Saturday, May 29, 2010

Slice of life

Dear Irfan,

Sian dia lately ni tak dapat ke mana2 sangat.. mama sangat busy dengan opis baru kiter. Abah pun macam tu.. takpe Irfan.. semua ni for our future.. Mama harap Irfan faham satu hari nanti k. Bila.. semua dah settle dan reda nanti segala kesibukan.. mama abah bawak Irfan jalan2 k!



Read more...

Monday, May 17, 2010

Inilah impian itu..

Irfan... kalau ingat lagi impian yang mama and abah nak share ngan Irfan tu.. inilah dia... tadaaaaaaaaaaa!!



hehhehe.. bukan rumah kiter, sayang.. tapi inilah 'rumah kedua' kita.. yang bakal menjadi tempat mama meng'spend' kan masa half day di sini.. membuat kerja2 yang mama suka.. hati gembira.. mintak2 senyumlah sahaja.. ni sebenarnya lot office dan gallery untuk syarikat mama ( wah syarikat!! hahhaha!).. yelah.. walaupun hanya "Enterprise" sahaja.. mama rasa ini juga merupakan salah satu kejayaan yang mama perolehi melalui bidang ini.. Irfan jangan salah faham.. org sekarang selalu tafsir kan 'kejayaan' itu dengan : banyak duit.. wang besar.. rumah besar.. keta besar.. makan besar.. isteri besarr.. hahhaha.. semuanya besar2 belaka.. tetapi mama tidak begitu.. tidak pernah mama meletakkan material sebagai satu nilai ukuran untuk mengukur kejayaan seseorang.. mama ada pendirian sendiri melalu takrifan kejayaan itu.. nanti mama buat satu entry khas tentang tu untuk anak mama baca bila dah besar nanti k. semoga dapat jadikan panduan bila Irfan melalui hari2 mendatang..

Ok .. berbalik kepada ruang kosong nih.. sebenarnya citer awal2 nya ada mama tulis kat sini.. boleh irfan baca macamana awalnya tergerak hati untuk membuka opis kiut nih.. dan bagaimana tidak yakin nya mama awalnya pada keputusan yang dibuat..hehhe.. mama dan abah sekarang tengah cuba usaha bersungguh2 agar semuanya berjalan seprti yang dirancangkan.. agar semua usaha ini mendapat keberkatan.. mama tak akan mampu nak buat kalau takde Babah Irfan yang memberi dorongan dekat mama.. dalam impian mama ni mestilah ada Irfan dan Abah Irfan di dalamnya.. itu sudah tentu!

Kita sedang sibuk nak dok cantikkan gallery ni.. nanti di galeri akan kita gantungkan gambar kanak2 comel yang pernah menghiasi hari2 mama.. mama akan gantungkan hasil kerja mama.. biar orang lain juga dapat berkongsi kegembiraan hati bila melihat wajah anak2 comel tu.. wajah irfan pun sudah tentulah mama nak pampang di situ nanti.. di sini nanti akan ditempatkan office kecil mama untuk buat kerja2 editing.. dan kalau ada budget lebih.. mama buat studio sekali.

Tentang progress.. alhamdulillah.. sekarang sudah siap buat wiring... pasang lampu.. pasang spotlight.. pasang aircond dan buat partition sket.. now ada perubahan dari apa yang irfan tengok dalam gambar kat atas tu.. sekarang dalam minggu ni nak settlekan bab mengecat dan pasang karpet pula.. bila semua dah settle.. baru boleh bawak masuk furniture dan boleh gantung canvas.. harapan.. oh harapan dan mimpi.. jadilah kenyataan... Mari kita sama2 Aminkan..

Ok Irfan.. mama sebenarnya tak dapat nak tulis panjang2.. nanti ada masa terluang mama tulis lagi di blog Irfan ni yer.. Doakan segala2nya di permudahkan.. untuk keluarga kita :-)

Read more...

Thursday, May 13, 2010

Pistol air

Ini gambar2 bulan lepas. Kita ada pot luck picnic dengan kawan2 baik mama iaitu auntie Dedelin, Auntie GG, Auntie Ashfa dan Auntie Fin. Kawan2 irfan ni adalah anak2 mereka. Lama kita tak jumpa beramai2 macam ni.. seronokkk sangat hari tu kamu semua dapat main pistol air di tengah2 panas.. kami biarkan ajer.. asalkan kamu semua gembira.



yang besar tu adalah resaksa.. dan yang kecik2 adalah segala jenis ultroman sedang mengejar dan ingin mengerjakan resaksa.

Read more...

Port Dickson

2 May 2010.

Kita ke PD. Pegi pagi balik tengahari. Mama ada shooting di PD. Seperti biasa kalian menemani mama :-) Gambar Irfan ni babah yang ambik. Mama sangat sukaaa!!!


Read more...

Buai laju2..



tak sempat nak buai lama2.. hari pun hujannn...
lalu kiter menciput balik umah.. petang tu konon nak exercise jalan kaki.. irfan pulak naik beskal.. jauh jugak jarak playground ni dari umah kita kalau jalan kaki.. tapi demi irfan kiter gagahi juga.
nasib hujan tak lebat lepas tu sampai2 je kat umah ujan terus berhenti. kita sambung main beskal kat depan rumah pulak.




