajar subject lain macam language: BM & BI yang ni belajarlah ABC.. writing,tracing & identifying sound of each letters, phonics, colouring the object based on the letters. Mostly, Irfan got Competent mark in this. Tapi yang paling mama nampak.. his colouring skill sangatlah banyak improve since his 1st day at school til now. kalau dulu tak tau apa biji butir dia kaler.. now dah ada improvement color cantik2 and pakai kaler yang betul ikut object yang dia nak kaler.. kaler pun dah neat takde terbabas2 kuar allignment sangat dah.. heheh
Mathematics.. for 1st term derang belajar 1-10. Mama nampak irfan have a great interest in math as kat rumah dia suka main kira2 ngan mama & abah while we are doing our daily activities.. misal kata kalau mama tengah masak.. nanti dia amik bawang.. and he put altogether.. then he started to count how many onions are there.. then dia separate dua quantity bawang tu.. then we'll play campur/tolak from that. Dengan babah selalu test dia campur tolak pakai jari2 abah :-) Kat rumah pun kadang2 kalau rajin malam2 dia suka suruh mama ajar dia mathematics using his grolier Fun Thinkers/ Logico Primo set.. Dekat sekolah lak.. for math, macam biasa derang belajar tracing, recognising, counting etc. For this Irfan marked as Competent.
Lain2 subject macam cultural studies, nature studies, and science. Yang science ni selalu gak mama prektis pakai environment sekeliling, misal kata to compare between living thing and non-living things.. contohnya bila kuar jalan2 terjumpa flowers ke birds ke.. tanya dia tu living thing or non-living thing pastu pegi kedai makan ada meja ngan kerusi.. tanya dia lagi.. basically mama and abah galakkan dia belajar tru his environment. Macam awal2 dulu masa nak ajar dia shape.. masa dia naik beskal tunjuk kat tayar.. apa shape tayar tu.. kat handle/pedal tanya apa shape dia.. bakul pulak apa shape dia.. then tupperware kat umah pun habis jadi alat bantuan mengajar dulu.. hehhehe.. kalau pegi mana2 dalam kereta.. kalau nampak je apa2 yang dia tahu, dia akan pretikkan dan terus bagitau kat mama ngan abah.. same goes to introduce him colours dulu.. semua pakai barang2 kat umah je.. introduce him textures etc.. semua based on apa yang dia nampak and boleh pegang hari2.
For Islamic studies, Irfan buat masa ni kat school ada belajar Pillars of Iman.. mostly based on nasyid la.. pastu ada belajar hafazan surah. Alhamdulillah buat masa ni dia dah boleh hafal Al-Fatihah, An-nas, dan Al-Ikhlas.. tapi still needs improvement on sebutan tu.. Al-Falaq masih belum hafal lagi. Untuk Doa2, basic doa seperti doa sebelum belajar, doa makan dan doa selepas makan alhamdulillah dia dah hafal. Untuk bacaan dalam solat, dia dah hafal bacaan rukuk dan sujud. Doa Iftitah dah hafal separuh.. separuh lagi masih dalam usaha menghafal.. Yang ni normally selain kat sekolah, mama practise dia kat rumah esp lepas solat maghrib. Before dia start mengaji tu.. mama test dia with all the doa then mintak dia baca surah2 yang dia hafal dan bacaan2 dalam solat. Lepas tu dia akan teruskan ngan mengaji. As for mengaji, kat rumah dia dah lancar Iqra 1 sampai mukasurat 3. And mama keep repeating that sampai dia betul2 fasih, lancar, kenal dan ingat baru boleh tukar mukasurat lain.
Kat school pun ada belajar Arabic language.. tracing arabic letters and ada vocab in arab jugak. And macam biasa ada segmen art and craft pasti tak ketinggalan. (one of his fav subject) kalau katumah memang pengsan lah melayan kebersepahan yang dia buat sebab nak berseni sangat tu.. hehhe..
Dan for K1 class (4 yrs) takde homework kena bawak balik.. yeahoo! tu yang penting.. kang pressure anak i kecik2 dah ada homework u :p
So far, itulah pencapaian Irfan selama 6 bulan dia pre-school ni.. Alhamdulillah memang nampak kemajuannya. For mama and abah, for his age kami taknak paksa dia lagi supaya mesti boleh pandai membaca.. takdelah target umur 4 tahun dia mesti dah pandai membaca.. hehhe.. tak.. kami tak kisah.. tapi kami tetap berikan galakan kalau dia ada minat ke arah tu..i know, he still has plenty of times to achieve that. Setiap ibu bapa berlainan cara mereka.. and pada kami its too early to force him to know how to read, to master in ABC 123 etc. We believed, he still got 2 more years in pre school until he master in reading. Kalau dia dapat awal daripada tu.. alhamdulillah.. it's a bonus for us.. Cuma buat masa ni.. kami lebih menumpukan kepada cara membentuk keperibadian and sahsiah diri dia.. macamana dia nak menguruskan diri dia sendiri, macamana dia perlu berdikari, macamana nak mengumpul keberanian dan keyakinan dalam diri dia..macamana dia berhadapan dengan orang ramai.. macamana dia belajar how to obey and respect others, how to share, how to communicate, how to socialize.. selain belajar skill2 lain based on the montessori technique yang teachers ajar. Selain daripada tu nak bagi dia free to choose and do what he likes to do. We just wanted him to enjoy,menikmati & menghargai setiap saat dia bernafas kat muka bumi ni.. melalui apa yang dia lihat, dia rasa, dia experience and apa yang dia perolehi and yang paling penting nak mendidik agar dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dia ada dan menyemai sifat kasih dan sayang yang ada dalam diri dia. :-)
Ok lah panjang sangat kali ni.. tiba2 rasa sedih pulak.. sebab bila saya dah tulis semua ni.. baru mama tersedar yang masa tu berlalu begitu cepat.. anak pun dah membesar dan macam2 perkara yang dia dah boleh buat dan dah pelajari dan macam2 juga yang masih dalam progress dia belajar. Alhamdulillah so far.. tidak sukar membesarkan Irfan. Hanya kami berdoa agar lebih senang lagi untuk kami menjaga dan mendidik dia di masa akan datang, InsyaAllah.
Oklah.. last but not least.. ni mama quote his teacher's general observation towards Irfan yang dia tulis kat column paling last at his progress report. Nanti.. dah besar, boleh lah dia baca balik ni semua :-) So this is what Teacher Nurul wrote :
"Irfan is a well mannered child. He able to socialize well his peers. He takes a great interest in reading, writing and counting. He likes to sing in the class. He adopted montessori environment and can follows the ground rules and participates well during group presentation. He gives a good influence and example to other students in his class. However, he requires more practise in handling the materials and needs to be reminded to listen to instructions. Furthermore, he needs help in completing his work. He also enjoys on the outdoor/field activities."To Irfan, Mama and babah love you very much! Well done on your great achievements son! We are proud of u :-)
Read more...