Minggu lepas kita bz lah sangat sebab kenduri yang di nanti2 dah berlangsung. Lepas mama kawen.. umah nenek sunyi dari kenduri besar2.. so lepas nak dekat 8 tahun ni baru umah nenek bergemerlapan dengan majlis pernikahan Mak Teh. Maka berakhirlah sudah tanggungjawab atuk dan nenek ke atas anak2 perempuan mereka.. iaitu mami, mama dan last sekali ni mak teh. Mama ada tanya atuk yang lelaki macamana? atuk kata yang lelaki biarlah mereka carik sendiri :-) so ada lagi 3 pakcik2 iaitu adek badik lelaki mama yang belum kawen. takpe.. biar derang carik sendiri.. Sayu hati mama tengok muka atuk ngan nenek masa sah Makteh bergelar isteri. dengan hati macho mama tahan supaya tak nangis.. tapi mama intai mami nangis laaa ipannnn :p

Inilah dia Mak Teh dan PakTeh baru irfan... yang irfan dok kenen2 nak main game handphone diaa... pandai anak mama ni amik hati org... handphone mahal pun pakteh selamba bagi.. ye lah nak tackle makcik.. anak buah dia kena la pandai tackle dulu.. betul tak.. kekekek

Ini family kita ngan pengantin baru.. tu dah cukup macho lah tu senyum camtu ye ipan??
Beberapa minggu sebelum tu PakTam selamat bernikah dengan MakTam pujaan hatinya.. maka untuk reception, kita buat serentak majlis PakTam (sambut menantu) dengan MakTeh kat dewan. This time buat kat dewan, tak macam mama ngan mami dulu reception buat kat rumah.. sebabnya area umah nenek tu sempit ruang untuk parking.. kalau dah dua pasang pengantin tak tau lah nanti nak parking mana para tetamu. Majlis mestilah meriah.. nnt bila mak teh dah upload gambar2 dia mama link kat sini k.. leh la ipan tengok muka ipan hansem pakai baju melayu itu hari.. siap senyum2 lebar macam dia pulak yang kawen.. hehhee
Jadik Irfan pun dah pandai cakap soal kawen... very innocent tak tau lah irfan faham kawen tu apa maknanya agaknya.
Semalam dalam keta masa amik irfan balik sekolah irfan bagitau mama :
"Irfan dah bagitau kawan2 irfan.. irfan dah kawen."
Mama tokojut mama tanya bila Irfan kawen?
Irfan jawab..
"Habis tu yangberjalan berdua dengan Kakak Adek Lia tu apa?"
Hahahahah... mari kita ketawa bersama2.
Inilah "kawen" yang di maksudkan Irfan :

Ini pengiring laaa irfan.. bukan perantin!!

Ini pulak pakcik makcik irfan semua ngan atuk ngan nenek.. ngan kedua2 pasang pengantin.. cuba bayangkan bila makteh ngan paktam dapat baby nanti... masa raya kita nak amik gambar cukup tak space umah nenek agaknya yee? ekkekeke..
mama tak sempat la nak kuar kamera besar nak amik gambar masa reception.. jadi ni mama amik dari kamera mami jelah yee...
Ok ni pulak majlis reception belah MakTam 6 hb 6 hari tu.. memang kenyang makan nasik minyak je lah kiter.. hehhehe.. ni gambar family campur2..

Read more...