Read more...

Wednesday, May 5, 2010

Malaikat apa jaga hujan?

Hari ni dua entry mama tulis sekali gus..

Mama takut kot2 terlupa nanti langsung dah tak ingat nak letak kat sini.. Sejak akhir2 ni perbualan mama dengan Irfan kadang2 buat mama impress dengan your capability.. not that mama rasa Irfan tak mampu.. cuma kadang2 mungkin mama terlepas pandang dan tak sedar anak mama dah besar.. and cakap pun macam orang besar.. dan nak tau banyak perkara pun macam orang besar.

Ok ni petang tadi masa hari hujan. Mama ajak Irfan tengok hujan dekat luar tingkap dalam bilik Irfan. Mama tanya Irfan suka tak bau hujan.. Irfan cakap irfan suka bau asap lori! sedap! siap ada sedap.. buat mama tergelak sorang2...

Then tiba2 Irfan tanya mama :

Irfan : Mama, malaikat apa jaga hujan? malaikat Ridwan kan?

Mama : Mama tak tau malaikat apa yang jaga hujan.. tapi kalau Malaikat Ridwan tu dia jaga syurga.

Irfan : Malaikat apa jaga neraka pulak? Neraka untuk orang jahat kan?

Mama : Cuba Irfan yang bagi tau mama.. malaikat apa yang jaga neraka? malaikat Maaaa... (saja nak suh dia isi tempat kosong)

Irfan : Malik!

Mama : Betul. Irfan tau ada berapa malaikat (saja nak test apa dia belajar kat sekolah)

Irfan : Ada sepuluh (terus nyanyi lagu 10 malaikat tu). Takdee pun malaikat jaga hujan?

Mama : Hujan tu kan rezeki. Hujan tu rahmat. Malaikat apa yang bagi rezeki? Malaikat Miiii (suh isi tempat kosong lagi)

Irfan : Malaikat Mikail.

Mama : Betul. Ok sekarang boleh pegi mandi.

Irfan : ok sekarang mama pegi buat susu.

Read more...

Nerves

Semalam mama borak2 ngan irfan tentang nerves.

Nerves adalah saraf.

To make it simple and to make you understand, mama just bagi contoh..
contoh paling senang mama bagi ialah misal kata irfan terpijak batu yang tajam, irfan akan rasa sakit. Nerves yang hantar message kepada otak irfan dan bagitau perkara yang irfan rasa tu adalah sakit. Terpijak duri sakit, terpijak batu tajam sakit, tertendang kerusi pun kaki jadi sakit.

And this is your response :

"Ok mama tengok ni Irfan nak bagi contoh". (yes you give me a situation to make me think. Sekarang Irfan sangat suka menggunakan perkataan 'contoh'.

"Irfan tengah jalan2.. sekali Irfan nampak dekat depan Irfan ada banyak batu tajam. Lepas tu nerves akan bagitau Irfan, Eh! jangan pijak! batu tu tajam! nanti sakit. Lepas tu Irfan pun tak jadi pijak.. lepas tu Irfan pun tak jadi sakit la.. sebab nerves tu dah bagitau."

mama sebenarnya kelu lidah gak nak menjawab takut kang terbagi salah jawapan.

tapi mama menjawap ni walaupun ada sedikit rasa was-was.

"betul.. dekat mata kita pun ada nerves.. bila mata kita nampak sesuatu benda macam batu tajam tadi.. nerves akan hantar mesej kat otak supaya jangan pijak batu tu."

Nanti mama tanya kawan2 mama ye Irfan.. betul ke mama punya jawapan ni. kalau salah.. nanti esok mama bagitau Irfan jawapan yang sebenar.. nak bagitau sekarang pun irfan dah zzz...

Read more...

Tuesday, May 4, 2010

And I miss you so..


Irfan, this pic was taken by your Abah after a photoshoot session I did 2 weeks ago. You accompany me to the location for almost every photoshoot and you didn't give me a problem at all. You will stay there and doing your own thing and sometimes when i was in a middle of photoshoot, you came near me and give me a hug from behind and kiss my cheek and continue doing your own things again. That day, you brought your drawing & colouring set and you sat with Abah on a bench and you guys did the colouring together while waiting for me to finish my job. Irfan, teman mama sampai besar ok! Thank you for always being there for me :-)

Today, when I look at this picture, I feel how lucky & blessed I am to be your mother. You bring joy to mama & abah's life. I miss you very much, love you with every single beat of my heart.

Read more...

Tentang dia

Pelangi. Bulan. Bintang.
Itu kamu.
Ini untuk kamu.
Dari hati Mama juga Abah.
Jadilah ia harta buatmu.
Satu hari nanti.
Kamu kan tahu.

pelangi cantik yang singgah melawat kami

Blog Archive

Pelangi sedang tersenyum

Bintang Bersinar

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP