21 Ramadhan
Lepas terawih rehat-rehat ambil angin malam. Makan eskrem. Main bunga api. Main dengan Kuching.
Read more...
Lepas terawih rehat-rehat ambil angin malam. Makan eskrem. Main bunga api. Main dengan Kuching.
Paklong, Pakteh, Makteh dan Airin datang berbuka. Tahun ini masing-masing tidak pulang ke Kuching untuk beraya. Gilirannya sebelah semenanjung.
Kita berkumpul di KL sahaja nanti untuk raya sama-sama.
Engkau anak tunggal. Namun hakikatnya tidak pernah engkau keseorangan.
Pada senyum mereka kau berkongsi bahagia. Pada bahu mereka kau kan tumpang resah.
Bila nanti dah jauh kakimu melangkah. Seluruh pelusuk telah kau jelajah, mesti peluk mereka dalam hatimu selalu.
Kau lihat air. Kau cuba cincang ia.
Takkan langsung ia akan putus.
Kau tahu apa itu? Itu namanya KELUARGA.
Sometimes, thing doesn't work as what we planned. Be happy anyway :-) . Jangan kusut-kusut!
Kamu ada bisnes baru. Jual kada Boboiboy. Tu tengah mencatat dalam buku kira2. Kira untung ke bang??
2nd term has started. You are doing great alhamdulillah.
When Abah and you prepare for Iftar, because Mama was still not feeling well.
Alhamdulillah, walaupun sangat simple macam ni, sudah cukup rezeki untuk kita bertiga. Kamu pun makan bertambah-tambah.
Mama janji sendiri-sendiri nak ambil gambar Irfan setiap hari di bulan Ramadhan tahun ini.
Tapi semalam baru 5 Ramadhan, dengan tak sengaja terpaksa mama mungkiri sendiri2 jugak.
Mama sakit dan larat baring je satu hari. Lupa terus pasal kamera. Maaf. Hari ni mama sambung ok!
© Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP